Thursday, September 30, 2010

senyum walau gundah







Wednesday, September 29, 2010

Menghirup rindu yang sesakkan dada

laparrrrrrrrrrrrrrrr... sebab tamo makan malam sebab siang tadi dah melantak..
minggu ne penuh dengan jemputan raya..
Rezeki Syawal jadi jangan ditolak..
tapi saya over.. makan tak hingat..
sebenarnya saya memang jenis kuat makan.. jangan heran~~
pastu kekenyangan sampai kemengantukkan di opis.
Haruslah tersengguk2 depan PC.
nasib baek pasang lagu yang best.
nyanyi2 sambil buat kerja sambil minum nescafe 'kaw' kak Siah. nikmatttt~


malas nak fikir untuk weekend neh lagi..
jemputan open house banyak.
kene schedule masa supaya dapat pergi semua rumah tanpa perlu balik lewat.. tanpa perlu risau ketidakcukupan tidur.. tanpa perlu ngomel2 letih..Kali ini malas nak drive. tapi nak suh siapa drive plak kan..
pastu cik housemate bertunang plak sabtu neh..
hari sama my besfwen buat open house jugak..
dua2 pun penting.. haish.. tamo pikiiiiiiii dulu...

malam ni sunyi betul.
bila sunyi hati mesti jadi rindu.
rindu kat semua orang.
rindu kat masa lampau..
rindu pada yang tiada.
yang ada bunyi Grrrr 
perutku lapar bangat neh..

meh tengok gambar manis RAYA 2010

*RAYA ke-7 di tanjung malim*
kucing, moto cabuk dan senja
*manis tak budak tu? mesti kowang cakap kucing tu lagi manis kann?.. hehe. takpun motor tu yg manis*


*bersama Onchu, my feveret aunty*
laksa sangat sedap
saya sangat suka laksa
laksa dimasak oleh Onchu
saya  sangat suka Onchu.. yeayyyyyyy




*RAYA ke-7 singgah i-City sebelum balik KL*
manusia masih ramai di kala 1 pagi
masuk free la katakan
asik dengar cite orang, akhirnya jengah gak
rasa tak apa yang saya rasa? u olz rasa tak pembaziran di situ?
eh sape yang tanggung ek? ada jutawan baik hati kut.. budimannya dia.. bujang tak?
hehe.. nak kahwin ngan dia..
eh....duit rakyat tak sentuh kan.. 

*RAYA ke-9 open house BADR*
gotong royong masak2 kat rumah kak hawa.
ketua chef ialah miss NideQ..
hebat siott dia ne masak rendang..
(nideq sila faham dengan pujian ini.. kui..kui)


 *gals BADR yang comel sangat*

*famili BADR*
comel juta2 stoberi sebab mereka semua sangat kool
berbaju melayu dan kurung
sayang kowang~

*RAYA ke-16 jelajah open house bermula*
nyum..nyumm..sedapnya kak su masak
dulu masa study kat Kedah, kak su selalu masak laksa
terkilan sebab tahun ni kak su tak masak laksa pun.. huhu
tapi kak su tetap best..
masak pe2pun best..



ada lagi sambungan neh
sebab malas nak tunggu upload gambo
LEM ok~~
tungguuuuuuuuuuu


sowi kucar-kacir sikit macam saya .. kih..kih 

Monday, September 27, 2010

nak CPR!! saya nak pengsan neh

penat kaki sebab kene tekan minyak je, penat mata sebab tak cukup tidur, penat gigi sebab kene kunyah makanan je, penat tangan sebab duk salam ramai orang, penat pilih baju nak melaram, tapi penat dilupakan, kenangan raya 2010 akan disimpan ~~~~~~~


cik buncit jangan ngade2 nak timbul ye.. puasa memang perlu diteruskan.


tadi  langgar ular.. salah tak? sesuatu yang buruk akan berlaku tak? tatau ular tu hidup atau mati..  takut nak tengok.. boleh kene sumpahan ular tak? haishhh..


malam ni rasa nak pengsan sekejap.. lagi la nak pengsan dan suhu badan mencecah 100 darjah celcius sebab esok dah hari isnin.. kene kerjaaaaa... huk..huk..huk.. eh esok isnin? esok bukan cuti peristiwa ke?.. da~~~~~~~


Saya tengah tunggu orang buat CPR.. tapi lambat.. terus bertukar jadi supergal selamatkan diri sendiri..


Saturday, September 25, 2010

Kawan di mata saya



Kalau nak kawan biarlah betul2 berkawan. Kalau rasa susahnya nak faham dia, nak ikut cara dia dan tak rasa gembira bila bersama lebih baik tak payah berkawan. Kalau masing2 suka menyakiti antara satu sama lain, nak terasa bagai. tak payah lah berkawan ye. Jiwa jadi kacau dan tak tenang.. Sia2 je mintak maaf sesama, nangis bagai tapi gaduh balik, nak terasa balik.. penat tao! Senang cite; we're not meant to b friend ~~  mungkin boleh jadi kawan tapi tak payah hang out sama2 larhh..Kadang2 kita lebih selesa berkomunikasi melalui alam maya dari berkomunikasi mata ke mata.. badan ke badan (haha.. lain macam jerk)

Saya tak pernah pilih kawan.. selagi dia tak bermasalah selagi dia tak cari pasal dengan saya.. saya ok~  
Saya jenis tak banyak cakap tapi bila saya dah selesa dengan kawan, dapat pulak satu kepala yang sama isi otaknya.. saya jadi kecoh.. saya boleh jadi minah lawak. tapi kalau saya tak puas hati dengan kawan saya.. saya susah suarakan.. saya akan diam seketika.. biasanya mereka faham. tanda saya diam tandanya saya tak puas hati. Diam seketika pastu ok dengan sendirinya... Ala2 merajuk pastu pujuk diri sendiri balik.. kih..kih.. Fwenssssss yang sangat memahami.. luv yaaaa!!!  

Lagi satu walau serapat mana saya dengan kawan saya, saya akan cuba elakkan dari menyusahkan mereka.. Kalau ada kesulitan, sedaya boleh saya takkan involve mereka. Kalau saya bole setel sendiri, saya setel je.. ape de hal kan~~~  tapi kalau diorang insist nak tolong jugak saya pun tak tolak.. 

Saya jenis suka kongsi cerita dengan kawan-kawan..Tapi kalu masuk bab famili saya tak berapa suka nak kongsi.. Kalau diorang tanya saya jawab.. Sebab saya rasa famili saya tak proper.. tak best macam mereka~~

Saya paling takut kalau kawan saya terasa dengan saya. Saya akan kusut sampai tak boleh tidur. Saya pulak jenis yang ego tinggi.. apehal lak ko nak terase-rase neh.. small d pieces je pun... Saya akan biarkan... Lame2 diorang sedar jugak.. mintak maaf balik.. tapi kalau betul2 saya bersalah.. saya minta maaf la.. kejam la kalau buat deQ je... tapi pantang betul kalau jenis kawan yang depan baik tapi belakang kutuk baik punya. Sumpah saya akan avoid dia.. 

Bengang kalau kawan selalu terasa dengan kita sebab tiada masa untuk ctc mereka. Sowieeeeeee sangat2..
Tak berkesempatan.. Yang pasti saya sentiasa ingat korang semua.

Kawan dan sahabat? bagi saya sama je.. layanannya tetap sama.. tiada kurang tiada lebih.. 
Kunci utamanya SELESA.. kalau kita selesa dengan mereka. mereka adalah kawan..:)
Kalau kawan dapat kekal lama... mereka sahabat larhhh..
kadang2 ada kawan on-off. sekejap timbul sekejap tenggelamm..
Sangat faham.. komitmen yang semakin banyak tatkala umur yang menginjak ini.. Masing2 mengejar untuk berjaya dalam hidup. Yang berkahwin tentu lagi berat tanggungjawab. Jadi saya faham..

So i luv u alll kawan2 ku.. kamu semua saya sayang .. ammmmmmmmuaaaaaaahsss
Yang tak suka saya tak payah la berkawan dengan saya... Saya tahu bila ada yang tak suka saya..
ye anak2.. kunci pelajaran kita hari ini.. SELESA ye anak2..
sa lam sa aliff ye anak2..... sekali lagi.. SELESA ye anak2..
pandai anak2 neh... 

Thursday, September 23, 2010

syukur (kau yang satu) terbaik dari one nation emcees


Baru post lagu ini kat fesbuk. Suka sebab lagu sedap dan lirik yang best. Suara si mimi tu best.. Boleh insaf sekejap kalau kita selami dalam2. sekejap je?? hmmm..  lumrah manusia kan.. betol tak..?
saya cuba baiki sedaya boleh!

Saya tukar gambar profile fesbuk lagi. kerap tukar sejak akhir2 ni. mesti ada yang kutuk.haha.. tukar lagi budak ni?? dia ingat gambar dia tu cun ke?? hehe pandai2 je haku neh... padahal takde sape peduli pun...tapi kalau ade yang peduli.. saya peduli ape kan..:)

cuba melunaskan puasa ^6^ plus 2 .. di bulan Syawal ini. Gila kena kuat semangat.. Sebab tak semua yang berpuasa. Pagi2 dah terliur nasi lemak yg budak opis duk makan. teruks kan?. Utk tidak menghampakan diri sendiri, saya beli nasi lemak jugak untuk buka puasa.. 2 bungkus lagi.. satu lauk ayam goreng, satu lagi telur mata. tamak kan??.. tapi i berjaya habiskan. tapi nasi lemak tu memang best.. akhirnya berjumpa dengan port nasi lemak yang best kat bandar permaisuri.. hari ini masuk hari kedua berpuasa dan dua2 hari duk bantai nasi lemak.. esok?? hmmm.. tukar menu larhh.. kang membuntal pulak saya nanti.. eh bukan sekarang pun dah macam ikan buntal ke??


Syukur [Kau Yang Satu] - One Nation Emcees Lirik

Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang Satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Amana hilangnya Cinta?
Mana hilangnya setia?
Aku akan tersu cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Duni sementara kan dihitung juga
Sebelum terlamabat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir tiap masa, fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia

Chorus

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka, termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Kemana cahaya?
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat?
Yang penuh rahmat?
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku
Hatu menurut nafsu, nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha esa
Dapatlah pena menari meluah kata kata

Ku meredhai apa telah terjadi
Tunjukkan jalan benar, ampunilah dosaku..

Chorus

Aku tafakur di hadapanmu
Berderai derail airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan

Chorus

Oh Tuhan yang Satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu

Ampuni segala dosa dosaku

Tuesday, September 21, 2010

hip.hip.hoorayyyyyyyyyyyy


































hari ini dapat duit raya... terima kasih boss ku~ RM50 bai siape nak bagi.. Alhamdulillah.. 

best tak jadi anak sulung? best tak jadi kakak? jawapan buat masa sekarang tak best langsung.. rasa nak lari jauh.. 

kan best kalau ada kakak dan abang..tak mahu adik lagi sebab adik2 yang ada pun tak terlayan..
tak membantu langsung~

Monday, September 20, 2010

cinta itu normal tapi sukar difahami

aloooo kawan-kawan saya yang comel~

tajuk entri macam tak sesuai la dengan jiwa kanak-kanak saya.. hehe
bila cakap pasal cinta geli tekak je.. rasa mual-mual.. (tak kuasa mak..nyah)
tolonglah anda dah hampir 28 tahun.. tak sampai 2 bulan lagi nombor keramat tu akan menghantui hidup anda.. bila nak bercinta neh.. tak malu ke masih single?~~
Owhhh tidak sama sekali.. saya tak seDESPERATE itu.. stop fooling around me k!! 

tapi tipu la kalau saya cakap saya tak mahu bercinta, tak mahu berkahwin.. (tapi kalau dah ditakdirkan tak berjodoh, saya redha je..mungkin ada hikmahnya) 
jeles kewt tengok kawan2 sebaya dah berkahwin dah beranak pinak.. yang dulu kaki senyap kat sekolah.. pun dah ada BF.. 
kadang-kadang terfikir cara setan, eh dia tuh bukanlah lawa mana pun tapi ada BF ok..ada suami lagi.. ada lelaki yang sanggup berkorban, sanggup menemani hidup mereka tetapi saya tidakpun.. 
owhhh tak baik ok.. semua orang cantik, semua ada kelebihan masing2.. ada kekurangan juga..
bila dah ditakdirkan sebegitu.. cinta dan jodoh akan menjadi satu..

kenapa saya masih single? selalu je tanya.. sampai buntu.. lagi2 bila isu ini didiskusi dengan kawan yang single2 juga..
tak pernah ada jalan penyelesaian. tapi saya rasa masalahnya adalah EGO..
~ dua2 mahu tapi dua2 adalah spesis pemalu.. ( lelaki sekarang ramai yang pemalu.. tetapi tak salah kut sebab Rasulullah S.A.W pun pemalu juga)
tapi bagi saya, kalau bab bercinta biarlah lelaki yang mendahului.. rasa lebih selamat.. masalahnya lelaki takut nak meluahkan isi hati mereka sebab mereka takut ditolak.. menciiiiiiiii
~ bertepuk sebelah tangan.. mana lah boleh bunyi.. 
~ lelaki suka main-main. (macam suka tapi eh macam tak suka.. suka ke tak ni.. pi MAM la kan)
~ jawapan cliche ialah saya masih tiada jodoh. jadi tunggu lah sampai ada jodoh.. (lalala...bowink..)


Hadith :
Dari Abu Said  al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.” (Muslim)

mahu kongsi apa yang saya baca,

~ untuk cinta akhirnye ke jinjang pelamin, kita kene kuat mental bukan fizikal. (susah nak faham lelaki, sebab memang futrah lelaki tak sama dengan wanita)
~ jangan nak ngade2 bazirkan emosi kita, terutama air mata kat lelaki yg bukan ideal untuk jadi suami kita sampailah jumpa dengan yg betul2 konpem
~ dunia sekarang mmg ramai wanita yang tak kahwin lagi. (so tak heran)
~ untuk berjaya dalam cinta, kita kene tahu kekuatan diri kita utk memikat lelaki 
~ kita akan jumpa banyak2 lelaki yang hampeh untuk kita akhirnya berjumpa dengan Mr. Right (sabar ek!)
~ size badan dan fesyen pakaian kita tak menarik lelaki tapi bagaimana kita ketengahkan penampilan diri dan pakaian (tak faham.. sebab saya memang tahap gaban akan fikir pasal size badan dan i luv fashion. tapi utk kepuasan diri sendiri la kewt.. bukan nak tunjuk kat kaum yang satu tuh.. kowang??)
~ jangan cinta kat lelaki sebab kita simpati kat dia..
~ MINDA kita adalah aset terbaik so jangan la biarkan lelaki perbodohkan kita 

memang cinta itu normal tapi bagi saya susah sangat nak memahami cinta(uwekkkss.. siyes nak muntah).. sebab tak pernah bercinta kewt.. konpius ngan perasaan sendiri.. suka tu cinta ke.. kang tersilap bercinta ngan Mr. Not Right cane.. jadi malas nak fikir.. malas nak layan sangat perasaan.. 

ala sebenarnya saya tengah kawal perasaan sedih sebab sorang lagi kawan sekepale yang gila.. dah nak kahwin dah.. sob..sob..  :(  .. pas neh kita tak boleh gila-gilaan lagi.. huwaaaaaaaaaaaaa!!

Sunday, September 19, 2010

bila kita rasa


bila kita rasa ingin menjadi kita berusaha untuk menjadikannya
tapi bila tak menjadi kita kecewa
sampai malas berusaha lagi
sebagai hamba di sisi penguasa yang teragung kita berserah kepada takdir-Nya
jangan berhenti berusaha bak kata orang ramai
tapi seramai dan sebanyak mana pun
 biarkan mereka
hanyai pandai berkata-kata
yang menanggung hanya manusia ini

Tuesday, September 14, 2010

Raya dan Danish

just wanna express how sad i am coz Danish, my only niece had said goodbye yesterday, balik to his other nenek and atok. Dah tak boleh buli budak bulat ini. Tak reti duduk diam. Rasa nak gigit-gigit je hidung dia.Gonna miss him~~ kembali sunyi

Wednesday, September 8, 2010

Tolonglah meriah raya tahun ini

Saya masih di Kuala Lumpur. Masih duduk di kerusi hitam, mata pandang tak kelip2 skrin komputer, jari-jemari masih gagah menganalisis laporan syarikat.. owh tapi sekarang saya sedang taip blog.hehe.. arghhh.. tiada mood untuk bekerja.. Bukankah esok raya.. eh Jumaat lah.. Tengah terbayang-bayang kesesakan ke utara malam ini. Sumpah saya tak sanggup~~~~~ tapi nak taknak pun kena hadapi gak kan.. demi Raya ini.. demi berjumpa seisi famili.. dan yang pasti tak sabar nak jumpa budak bulat bernama Danish.. gerammmmmmmmmm~~
Beraya di Perak.. tiada apa-apa yang dirasa hanya kosong.. hati di Kuantan lahh..
Tahun ini tak dapat kunjungi pusara arwah mama di pagi Raya.. eh dari jauh kan boleh berkirim doa.. kirim al-Fatihah. harap rohnya dicucuri rahmat.. 
Abah masih sama.. tiada perubahan.. Ya Allah tolong kuatkan aku untuk hadapi semua ini.. Beri kesihatan kepadanya.. jauhkan penyakit misteri itu..
Jadi semua itu harap tak menjejaskan Raya yang merupakan hari kemenangan bagi umat2 Islam..
Bukan hari unuk membazir, menunjuk2 dan hari makan banyak~~
Owhhh kamera rosak jadi tiada snap sana snap sini..
Raya yang ala kadar~
eh datanglah rumah i kepada siapa2 yang berada di area Perak..
i layan baek punye.. haha.. tak kuase.. hehe
oklah.. harap raya korang best,gempak tapi jangan Over..
zakat fitrah jangan lupa bayar~~
ampun maaf dari gue.. banyak rasanya dosa yang dilakukan kat orang2 sekeliling..
pis no War.. ♥ u all~~


Tuesday, September 7, 2010

Salam Raya kepada kamu semua~


Kadang-kadang saya tak seindah mana, tak secun mana, tak sealim mana, tak sempurna mana, tak sekuat mana~~ Harap diMAAPkan ye!!
~~Saya insan biasa~~

ZERO-zero

Jom Raya Sakan walau hati sayu!!
♥♥♥




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails