Friday, October 22, 2010

Sumpah saya penat sangat
Ngantuk sangat sangat
Oktober ni bulan terpenat
Terkejar sana sini
Terbeban sana sini
Meeting larhh, Seminar larh, Training larh..Keje toksah cakap larh.. terjuling2 mengadap PC..
Pastu balik rumah sambung balik keje ngadap laptop.. bertambah juling biji mata..
Owhh tidak.. mata juling nanti tade orang nak.. hehe sedangkn tak juling ne pun tade org nak..keh.keh
ta baek taw ..juling pun comel~~
esok sabtu pun kena datang keje.. huhu :(


Adakah saya seorang yang berdedikasi dalam bekerja??
Tidak sama sekali..
Cuma sekarang ni saya belajar sikit2..
sampai bila nak di takuk lama
untuk menunjukkan dedikasi saya.. saya mahu jadi cikgu.. ape kene mengenenyer.. tak relate langsung.. hehe
sedang berusaha neh mengisi borang KPLI
(Semoga Allah s.w.t mengurniakan kekuatan dan kerajinan ku untuk mengisi borang itu)
saya kan nak jadi cikgu tadika..~~ AMIN


Owhhh cerita lawak..
Alkisahnya pergi Tax Seminar-Budget 2011 kat One World Hotel
Tgh2 kusyuk makan
tibe2...

tuppppppppppp... udang siapa plak yang hidup neh.. landing baek punye
kih..kih..kih..


Nak tambah sikit neh.. Oktober pun bulan malu jugak....... hahaha
Bangang gila..
Memang tak boleh nak cover dah..
Satu meja pandang saya..
Tapi buat muka slumber..
ketawakan diri sendiri. haha
Nasib baik tade mamat2 hensem..
Kalau tak saya lari pecutt terussss balik rumah..
Ini insiden yang kedua..
haha.. yang pertama dulu lagi best..
udang melompat jauh sikit..
dah le ade laki2 ganteng kat sebelah meja..
tapi nasib baek diorang kusyuk makan..
tak perasan..
nak anti udang.. tapi udang kan sedappp..nyumm..nyumm
berlagak...!!!
nanti pakai je la tangan.. hehe
pas ne kene sedar diri.. ~wink~




sebenarnya nak announce dengan TEGAS neh


SAYA mahu KURUS
KURUS tak saya?
eh takk.. jangan perasan larhh kurus
Sebab tu saya perlu KURUS
nanti bila KURUS saya boleh lompat tinggi2, saya boleh bergaya comel2, saya boleh naik gunung dengan senangnya, saya tak payah cakap "tak suka la gamba neh" bila tengok gambar saya gemuk gedempol, saya boleh nyanyi2 lagu saya KURUS (adake?.. ok bole reka) hehe.. lalala saya mahu KURUS..




akhir kata
dah tamo tidur lewat, 
kene sambung aktiviti berjogging.. dah lama kewt ditinggalkan..
sehingga peha dan punggung ku membesar bagai johan.. menciiiiiiiiiiiiiiii


saya tengah plan nak 'backpacking' pergi Penang
nak reles tensen

Sunday, October 17, 2010

saya nak jadi cikgu tadika


nak jadi cikgu tadika sangat2 neh
siapa2 nak cari cikgu tadika, tolonglah cakap kat saya..
budak2 adalah comel!!
gerammmmmmmmmmmmm~~

Monday, October 11, 2010

Saturday, October 9, 2010

terima kasih sebab hiris hati saya dengan pisau tumpul

cuba bayang hati kita yang hidup2 ini dihiris guna pisau yang tumpul..
tak dapat bayang betapa sakitnya..
lebih baik mati dari terseksa bukan

saya tak pernah rasa malu yang sebegini malu sepanjang hidup saya..
malu ini lagi teruk dari malu bila berbogel depan orang
malu ini melibatkan maruah
maruah diri seolah disepak dan dipijak macam tiada harga

kalau bunuh diri tu tak salah dah lama saya buat
Alhamdulillah saya masih boleh istighfar
harap saya kuat menempuh hari esok, lusa, tulat dan seterusnya
walau hari ini penuh noda hitam

menangis takkan membantu pun tapi saya lemah
migrain yang dah lama tak singgah kini kembali
menciiiiiiiiiii~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau ko benci kat aku pun janganlah cakap aku ne DESPERATE
siap jaja cerita kat orang lain yang aku ne DESPERATE
^%$^&**()_$#%$#

ada ke aku gi goda ko?..
pernah ke aku cakap aku suka kat ko?.. plizzzz , jadi BF aku?..
ehh jadi suami aku teruslah?...
tergedik2 nak tarik perhatian..

peliklah.. berkawan pun salah ke?
kalau kawan dengan lelaki kita kene ada perasaan cinta kat die ke?..
niat baik disalah erti
lebih baik senyap sunyi
itu lebih baik

~~~~~~~~~~~

saya pergi dulu
dah jangan cari saya
saya pergi cari ilham
muhasabah diri
mungkin dosa ini terlalu banyak
buatkan hidup tak pernah tenang
mungkin ini dugaan
mengajar diri menjadi kuat
menghadapi hari-hari mendatang


Friday, October 8, 2010

selangkah menuju kebahagian





cik Lida (my housemate merangkap kawan baik, kawan suke riye, kawan ronggeng, kawan bebel kuat, kawan pegi pasar malam Bdr Tun Razak jalan kaki, kawan gaduh, kawan baik semula, kawan teman gie mane2) dah memegang title tunangan orangan..
i'm happy for her.. :)
dia dah dapat kebahagiaan yang dia nantikan lebih 10 tahun..
Syukur Alhamdulillah..
sedih tak? memang lah sedih jugak sebab nanti dia dah kahwen?..tak bole nak rongeng2 macm dulu.. hehe
tapi gembira lagi banyak kewt..
Untuk Cik Lida dan Encik Cek Wan..
tak sabar kan nak tunggu tarikh 25 Dec 2010.
hehe..
Selamat la korang ek.. :)

*masa majlis tunang hari tuh, saya disuruh Lida jadi tukang tangkap gambo.. saya pun pinjam DSLR adik saya.. owhh sungguh tak reti nak gune.. tapi nasib baek pandai buat gaya seorang pro.. tapi hasilnya owhh sungguh amatur.. huk..huk..

gambar ketiga nampak sungguh gedik. Kenapa mesti nak angkat kaki sebelah kan.. dasar gediksss.. sebenarnya ajak diorang semua lompat tapi seperti tiada respon di situ.. kih..kih.. terpaksa lahh wat2 gaya angkat kaki gak supaya tak kempunan sebab tak dapat lompat..


Thursday, October 7, 2010


Ini abah saya. Saya sayang dia lebih dari segala-galanya. Saya sanggup tukarkan nyawa saya kalau itu dapat pulihkan dia seperti sedia kala. Saya rindu dia. Saya rindu panggilan telefon dari dia. Saya rindu gelak tawa dia. Saya memang tak kuat walau saya cuba kuat. Owhhh air mata ini semakin lebat bila semakin cuba ditahan. Saya tak suka menangis. Malah saya membencinya. Saya susah menangis tapi bila menangis sukarnya nak menghentikannya. Abah call saya tadi, abah owhhh abah saya memang rindu suara abah tapi saya tak sanggup call abah sebab saya tak boleh terima kenyataan abah bukan abah yang dulu. Ya Allah, suara abah bertanya khabar saya tadi sesungguhnya melegakan saya. Seolah2 saya mahu berlari-lari balik berjumpa abah sekarang. Kalau dulu saya teruja sangat mahu balik berjumpa abah tapi sekarang saya amat berat. Saya memang tak kuat nak berdepan dengan abah. Ya Allah tolonglah kembalikan kesihatan abah, keceriaan abah yang dulu. Saya memang tiada sesiapa selain abah. Saya tak boleh hidup kalau apa2 terjadi kepada abah. Saya memang tak berupaya memberi kasih sayang  saya untuk sesiapa selain abah. Sebab saya nak abah gembira sebelum saya gembira.Saya lega saya bukan pilihan dia atau sesiapa walaupun jauh di sudut hati, kemahuan itu ada.
  
Agnes Monica-Rapuh
Belum sempatku membagi kebahagianku, Belum sempat ku membuat dia tersenyum,
Haruskah ku kehilangan 'tuk kesekian kali, Tuhan kumohon jangan lakukan itu,
Sebab ku sayang dia, Sebab ku kasihi dia,
Sebab ku tak rela, Tak selalu bersama,
Ku rapuh tanpa dia, Seperti kehilangan harap,
Jikalau memang harus ku alami duka,
Kuatkan hati ini menerimanya



Monday, October 4, 2010

busy body macam lebah

Kita memang tak terkecuali untuk menjadi seorang yang busy body bila hidup bermasyarakat.
Busy body @ menyibuk hal orang tak semestinya negatif.
Menyibuk untuk ambil tahu sedikit  berkenaan si Polan adalah tanda menunjukkan sifat caring.
Tapi jangan sampai melampaui batas2 privacy orang lain sehingga hal dalam kain pun nak ambil tahu.
RIMAS 

janganlah dengki dengan saya
saya tiada apa-apa pun
cantik tak pun
kaya lagi la tak
susah juga jadi jujur neh
disalaherti
baiklah jadi perahsia, pemendam perasaan
not me!!

tinggggggggggggg!! 

kan best boleh tahu isi hati orang lain.
ikhlas ke dia neh.. 
ke ada udang di sebalik mee udang
ke berkawan untuk mengambil kesempatan
kalau betul memang HAMPEH bin hampagas ~~~~


Egonya kamu


mahu kurus
mahu berfesyen
mahu jauh dari Kuala Lumpur
mahu lari dari orang-orang tak suka kita pun
boleh nampak lah
takpelah biar mereka bahagia dengan hidup mereka
biarlah mereka sibuk dengan hidup mereka

saya akan teruskan hidup saya tanpa susahkan orang lain
saya menjengkelkan anda?
sila teruskan usaha menjauhkan diri anda
saya tak rugi apa-apa
saya begini dan saya takkan berubah sebab memang saya begini
buruk pada kamu tapi baik pada saya

selamat tinggal jika kamu yang ditinggalkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails