Thursday, January 28, 2010

mintak maap saya blur sangat-sangat

Saya terpenat sekejap... Sudah lama penat..
Bukannya berhempas pulas membanting tulang pun tapi penat jiwa..
Bilalah nak jiwa suka hati pula...??

Semua lelaki berhati kaca ke?? Atau saya yang macam kaca..
Maklumlah mahu jadi permata tapi tak layak langsung..

Sekarang saya rasa saya tak perlu mereka yang cuma bermain dengan hati saya..
Ingat barang mainan ke? Kalau mahu kata mahu..
Kalau tak mahu tolong pergi jauh-jauh..
Tapi bila mereka jauh saya ternanti macam orang bodoh..

BODOHituSAYAmemangBODOHnyaSAYA

Terkejut bila Fahrin Ahmad yang macho itu menangis teresak-esak macam budak kecil dek penangan perempuan.. Sangat tidak percaya..Agaknya lelaki zaman sekarang berhati kaca..
Saya langsung tidak ada masalah dengan lelaki sebegitu.. Tak hipokrit dengan perasaan sendiri..Saya kesian dia..BOOoooooouuuuuooo kepada Linda Onn..

Saya cuma bermasalah bila lelaki suka merajuk tak tentu pasal. Geli-geleman saya dibuatnya.
Lelaki merajuk?? sungguh tak diterima akal fikiran saya.. Macam tolakan ion-ion dari jenis yang sama...MINTAK MAAP.. kadang-kadang saya blur.. kadang-kadang saya buat tak tahu.. Kadang-kadang saya dungu..

Tadi kami bertiga berdiskusi tentang lelaki idaman kami.

Si Wanita yang bakal berkahwin mengidamkan lelaki yang:
  • HENSEM
  • KAYA
  • Ada gaya macam BUNG MOKHTAR

Si perempuan yang tak sabar nak berkahwin tetapi masih solo mengimpikan lelaki yang:
  • BERIMAN (dapat membimbing ke jalan yang diredhai dunia akhirat)
  • EDUCATED

Si budak yang perasan masih comel dan muda yang takde perasaan nak kahwin..hidup single macam best tapi masih suka lelaki yang:
  • NAKAL tapi BERIMAN
  • NOT NECESSARY EDUCATED tapi pandai cari duit OK!!

*malangnya si wanita yang bakal berkahwin tidak mendapat bakal suami yang memenuhi ciri-ciri idamannya tapi yang pelik dia masih terima seadanya sebab itu adalah JODOH dia..

JODOH silalah datang tahun ini.. hmmm silap sebenarnya sila datang tahun depan.. ehhh bukan juga sebab rasanya belum bersedia lagi..

Siapalah jodoh saya.. Kalaulah boleh dipertunjukkan cuma sekali sahaja siapa jodoh saya.. Alangkah leganya..
Sekali yang datang lelaki yang bernama Mohd Jodoh da.. Saya terima terus..
Sah!!


MAHU BERFESYEN DENGAN MENGGILA TAHUN INI.. TUNGGU!!!

Thursday, January 21, 2010

campur-CAMPUR


mari belajar mengenal perasaan melalui gambar

gambar 1:
Saya senyum sebab puas dapat main futsal tapi awal2 pancit sebab dah beberapa minggu tak main.. kaki terpeleot.. bagus sangat esok sure pergi kerja dengan kaki terhencut-hencut @ terkangkang-kangkang~~ (sungguh kurang sopan, maafkan saya)

gambar 2:
muncung mulut sebab menci.. esok kene pergi kerja..kene menghadap kerja..sejak akhir-akhir
ini buat kerja serba tak kene.. buat kerje tapi hati kat tempat lain..jiwa jerit macam orang
meroyan tanda protes.. balik rumah pun kene buat kerja kat opis.. sangat tak tahan.. sekarang
baru tersedar dah silap.... saya bukan jenis yang duduk atas kerusi mengadap pc berjam-jam..
saya rindu kerja lama buat audit.. boleh jalan sana-sini.. sebenarnya masa zaman sekolah2 saya bercita-cita menjadi pereka fesyen tapi tak kesampaian sebabnya saya memilih ke bidang yang katanya profesional.. sekarang menyesal~~ takpe2 saya cuba mempositifkan diri.. chaiyok eza! saya bagi masa untuk diri saya setahun lagi~~ tapi setahun macam 10 juta tahun..

gambar 3:
ini wanita selekeh.. saya sebenarnya tengah cuba mencari identiti diri.. kunun-kunun macam
nak tukar imej la.. mahu jadi perempuan yang sopan dari segi berpakaian.. boleh percaya ke?
.. rasanya dah banyak kali buat azam ni.. tapi tak pernah berjaya. saya tengah cuba try test ni.

gambar 4:
senyum tak ikhlas.. hati gundah gulana.. abah kembali seperti dulu??.. saya buntu.. saya takut menghadapi kenyataan..sebab itu saya diam tanpa khabar.. sebab saya takut terima kenyataan abah sakit balik.. ini bukan sakit biasa tapi misteri... tahun lepas terjadi dan tahun ini kembali lagi.. saya sangat sensitif bila bercakap mengenai abah.. Ikhtiar terakhir berjumpa Harun Din.. dan berserah pada Allah swt.

gambar 5:
mata lebam macam kuntilanak..(seram plak rasanye)... pastu ada bintik2 hitam di muka..ada ke orang nak kat saya??.. haha..
kene cari hantu juga baru sepadan..

gambar sesat:

huhu.. kuku ibujari kaki saya jadi seperti itu.. korang jangan nak muntah k.. lepas balik dari mendaki Gunung Stong.. ia bertukar kaler.... malu sebenarnya.. ini gara2 kaki terhimpit lama dalam kasut.. Gila seksa nak turun gunung bila malam dan hujan lebat.. cuba bayangkan... dah la takut licin pastu kaki lak sakit.. gara-gara memakai kasut yang salah~` sebenarnya kesian BATA saya terpaksa mngharung lumpur-lumpur tapi bertahan tanpa tercabut tapak.. sayang kamu la kasut.. sehingga sekarang masih boleh digunakan untuk main futsal dan tak lupa juga punggung saya yang beribu kali jatuh mencium bumi.. rasanya masih boleh digunakan.. haha..
kaki pula macam dah lemah.. buat aktiviti sikit mesti nak rasa terkehel... huhu.. tapi saya tak
pernah serik.. mahu lagi ok!

gambar-gambar takde perasaan:


sekian sahaja pembelajaran untuk hari ini ye murid-murid. Jumpa lagi kalu ada jodoh. Kalau takde jodoh redha je la ye..

Monday, January 18, 2010


Suka gila-gila dengan lagu ini.. Dah 10x dengar tanpa henti neh... memang gila



Sunday, January 17, 2010

rasa ini rasa saya



hujung minggu ini saya habiskan masa di rumah sewa..
hanya di rumah sewa tak ke mana-mana..
pelik, ini saya?? saya bukan jenis yang perumah..
tapi minggu ini saya memilih berdiam diri di rumah..
walhal saya boleh sangat beli tiket bas balik ke ipoh.. boleh sangat keluar beli-belah tingkap..atau mengajak sesiapa lepak minum-minum.. atau berkaraoke..
Tapi saya tak buat apa-apa melainkan melakukan aktiviti di rumah..

-pagi sabtu-
terlepas subuh lagi..
ada orang mahu baiki rumah jadi menemani kak shida (housemate yang bersifat kekakakkan) sebab dia seorang sahaja perempuan di rumah.. lida (housemate merangkap kawan baik) awal2 sudah pulang ke kampung.. jadi saya duduk rumah sambil menonton tv dan melayari internet hingga hampir bosan. tidur berulang2 kali..
janji katanya pukul 2 tapi datangnya hampir pukul 7..
geram dengan orang yang tak pandai menepati janji..
akibatnya kami menunggu macam buah yang tak gugur-gugur..
oppps lupa.. menu tengah hari itu sangat menyelerakan..
kak shida jadi tukang masak sedangkan saya lepak di depan tv.
terfikir indah sungguh hidup sebegitu..
weiii.. saya dah tawarkan diri untuk menolong ok tapi ditolak..
buat saya melupakan seketika yang saya gemuk sebab saya tambah nasi 2x bersama;
masak lemak cili api siput n rebung
ikan bakar (dah lupa ikan apa)
ikan pekasam goreng
ulam2 disaji bersama budu

sangat kagum bila kak shida menyiang siput2.. (betulkan bahasa yg saya guna ni siang bole digunakan untuk siput..abaikan ye kalau salah.. saya memang bodoh bahasa sejak SPM)
geli-geliman tengok siput itu merayap..
tapi bila dah jadi lauk hilang gelinya.. makan tak ingat dunia..
sejak ambil antibiotik 2-3 hari nafsu makan saya membuak-buak..
rasa menyesal bila makan tanpa henti tapi perut berlagu tanda lapar yang menggila..
saya tak mahu gastrik.. nanti bila gastrik.. jadi tak sedap badan..
perut angin..muntah beberapa kali.. tamaooooo!!
kenapa ambil antibiotik??
sejak balik dari perkhemahan mendaki gunung Stong,
saya menghadapi masalah kulit bila gatal-gatal di beberapa bahagian badan..
mulanya sedikit.. bila semakin teruk saya memaksa diri ke klinik untuk mendapat rawatan.
Doktor cakap saya dijangkiti kuman.. haishhhh
dia menyarankan saya datang kembali kalau masih tak baik..
sehingga sekarang sudah berkurang sedikit.. Alhamdulillah~~

saya masih tak puas hati betulkah bila ambil antibiotik kita akan cepat lapar, jadi saya mengGOOGLE mencari jawapan..;

Can antibiotic pills make us hungry?
Ampicillin, Clarithromycin, and Erythromycin are examples of antibiotics that had made me so hungry...seems like something pulls out my stomach. The problem is that, eating does not easily relieve the hungry feeling.So, if an instruction is to take antibiotics with full stomach or with food, follow it cautiously. If you feel hungry during the course of antibiotics, take small frequent feedings of non-gastric irritant foods.sile klik untuk keterangan lanjut http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20071117013220AAiz31d

dalam http://www.healthboards.com pun ada membincangkan
Gastritis caused by Antibiotics?

memang sah itu penangan antibiotik.
saya cuba bertahan~~ bertahan sampai saya sihat sepenuhnya..
sampai jadi macam ikan buntal..
montel dan comel~~

Sunday, January 10, 2010

halusinasi terdalam


saya basah jiwa
saya bingung
saya longgar emosi
saya tersensitif
saya kacau diri saya
------
ya Allah
ya tuhanku
ampunkan dosa ini
-------
saya masih bingung
kenapa saya ini dan itu
kenapa dia sini dan situ
tolong ya Allah
saya tak boleh bantu diri saya
saya longlai hampir rebah
--------
malam dingin sayukan hati
cukup setakat ini
saya penat sangat
sumpah saya mahu lari jauh-jauh
sampai hujung dunia kalau boleh?
--------

Tuesday, January 5, 2010

ada hati untuk suka ria bila kaki hincut bencut~~

TAJUK: Lida dah tua :)



::si ayu kema bersama cik lida yg berumur 28 tahun::



::ayam penyet tapi tak penyet pun..ajaib!!::



::lida malu-malu bila gambar diambil..poodahhh::


::ucapan:

selamat segalanya dan kawan selamanya.. ammmuahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails