Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

terima kasih doktor hensem :)

terima kasih doktor Izan yang hensem.. saya mintak2 tak jumpa kamu lagi walaupun saya memang nak jumpa kamu lagi..
tapi kalu jumpa kamu maknanya saya sakit
saya tak mahu sakit
huk..huk..huk

ini yang malas..
asal naik gunung ada je yang tak kena
asal ada je yang tak kena mesti lepas naik gunung
jadi?
saya memang tak boleh naik gunung lah
simple kan?

pagi isnin saya MC sebab ada rawatan susulan kaki saya. Tapi masuk kerja sekejap sebab ada benda yang perlu saya setel.. tak sangka Lida pun MC.. hehe.. jom bersuka ria.ooopss mana bole.. kita kan sakit.. hik..hik.. Dialah peneman saya ke hospital..padahal boleh je pergi sorang-sorang.. tapi rasa konfiden sikit bila ada teman di sisi..


~sebelum pergi hospital kene ceria-ceria~


~sudah sampai ke destinasi~


~menunggu sabar.. haha..tak sabar ok nak jumpa BF i tuhh.. dia seorang doktor (perasan)~


~peneman saya yang setia..luv ya, cik lida!~



~rasanya ok tak kaki saya neh.. ??~




bila tiba turn saya.. saya dengan rakusnya menuju ke bilik doktor Izan..
sebab tak sabar nak cakap yessssssss... kaki saya dah baik...
apalagi tunjuk terus kaki..
doktor tu membuat andaian, (andaian????) masih ada darah beku...
sebab bengkak kat tempat luka masih belum surut.. keras pula tuh..
dalam otak saya dah fikir kena masuk bilik bedah untuk potong kaki (haha.. melaut n melalut betul pemikiran saya)
doktor cakap jangan risau..
rajin2 lah sapu gel n tampal plaster yang dia bagi..
lama2 insyaallah surut..
tapi kalau awak rasa demam dan tak sedap badan
datang balik jumpa saya
sebab takut ada jangkitan kuman dan nanah..


ok tipulah kalau cakap saya puas hati
tapi lega sebab jumpa doktor hensem
(kamu ni sangatlah ntahapantah, cik nyonya ezasarey)


apa2 pun ALhamdulillah..
syukur sangat2 kaki saya semakin pulih
cuma perlu rehat
bukan tak nak naik gunung lagi
tapi.. arghhhhhh.. menciiiiiiiii nak naikk jugakkkk


kawan2 saya semua cakap rehat dulu..
jangan naik gunung dalam masa terdekat.
jangan degil.. kaki tu nak pakai lama
jaga makan..
nasib baik abah tak tahu.. kalau tak mesti dia tensen lagi...
bukan tak nak abah tahu.. tapi taknak abah risauuuuuuu...


thanx kowang kerana membebel.. comel je bila korang membebel2 kat saya..
sangat caring.. tersentuh jiwa comel i... awwwww






sakit itu boleh kurangkan dosa kita di dunia kan??
tapi jangan cari penyakit tao..

Tuesday, June 8, 2010

teruknya saya


tahap kesihatan sgt teruk sekarang
rasa tak sedap badan
bila nak malam akan demam
kenapa la dengan saya neh..
takkan penangan ubat antibiotik tuh..
yang paling sadis berat saya naik
54kg?? biar betul
tapi makan tetap makan
oiiiiiii tolong la sedar weii..
nak jadi gedempol kerrrr..


~wat gaya kuruskan badan.. muka tak tipu sebab terserlah ke Chubby an~


Ya Allah tolong beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik..
Masih banyak yang belum diselesaikan dan dicapai dalam hidup
Walau rasa sedikit kekosongan tapi aku masih ada Engkau
Engkau yang Maha Adil lagi Bijaksana
Aku hanya mampu berserah~~
Kalau itu kehendakMu aku redha..

Friday, June 4, 2010

S.a.K.i.T

Balik-balik je dari hospital... kepala pening-pening
badan tak sedap macam nak demam..
padahal sebelum pergi ok je.. huhu

Kisah Kaki
Seawal jam 8, saya sudah bersiap-siap ke hospital.
Nasib baik jalan tak sesak sangat mengharapkan perjalanan seterusnya lancar juga.
Saya terus ke kaunter pendaftaran bertanyakan tentang temujanji saya dengan doktor yang bertugas. Alhamdulillah tak sampai beberapa minit nombor saya dipanggil berjumpa doktor.
Ingat lagi nama doktor tu dr. Izan (pakar orthopaedic).. yang penting hensem ok... (sempat lagi saya neh..sudah semestinya untuk menaikkan semangat yang down gileeee)

Tunjuk terus kaki saya. Doktor terkejut juga.
"whut happen wif ur leg?"

"huhu... saya terlanggar kayu beberapa kali doktor masa naik gunung. Bengkak bila balik jadi macam ni..
Yang saya ingat pacat gigit kat tempat bengkak tu"

"no wonder la... kaki awak ni mungkin dijangkiti kuman. pacat tu merembeskan bahan kimia masa dia gigit. Pada awalnya darah tu beku bila terkena bahan kimia darah tersebut merebak. tapi takpe kita buat blood test dulu"

Saya pun pergi buat ujian darah. Tunggu keputusan pun lama juga sampai berbunyi2 perut tahan lapar. Hampir pukul 11 keputusan pun keluar. Dr. Izan panggil lagi masuk. Dia cakap memang ada jangkitan kuman dalam darah. Tapi masih di peringkat awal. Makan ubat insyaAllah boleh pulih sedia kali. Tapi dia risau juga sebab dia nak pergi luar negara, 13hb baru dia ada. Dia suruh datang lagi 14hb Jun untuk rawatan susulan. Selepas ambil ubat dia suruh masuk jumpa dia lagi.
Tak kisah la doktor... 10 kali masuk jumpa doktor pun saya sanggup.. hahaha
Dia explain betul2 cara makan ubat. yela pasni die takde nak pergi oversea..
Antibiotik sampai dua.. Tahan sakit pun adan dua jenis.. huhu
In case kalau teruk.. (cuak seketika)

Bermulalah hari-hari selepas ini bertemankan ubat.
semoga sihat semuanya..
lambatnya 14hb neh.. hehe
 

 

kenapalah kaki saya ni

ramai tegur hari ini saya nampak pucat
saya sendiri memang tak sedap badan sejak balik dari gunung
bila tengok tubuh badan sendiri
rasa macam down, SUXX
lebam merata-rata, gatal-gatal, kaki bengkak
tapi alhamdulillah masih boleh berjalan

cuma sejak semalam kaki kiri saya menunjukkan tanda2 yang saya sendiri takut nak tengok
apakah??
kawan-kawan yang tengok pun terkejut
korang terkejut tak??
pergi klinik doktor pun boleh terkejut terus rujuk pergi pakar

Photobucket

Photobucket

esok pagi-pagi akan ke Al-Islam Specialist Hospital
harap tiada apa-apa
berdebar-debar jugak
nak nangissssss pun ade
tapi kene kuat~~~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails