Thursday, December 31, 2009

~Gunung Stong~

Saya membuat cubaan tak berapa berani mati bila cuba mengemaskini blog ketika berada di pejabat dan di kala semua orang sangat sibuk termasuk diri sendiri. (Bahana menceburi bidang perakaunan apabila hujung tahun menjadi gila meroyan menutup akaun)

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....


Saya tak sempat kemaskini sebab sangat banyak kelijeee...

Doakan keselamatan saya.. selamat pergi dan selamat balik :)

Friday, December 25, 2009

pagi hari Natal~~

* kosong *
* 2 biji mangga *
* makaroni goreng *
* teh o limau panas *
* keseorangan *
* sepatutnya di Singapura *
* manusia merancang tuhan menentukan *
* Berat turun 3 kg dalam masa 3 hari *
* rambut gugur *
* kenapa ABAH *
*ulang dengar tayang lagu Russian Roulette by Rihanna *


Wednesday, December 23, 2009

Merasa otak warna hitam macam dark cokelat~~



Saya dalam keadaan kebingungan sekarang. .
Adakah perlu saya salahkan diri saya atas semua yang terjadi padahal saya tak pula meminta..
Mintak maaf sudah..
Langsai apa yang terhutang pun sudah..
Saya cuma mahu mereka atau mereka-mereka mengerti keadaan saya..
Cube letakkan diri kamu di tempat saya..Cuba sekali..
Sekali je ok!
Baru tahu betapa tertekan gila..mahu jadi GILAK..
masih Waras InsyaAllah..
Orang sekeliling kebanyakannya mementingkan diri..
masalah diorang je yang difikirkan, masalah kita kalau boleh tolak tepi~~Sahabat ada mengkhabarkan..
Usah fikir perasaan orang sangat..
Sayang diri sendiri baru sayang orang lain..
Tapi masalah saya yang saya benci tapi saya buat juga ialah memikirkan perasaan orang lain dulu sebelum saya.
Akibatnya beginilah.
Bila senang dicari-cari bila kita susah dilempar-lempar jauh..Sedih sangat.
Tapi saya bukan ratu Novela..
menangis sampai lenjun..
Saya kuat dan sihat (sihat apanya??.. saya hampir mendapat anugerah pemilik kolestrol yang tinggi..Jadinya saya kawal pemakanan saya.. pooodahhhh.. kawal kejadahnya tadi tepat jam 10 malam saya melantak makaroni goreng..air tangan saya harus dipersalahkan kerana kurang sedar diri padahal sedang berdiet.. nantilah cerita pasal ini..Sekarang slot layan perasaan~~)


sekejap............

taraaaaaaaa..
Resipi bertajuk Makaroni Goreng Kepala Kusut.
Saya tambah 2 x.. Housemate saya menambah 3-4 x..
Kesimpulannya apa?? Sila jawab dalam hati..
Sebab saya malu..



Monday, December 21, 2009

isi kepala berat sangat


"mintak maaf saya cuma risau abah"

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

JALAN-JALAN KE SINGAPURA??

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

TAWAN GUNUNG STONG ??

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

BIKIN AKAUN BELIAU

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

PENYAHPERASAANBIOLAKU

ABAH.. I'M THINKING OF U 24/7

sumpah sangat berat... Allah yang tahu berat sangat...
mintak maaf semua..
if i'm avoiding you n you n you n you n you



Sunday, December 20, 2009

~keliru~


Saya sedang keliru dengan diri saya ke atau orang lain yang keliru dengan diri mereka.Saya cuba memuaskan hati semua orang tapi tak semua berpuas hati dengan
diri saya. Saya sebenarnya sangat kecewa dengan hidup saya dan saya rasa saya tak cukup kuat untuk teruskan walaupun naluri sering memberi kata-kata positif untuk berjuang meneruskan hidup. Saya cuba lari jauh kalau saya tak suka. Cuma larian saya tak cukup kuat untuk menjauhi mereka. Apa salah saya?? Kenapa saya sering dicabul jiwa-jiwa sang perilaku yang meloyakan. Tolonglah bagi saya sedikit ruang bernafas. Saya perlukan oksigen segar bukan kotor.

----------------------------

Beginilah.................Kenapa saya masih suka orang yang saya suka itu, walaupun hakikatnya saya tiada pun dalam hati dia. Kenapa bila datang orang yang suka kepada saya, saya pula tiada rasa sedikitpun untuk mereka. Kenapa begini dan kenapa begitu. Kes-kes yang berulang dan serupa menjengah hidup sepanjang 27 tahun. Hati tak boleh dipaksa dan saya cuba untuk menjadi kawan semua orang cuma saya takut mereka beranggapan lain sehingga saya mengakhirinya dengan kata selamat tinggal. Sebab itu saya memilih jalan yang sekarang ini. Jalan sendiri yang lebih ENJOY!!! Tak perlu melayan hati-hati kaca.. tersentap sana tersentap sini..merajuk sana merajuk sini..
saya tak cun langsung tapi mahu Hidup CUN!!



Sunday, December 13, 2009

Saya sudah siap kemas bilik~~

Friday, December 11, 2009


AMARAN KERAS: Video ini mengandungi unsur ngeri kerana perempuan ini bermata lebam.. tonton dengan berani ye!



"sound effect" yang kurang memuaskan. maafkanlah!


Saya percaya perempuan di dalam wayang gambar di atas sedang bertungkus lumus mengemas biliknya.

Thursday, December 10, 2009

prinsip hidup~~

Setelah menjalani proses pemikiran yang agak dewasa sedikit dari yang sebelumnya, saya sedar yang saya hidup selama 27 tahun ini tanpa ada prinsip hidup yang pegun.
Melilau-lilau mencari jalan hidup yang sebenar dan hakiki.
Kekadang ke kiri, ke kanan, ke belakang dan ke hadapan dengan harapan menemui Nur kebahagiaan. Tapi saya sebenarnya bukan mencari tapi melilau-lilau ikut suka hati.
Saya bukan budak tapi sudah layak dipanggil dewasa. Sungguh memalukan apabila seorang dewasa berjiwa kanak-kanak atau sedikit kurang malu saya berlagak seperti remaja.
___________________________________
Bagi saya seminit-dua.
____________________________________

Rupa-rupanya saya sudah lama hilang. Sekembalinya saya ini, saya mahu hidup yang berprinsip. Bukan berayun-ayun mengikut lenggok angin. Sudah cukup lama saya bergurau senda dengan hidup saya. Saya tak boleh dipermainkan kan lagi. Jiwa saya bukan untuk dimainkan tapi untuk bermain menjadi pemain yang handal bak Dato' Lee Chong Wei.


Tolong pergi jauh-jauh sebab saya cuba memadam kamu.




SELAMAT TINGGAL DUNIA YANG LAMA DAN SELAMAT DATANG DUNIA YANG BARU

Wednesday, December 2, 2009

Benarkah ini jalanMu






ujian ATAU balasan


***********

Bertimpa-timpa ujian dan sungguh adil balasan dari yang Maha Esa

***********

Kereta saya rosak selepas berpeleseran di OU. Punca yg buntu. Cuba hidupkan beberapa kali tapi gagal. Akibatnya saya meninggalkan dia semalaman.
Ini gambar hiasan. Bukan kereta saya tapi kereta idaman saya. Abaikan sengal saya.


Saya cukup tak faham agak baru saya pakai kereta itu tapi KENAPA saya mesti hadapi semua ini. Saya harapkan ia terjadi 3-4 tahun lagi.


************

Tidak perlu bertanya kenapa tapi menjawab bagaimana?

************

Saya ambil EL untuk selesaikan apa yang belum selesai. Tapi saya pasti ada yang tertangguh di pejabat. Banyak halangan. saya bersyukur ada adik beradik dan kaum keluarga yang menolong fizikal dan kawan-kawan yang menolong emosi.
Saya tak larat dan sumpah saya lagi tak larat kalau berseorangan.


************

Kita perlu terima apa jua Qada' dan Qadar Allah s.w.t walaupun perit. Redha dan Tawakal. Jadi jangan sedih lagi.

*************

Satu hari ini saya tahan sebak. Izza dah kuat. Sumpah saya tak mengalirkan air mata. Sampai merah mata tahan. Sampai pedih hati redha. Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Semoga bahagialah jadinya kepada semua orang. Saya pun perlu jadi wakil bahagia.

Monday, November 30, 2009

perjalanan Khamis hingga Isnin


Khamis:
Bertolak balik ke Jelapang di samping GG(adik lelaki pertama yang berstatus suami orang), AIN(adik ipar iaitu isteri kepada GG yang mengandung 8 bulan),
JIMMY(adik kedua yang agak-agak sengal sebab berlagak artis) dan E-ONE(adik keempat yang menduduki SPM tapi tak macam).. bukan pulang ke jelapang padi ok.. Jelapang di Ipoh..
Singgah rumah Onchu.. godek buah-buahan di kebun arwah Wo..(panggilan nenek bagi orang kampar).

Jumaat:
Selamat Raya Haji semua!
Malam sebelumnya sempat membuat biskut tart dengan cornflakes madu sampai 2 pagi.. mata meninggalkan lingkaran hitam merosakkan sedikit mood raya. Saya tak sempat melihat korban sebab tiba lewat di kampung di Parit. Lega juga sebab nanti timbul rasa kasihan. Bila kasihan kita tak boleh makan kan. Mana boleh saya lepaskan peluang ketika pesta makan daging.
Malamnya kenduri tahlil. Penat memasak itu dan ini, memotong itu dan ini, membasuh itu dan ini sehingga berakhir dengan tidur yang lena.

Sabtu:
Masa untuk kenduri kahwin.
Rehat di Ipoh dengan penuh rehat-rehat.
Layan Idola Kecil.
Kenapa suara budak-budak itu best2 belaka..
Sampai juri komen lagi bagus dari peserta2 program FAN.....
Sangat berlitup tapi masih terbuka..
Sangat setuju sama dia..

Ahad:
Marathon Mari Memasak diketuai oleh mama..
nasi lemak -- pepadom -- roti wholemeal -- karipap

Balik ke Kota Lumpur.
OMG!!! trafik jalan yang sangat sesak. Gila tak tahan. Memasuki jalan biasa tapi sama juga sesak. Lagi baik dari orang2 yg bayar tol tapi terpaksa megharungi lebuhraya yang sesak. sangat tak CUN.
Kerana tak tahan lagi kami tidur di rumah onchu di Tg Malim tambahan budak2 ni nak layan bola. Tapi pasti esok bangun awal terus ke tempat kerja yang mana saya amat tak suka. Tingkap SERENA abah buat hal~ tak boleh tutup.
tapi E-one ada x-m esok. Paper Electric. Gila dia sangat relax ok! Kalau saya dah gelabah.. Jadi Abah tukar kereta dengan GG dah terus balik Kuantan. haisHHH..mereka sampai 2 pagi di Kuantan.. dan pukul 7 pagi E-one bersiap ke dewan peperiksaan.. SpM boleh buat main-main.. haishhhhhh..

Isnin:
Selepas waktu kerja, aktiviti berpindah-randah bermula dari jalan cheras ke bandar tun razak..
Terima kasih diucapkan kepada GG dan Jimmy kerana menolong gue!!
Siapa lagi nak mintak tolong kalau bukan dari adik beradik.
Tak perlu kehadiran BF pun!
:P.. bluwekkkkkkkkkkkkk


Gambar yang Jadi:

*saya tak sabar menonton "KARAOKE"*

Sunday, November 15, 2009

Sony Ericsson T630 saya yang terbaik


Saya tidak pernah rasa saya ketinggalan dengan kecanggihan teknologi telekomunikasi apabila masih menggunakan telefon bimbit yang rasanya sudah tidak harus lagi wujud dalam era sekarang.
Saya tidak pernah menghina mahupun berkira-kira menukar ke model terkini. Saya makin sayang dia walaupun rakan-rakan saya beriya menyuruh saya membeli yang lain. Kata mereka Sony saya sudah layak dikategorikan sebagai barang muzium. Tapi saya masih bersahaja, masih tahan malu kerana yang satu ini. Senang sahaja jawab saya, ia masih boleh digunakan, tidak perlu membazir. Saya hanya membazir untuk baju2, kasut2 dan lain2 yang sewaktu dengannya. Cuma sekarang saya mengurangkan sedikit aktiviti itu sebab saya mahu DSLR. Namanya manusia memang tidak pernah puas. Kehendak tetap kehendak. Berbalik kepada ceritera Sony saya. Kenapa Sony Erricson T630 saya yang terbaik? Mari-mari ambil tahu!

TIP 1

Kebanyakan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis air dan tidak kalis habuk. Binaan litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah amat halus, dan sebarang pendedahan kepada kepanasan, kelembapan dan cecair yang mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar elektronik tersebut.

T630 berkata: Tuan saya seorang yang tidak pandai menjaga barang milik dia. Dihempasnya saya beberapa kali, dicampaknya saya jauh-jauh tapi saya tahu dia bukan sengaja berbuat demikian. Baru-baru ini dia dengan tidak sengaja menjatuhkan saya dalam lubang S****. Dia seorang yang 'CARELESS'.. Mana tidaknya, letak saya di dalam poket belakang seluar dia ketika menunaikan hajat. Langsung tanpa berfikir panjang dia cepat-cepat menyelamatkan saya. Saya amat terharu walaupun ketika itu hidup saya tinggal nyawa-nyawa ikan. Saya nampak kesedihan dia. Beberapa jam saya berjuang untuk hidup dan bila melihat kesabaran tuan saya, saya cuba bertahan. Syukur saya masih di sini meneruskan sisa hidup saya. Saya sayang tuan saya. Saya harap dia pun begitu walaupun saya tahu dia berkira-kira mencari pengganti saya ketika saya berada dalam keadaan koma. Saya faham kenapa begitu. Bila tiada kami, manusia mati kutu kerana terputus hubungan luar.

TIP 2

Pengguna disarankan supaya mengelak daripada mengendalikan telefon bimbit dengan cara kasar, seperti menjatuhkannya dan menghentaknya kerana ia pasti akan merosakkan papan litar dalaman.Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik boleh menyebabkan kotoran halus memenuhi ruang-ruang kecil pada permukaan telefon.

T630 berkata: Seperti yang dibicara di atas, tuan saya bukanlah seorang yang lemah-lembut, baik hati dan sopan santun.

TIP 3

Pengguna dinasihatkan membersihkan telefon bimbit dengan mengelapnya menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan sedikit dengan sabun dan air. Namun begitu penggunaan bahan kimia menghakis, pelarut pembersih, serbuk pencuci atau larutan pencuci yang kuat boleh merosakkan telefon bimbit.

T630 berkata: Saya rasa sepanjang umur saya yang 5 tahun ini, saya tidak pernah merasa dibelai, dicuci dan dibersihkan. Saya sangat cekal dalam hidup saya. Saya tahu tuan saya sangat sibuk dengan hidup dia. Kadang-kadang kain baju pun dia hantar ke kedai dobi.

TIP 4

Kelasakan sesebuah telefon bimbit juga bergantung kepada ketahanan alat-alat elektronik dan bahan plastik tertentu. Suhu terlalu tinggi akan merosakkan komponen-komponen tersebut. Begitu juga jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu sejuk, seperti peti ais atau tempat sejuk beku(freezer). Ini adalah kerana apabila telefon itu digunakan semula pada suhu biasa, lembapan(condensation) akan terbentuk di dalam telefon yang pastinya akan merosakkan papan litar elektronik, dan merosakkan memori dan fungsi paparan.

T630 berkata: Saya masih ingat dia tinggalkan saya di dalam kereta yang diletaknya di tempat panas. Tapi saya bertahan sebab cuaca di Malaysia tidaklah terlalu panas dan tidak terlalu sejuk juga. Cuma tuan saya suka meninggalkan saya di rumah, di kereta dan di pejabat. Saya sudah faham dengan dia. Bukan setakat saya yang ditinggalkannya, malah benda-benda lain juga. Bilalah dia mahu berubah.


TIP 5

Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat penting ke arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit pengguna. Kedua-dua komponen tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling dan haba.
Jika bateri dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas dan memendekkan hayat bateri, dan prestasinya akan menurun dan jangka masa bersedia (standby) dan komunikasi akan menjadi lebih singkat.

T630 berkata: Bateri itu nyawa saya. Tuan saya akan mula mengecas saya ketika dia hendak tidur sehinggalah keesokkan paginya. Lama ke kalau macam itu??.Biarlah yang penting saya masih bersama dia dan masih bernafas untuk mengabdikan diri kepada tuan saya.



*Jadi saya juga sayang dia. Sumpah tidak akan cari yang lain*


Friday, November 13, 2009

saya JAHATTTTT!!


kenapa saya jatuh dalam kategori manusia JAHAT??

KERNA:

abah call tapi saya tak angkat
bukan satu tapi 5 missed calls
tak habis di situ saya terima pula 2 sms yg sama dari dia;

"happy birthday! smoga ALLAH memberi keberkatan dunia&akhirat.. sori sbb lambat.. dr kami sekluarga"


jahat kan saya... disebabkan abah lambat 2 hari, saya jadi macam ni.. saya memang keanak-anakkan.. merajuk tak sedar diri.. tapi saya tertanya-tanya kenapa selepas 2 hari.. sedangkan semalam hari lahir arwah mama.. adakah abah juga lupa tarikh itu.. mungkin abah betul2 terlupa atau tak perasan.. saya harap begitu.. Mintak maaf abah tadi saya betul2 takde mood nak angkat telefon.. balas sms apatah lagi.. kesian abah.. esok pagi saya akan telefon dia.. benda2 kecil sebegini tak perlu diperbesarkan pun.. kesalahan kecil sebegini untuk saya kecil hati tak padan dengan penat lelah jerih abah menjaga saya..
saya minta maaf abah!

*_anak sulung yang jahat_*

Thursday, November 12, 2009

GoL dan KeK



Futsal gila BEST !!
Puas dengan lelah yang sedap..
mahu lagi tapi terhad di jam yang pertama..

*kemudian*

-KEJUTAN KAWAN-KAWAN-



Saya kabur..Terima kasih di atas ingatan-sambutan rai saya..
Walaupun kita baru kenal tapi korang mesra yang menggila..



*SUKA-RIA*


INI SAHABAT SAYA. NAMA DIA HAMIDAH. SAYA SAYANG DIA.

Calit-mencalit permainan budak,
Saya macam budak,
Saya mahu menjadi budak,
Budak itu comel,
Comel itu saya,
(akhirnya mesti begini :P)

Wednesday, November 11, 2009

pening Kepala bila diBLOCK


satu hari di pejabat kepeningan..
loya-loya..perut memulas..
cirit birit..
Tadi vendor belanja satu department kat Balifeel (restoran yg menyajikan indonesian food dan kami menikmatinya seperti berada di Bali....uwekkksss) tapi tak dapat menikmati sebab selera tertutup..
MukaBUKU pulak kena block!!!
akibatnya kepala saya bertambah pening..
macam hilang punca..

saya boleh terima..
sebab saya bukan hantu MukaBUKU sangat..
bukan gila MAfiaWArs, BArnBuddy or ape kejadah lagi ntah saya pun tatau..
tapi macam hilang sesuatu..
takpelah sekarang saya cuba melayan blog-blog manusia lain..
saya bukan jenis yang rajin baca blog..
tapi saya rasa bagus juga kalau saya dapat layan kan..
banyak pengetahuan yg saya boleh tahu..
dan saya bole jadi shopaholic di alam maya..

saya dapat tahu rahsia membuka MukaBUKU dan website yg sewaktu dengannya walaupun diBLOCK..
tapi saya macam dihantui rasa tak keruan sebab saya rasa bersalah kat org yg tak dapat buka.. gila mulia saya..
akhirnya saya hanya kaku membuat kerja dengan efisien tanpa digangu-gugat anasir lain.. efisien la sangat.. plizzzzz sejak bile saya efisien..
ohh ye..azam 27.. saya mahu maju dalam kerja saya..
balik kerja saya terus buka MUKABUKU dgn rakusnya..
hahaha..tolonglah adakah saya addicted..
**kepala pening**
telan actiFAST 2 biji saya terlena di kala maghrib
saya kena rehat sekejap
malam ni FUTSALLLLLLLL!!
nnggak sabar neh..

hari lahir yang saya rasa saya 17




27 tahun la.. wake up ok!
saya rasa saya 17 lagi sebab otak saya fikir macam 17..
suka enjoy suka main suka gila-gilaan..
sebenarnya jauh sudut hati, saya sedih..
abah lupa tarikh lahir saya ke?
hari ini tiada ucapan dari dia..
saya takkan tanya.. saya akan diam..bukan merajuk, cuma biarlah..
juga adik2 saya yang lain.. mereka bZ sangat ke?
cuma budak ini yang sms saya..


sms ditaip begini:
Hppy brthday to my sister..arap2 bdn 2 brtmbh besar skt...kasi skt duit skt..bley blnje ko mkn kt nasi lemak danau kota 2. Tpi nasi lemak biase ar.hahaha.cntek..klau xckp adiah nie nati aku ksi pnjam dslr..cntek..hahaha.hoit bler nk kawen nie..nati ko cr bf yg byk duit tau. aku paau die skali hahaha..wish u hppy with your koya bf yg mmber ko ckp 2.haha

*i'm cryin*

****************************

Saya nak ucapkan byk2 terima kasih yang ikhlas dari hati saya kepada kawan2 yg wish saya di tanggal 10/11/2009 ne.. saya terharu sangat.. ucapan yg sy terima dari phone calls, sms, FB, Friendster & Myspace yg dah lama tak buka tp masih ada yang wish.. terima kasih banyak2.. May Allah SWT bless u all..

Juga kepada Kema yg belanja dinner semalam.. n Lida yg belanja lunch tadi..
kenyang saya.. esok lusa tak nak belanja lagi ke~~

****************************

::azam di kala umur 27::

1. SINGLE n AVAILABLE
-saya perlu berusaha untuk tukar status saya.. bukan desperate ok! perlu cari BF ne.. saya tak larat nak jawab pertanyaaan orang kalau saya dah ada BF ke blum.. nanti bila saya cakap belum diorang tak percaya.. kalu cakap ada kang tipu pulak.. huhu..tp saya tak reti cari.. saya dah jumpa tapi dia tak jumpa saya..

2.AGAMA
-saya tipis nilai2 islam dalam diri saya..saya akan cuba berubah menjadi muslimah sejati..cukupkan sembahyang 5 waktu..jauhi amalan2 yang tak elok..sentiasa ingat ALLAH s.w.t selalu..kadang2 saya alpa.. bila susah baru saya tercari2 Dia..saya akan cuba berubah..doakan saya ye..

2. ATTITUDE
-saya sangat kebudak-budakan..dipadankan dengan badan saya yang kenit ni.. orang nampak saya macam belasan tahun..tipuuuu..saya nak berubah jadi wanita yang matang..yang bole buat keputusan sendiri tanpa mengharap orang lain..tapi saya tak boleh hidup sendiri..saya suka kawan2 saya.. kalu ada yang tak suka biarkan sahaja..saya juga nak tukar attitude 'last miniute' saya.. saya suka take granted of anything sampai saya lelah bila sebenarnya anything tu adalah penting..

3. KELUARGA
-kadang2 saya tak endah mereka..bukan lupa tapi saya hidup dengan dunia sendiri sampai saya terlepas pandang.. saya perlu hargai mereka lebih dari segalanya..insyaAllah

4.KARIER
-saya masih belum puas dengan kerja saya.. saya bosan..saya tak dapat menstabilkan perasaan dengan kerja.. saya cepat melatah dengan kerja2 yang banyak..sampai saya gelabah..sampai saya menangis..saya akan cuba ubah untuk jadi lebih sistematik..sebenarnya saya mahu mula mencari peluang2 lain di luar.. gonna leave soon..

5.MATERIAL
-saya mahu kaya..bila kaya saya dapat beli apa yang saya mahu.. otak mahu RUMAH, KAMERA DSLR & LAPTOP, baju2, kasut2.... bole dapat ke?? insyaALLAH.. saya perlu usaha..

6.****L
-saya akan cuba lupa dia.. b strong k!



Monday, November 9, 2009

ikhlaskah seorang kawan?

betapa rumitnya menjadi seorang yang bergelar kawan..
saya cuma ingin jadi kawan yang setia, ikhlas, susah senang bersama..
tapi saya robek semuanya disebabkan dosanya yang tercalit di masa lampau..
saya cuba berlagak seperti biasa tapi saya tak boleh..
saya jauhkan diri dari dia dan seharusnya dia wajib perasan..
saya cuba juga untuk menjaga hati semua..
tapi saya gagal lagi..

saya merosakkan lagi bila datang orang ketiga..
saya anggap dia bukan kawan..
tapi saya tolong dia sebab sifat kemanusiaan..
kemudian semuanya kisah duka bermula..
dia jahat dia busuk..
perlukah saya luahkan semua sebab saya bukan sebegitu yang war2kan pada dunia keburukan orang..
diulang lagi saya juga bukan insan baik atau malaikat..
tolonglah hilangkan sikit ego..
saya jauhkan diri lagi sebab saya mual..
she is the real BACKSTABBER!!
depan baik belakang macam BABI..
mintak maaf sekali lagi saya ulang saya bukan baik..

saya sangat keanak-anakkan..
seharusnya saya berterus-terang dari dulu..
tapi saya pendam.. pendam sampai jiwa saya mati..
saya mintak maaf saya cerita keburukan orang..
tapi sumpah.. masa tu saya jiwa mati.. tiada tempat mengadu..
hanya ada kawan..
saya patut bertindak dari dulu..
tapi saya selalu silap langkah..
memang akan selalu silap..

Untuk insan yang saya anggap kawan itu..
saya sayang ikatan kita..
saya minta maaf ia jadi rumit macam ni..
semoga bahagia di samping dia..
kawan selamanya kalu begitu jadinya..
saya IKHLAS~~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails