Saturday, August 28, 2010

nak balik Kuantan tapi..

diorang ne takde perasaan kerr..??
Saya dah bersemangat nak balik Kuantan tapi adik-adik ku ini ade hal pulakkk~~
Rindu sangat kat Danish..
Tak paham la ngan diorang neh~~
Tak paham~~tak paham~~

Tuesday, August 24, 2010

lama ke baru



LapPy dah dihantar ke tukang baiki komputer..
harap rosaknya sikit dan boleh siap cepat..
sebab tamo curi2 update blog di opis..
gile apo.. tgh2 Bz² wat keje pergi update blog.. ade kene sound~
tak kurang cakap² belakang yang tak puas hati bila tengok kita bersenang lenang sikit..
kuang..kuang..

Sebenarnya tengah fenin plus berkecamuk di tempat kerja..
tengah cuba mengaplikasikan sistem baru untuk asset ofis yang kelam kelibut..
satu je nak cakap SUX... opssss
kalau better dari yang lama, saya tak kisah sangat..
teruk u olzzz.. leak and lack sana sini..
sebelum guna bukan main cakap semua boleh buat~~
tapi bila dah subscribe.. lain plak jadi~~
sungguh tak puas hati~
dah delay my keje yg jenis spesis buat keje last minit.. arghhhh

bila bercakap pasal benda baru.. memang la excited..
baru la katakan.. tentu lebih canggih.. pasti keje menjadi lebih pantas~
bergetah n mantoppp u olzz~~
tapi kadang² yang baru tu tak sebagus yang lama
barang lama tapi kualiti terbaik..
contohnya mesin jahit SINGER.. memang tahan. ada yang masih baik walaupun sudah digunakan 2-3 generasi..
arwah mama punya mesin jahit pun masih elok di rumah kat Kuantan..
harapkan saya guna.. ntah bila ntah~~
jadi jangan pandang rendah barang lama..

hari ni berbuka free di Royale Chulan..
yeayyy.. harap memenuhi citarasaku..
sure makan sampai tak hingat







Thursday, August 19, 2010

Atas alpanya diri

Muhasabah diri adalah untuk kita lebih menginsafi setiap perlakuan kita yang tersasar dari landasan yang sebenarnya,
Jadi SAYA pilih begitu,
Terlalu asyik masyuk dengan duniawi sampai lupa alam yang satu lagi,
kita kekal gembira atau duka?
Kehilangan, Kesedihan, Kerosakan, Kekusutan, Kesempitan, Keperitan
Balasan tuhan agaknya,
Kalau itu dapat mengurangkan balasan di Akhirat alangkah baiknya!!

Laptop Rosak pulak!!! grrrrr.. dugaan..dugaan..dugaan


Tuesday, August 17, 2010

Dugaan di bulan mulia

nak je cakap... WHUTEVERlah~~~~~~~~
takku kisah pun..
i pray for your happinesss... 
jangan risau..saya ok-ok je.. cube try test..
saya memang Ok :)
Alhamdulillah

************

Hari ini tak tahu kenapa mood saya down..
padahal dah pakai baju putih sempena hari Isnin.. tapi tak berapa putih.. sebab tu kewt..
esok sure saya akan berpinKY over2...
Sebab apa mood down.. sebab kene pergi kerja.. sungguh membosankan.. I'm useless when i'm in d office.. bosan larhh.. saya bosan dengan kerja saya.. bila nak ada improvement..
so saya cuba mencuri2 menghantar resume ketika di ofis sambil kunun2 bZ wat keje..

Lagi sebab semalam berada bersama famili tapi sekarang dah jauh dengan famili.. tak sukeee~~ biasa sahur makan nasi ngan famili.. sebab tggu mama ngan abah kejut.. pastu ngadap trus makan.. tapi tadi saya sahur air masak ngan sebijik kurma sebab malas......
akibatnya saya lesu sepanjang hari.. Bercakap pun malas.. so hari ini aktiviti bergossip dan berborak terpaksa dikurangkan~~ eh tak baek tao bergossip.. maaf kalu pose aktiviti bergossip diharamkan... eh silap dikurangkan sikit.. hehe.. ok la turhhh...

Ok lepas tu darah saya naik sekejap.. saya sebenarnya tolong kawan buat bisnes.. tolong saje2.. ambil order ngan kawan2 di opis... Boleh tak kawan saya cakap akak yang buat KEK LAPIS tuh tak larat nak buat.. wei aku dah ambil order larhhhh....
Belum cakap apa2 lagi dengan mereka2 yang ambil order..
Ne malas nak punahkan permintaan orang.. huhu :(
esok saya akan kuat untuk beritahu mereka...
Ne dah kes yang kedua yer.. sebelum ni saya tolong adik saya jual crocs..
Hot croocs time tuh.. lagi2 bile jual murah..saya siap dah ambil order.. alih2 bekalan crocs kene hold pulakk..
malu siottt.. ape darhhh.. pas ne kene beringat2.. Fikir dulu sebelum tolong orang..
kaji selidik betul2.. kalu tak jatuh reputasi i taww~~


Pastu darah saya naik lagi!!.. menguji kesabaran betull.. kain yang saya hantar tempah untuk raya tak memenuhi tahap piawaian saya.. dah lah my feveret kain.. try pakai.. besar gabak Hanginnyerrr~~  padahal dah bagi baju contoh.. yang dia pergi jahit besar tu kenapa..
Adooyaiiiiii...ngigau ke akak neh...
Nasib baik bole alter... sebab besar boleh kecik.. kalau dia jahit kecik mahu saya meroyan~~


Pastu pergi Bazar Ramadhan kat Tasik Permaisuri.. Sampai2 je hujan lebat..
Basah kuyup saya ngan Lida.. Best2 dapat mandi hujan secara tak sengaja..
Rindu zaman kecik2.. tapi memang lenjun..
Kesian tengok peniaga2.. rezeki diorang kurang kan~~
takpe esok lusa masih ada...


Yeayy hari ke-6 berpuasa... dan ketujuh berterawikh..
Alhamdulillah masih tak tinggal..
Alhamdulillah Allah masih beri kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah di bulan Ramadhan.. 
Hujung minggu ne ada aktiviti santai Ramdhan di Cameron Highlands..
Tengah fikir 44 kali samaada nak pergi ke tak..
Macam nak balik Kuantan~~
Tapi menarik gak kalau join santai camtu selagi tak naik gunung saya ok je~~
tolong fikir betul2 ye cik ezasarey..

Berapa kali nak cakap ko tak kaco aku larhh..
Bila kol je cakap sowie sebab kaco..
macam mana nak cakap ek..
aku suka larhh (tapi tak tercakap.. ego kene jaga)
hehe.. malu2 larhh.. ( sgt gedix)
ko tu sekejap timbul tenggelam~ =p
Haishhhh..
jangan segan silu.. saya sentiasa ada untuk sesiapa saja..
selagi saya single.. hahaha..
saya sedia berkhidmat untuk semua (lain macam je bunyi..keh..keh)
memang kene pelempang la kalau cakap saya sombong


MULA BOSAN DENGAN PERKATAAN  MAK ANDEH dan EMO ~
bukan marah dengan orang yang menggelar tetapi marah dgn diri sendiri..
~~i'm sick of  myself~~


sekian luahan hati yang serabut,
saya yang nyonya ezasarey
lalalala... hePY mePy to B












Friday, August 13, 2010

pakailah baju kaler2 ~~


ADA saya KISAH???
mode: hati sangat kering

~pic was taken during trip to Bandung 2010~




Nak share sesuatu yang best~~ hik..hik.. hasil menggodek blog orang.. sila klik SINI
Tau tak kaler boleh menyembuhkan dan memulihkan tenaga dalaman kita. Salah satunya dengan berpakaian mengikut kaler yang ikut hari plakk.. yelah mane tau time tuh kadang2 mood kita down.. cube try pakai kaler yang disyorkan.. mane tau mood jadi berbunga-bunga dan berbuah-buah stoberi ♥

 ISniN ~ pakai baju putih untuk suci rohani, sejahtera minda dan tenang jiwa


SelaSa~ pakai baju pink @ ungu untuk bangkit rasa kasih sayang dan dapat tumpuan.. i loikeee~~



RaBu ~ pakai baju biru untuk pulih dan erat hubungan dan komunikasi :)

KhaMis ~ pakai baju oren @ kuning untuk lapang dan legakan fikiran dan beri semangat dan tenaga dalaman

Jumaat ~ pakai baju hijau untuk keseimbangan dan kesedaran minda.. keislaman jugak 

SabTu ~ pakai baju merah tanda berani, mewah dan tuah 

AhaD ~ hitam menawan untuk tanda istirehat



lala... mari kita pakai baju ikut kaler yang sesuai ek~~~ 
Selamat menCuba!!

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan ini pasti terbaek!



RAMADHAN YANG
ke-27
DALAM HIDUP SAYA

Majlis menyambut Ramadhan di ofis bila kaum adam pergi sembahyang jumaat. Melantaks~



syukur Allah S.w.T panjang umur kita untuk berjumpa Ramadhan lagi kan..
camne korang punya 1st day puasa.??
saya lapar sampai pening.. sampai ke malam pening..
ngade2 macam baru nak belajar puasa je..
Alhamdulillah.. walau tak dapat berbuka bersama abah tapi berbuka puasa dengan adik2 dah cukup memberi erti..
Tak sabar nak balik hujung minggu neh bertemu abah~~

ok tahun ne saya pasang niat tamo tinggal terawikh..
tau tak buat pertama kalinya saya berterawikh sejak di KL neh..
seingat saya, saya tak pernah pergi~~
masa zaman belajar kat UUM adalah sesekali pergi..
sadis gila jadi saya~
Sebenarnya nak kongsi kelebihan berterawikh..
Sebelum ne tak ambil tahu sangat..
Korang mesti dah tau kan tapi i nak highlight gak utk diri i.. hehe
jom terawikh :)  


~Malam 1~
dosa diampunkan oleh Allah S.W.T macam kita baru lahir
~Malam 2~
dosa diampunkan oleh Allah S.W.T plus ibu bapa kita sekali tao(jika kita kalangan yg beriman)
~Malam 3~
Malaikat berseru supaya kita terusan bersembahyang terawikh dan mendapat keampunan Allah S.W.T

~Malam 4~
dapat pahala sama macam orang yang baca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.. senang2 je kan~~


~Malam 5~
dapat pahala macam orang yang pergi sembahyang kat MASJIDILHARAM, MASJID MADINAH, dan MASJID AQSA~~



~Malam 6~
dikurniakan pahala Malaikat batu dan tanah.. tanah akan doa kpd Allah S.W.T supaya ampun dosa kita~~



~Malam 7~
macam kita bertemu Nabi Musa AS dan sama2 menolong menentang Fir'aun dan Hamman~~

~Malam 8~
dapat pahala exactly d same as Nabi Ibrahim AS dapat~~ (best kan??.. dapat pahala sebesar pahala nabi)

~Malam 9~
dapat pahala plus upgrade mutu ibadat kita seperti Nabi Muhammad S.A.W
~Malam 10~
Kita dapat kebaikan di dunia dan akhirat.. yeayy~~~~~ 
~Malam 11~
Keluar dari dunia (mati) (rasanye akhirat) seperti baru dilahirkan.
~Malam 12~
BIla Qiamat nanti muka kita bercahaya datang dari ibadat kita~

~Malam 13~
BIla Qiamat nanti kita tenang dari kejahatan dan keburukan.
~Malam 14~
Malaikat tengok kita berterawikh dan Allah S.w.T takkan menyesatkan kita masa Qiamat nanti.
~Malam 15~
Semua Malaikat berselawat dan doakan supaya Allah ampunkan kita...
~Malam 16~
Termaktub Allah s.W.T kita terlepas dari neraka dan dimasukkan dalam syurga.. (saya harap sangat yang ini)
~Malam 17~
Pahala kita menjadi sebanyak pahala Nabi-nabi..
~Malam 18~
Seru Malaikat; Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati). 

~Malam 19~
Darjat ditinggikan di Syurga Firdaus (syurga yg ke-6.. sgt harum ok!)
~Malam 20~
Pahala sama macam orang mati syahid dan orang2 soleh.
~Malam 21~
Allah hadiahkan kita istana dalam Syurga daripada nur (tentu cantikkan)
~Malam 22~
Tenang dari kesedihan dan kerisauan masa hari Qiamat (bukan huruhara macam di Padang masyar)
~Malam 23~
Sekali lagi Allah hadiahkan kita.. kali ni bandar dalam syurga daripada nur jugak (syantekkkk)
~Malam 24~
Peluang 24 doa akan dimakbulkan (masa sujud elok sangat kita berdoa, InsyaAllah dimakbulkan)
~Malam 25~
Selamat seksa kubur
 ~Malam 26~
Pahala sama macam 40 tahun kita beribadat..
~Malam 27~
Kita boleh melintas titian Sirotulmustaqim sepantas kilat..
~Malam 28~
Dikurniakan 1000 darjat di akhirat..
~Malam 29~
Dikurniakan pahala sama macam buat 1000 x haji mabrur..
~Malam 30~ harap sempat.. huhu

Allah S.W.T beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.


menarik kan?? mari kita sama2 merebut peluang ini ek~~
InsyaAllah.. Allah sentiasa berada bersama kita..



Monday, August 9, 2010

bila nak matang macam buah-buahan?

saya kene sound.. cuba lah jadi matang sikit..
baru sikit masalah saya tak dapat kawal perasaan..
belum kahwin lagi.. ntah macam mana saya nak handle kalau dah ada anak nanti..
waaaaaaaaa~~ teruk sangat ke saya??


ok la saya memang mengaku..
saya degil, keras kepala tahap tak bole blahhhh, 
saya buat sesuka hati tanpa pikir panjang..
ikut kepala otak saya je..
saya emo~~
semua orang cakap saya emo..
ketara sangat ke weiii...
ntah tetiba rasa sayu sangat..
sebab saya rasa saya bermasalah..
saya ada masalah jiwa..
macam kene masuk hospital sakit jiwa ke?..

kadang-kadang walaupun dikelilingi kawan2 yang ramai..
jauh sudut hati saya sunyi..
sekarang saya dah sampai tahap malas dah nak peduli pasal hati dan perasaan orang..
dan juga hati sendiri..
nampaknya berjaya saya mengekalkan kekeringan hati saya..
yess!!!
terlampau jaga perasaan orang sangat memakan diri juga kan..


sempena Ramadhan neh saya nak mintak maap..
kalau ada salah silap..
sepanjang saya berkeliaran dalam hidup korang..

sumpah saya tak berniat buruk..
apatah lagi berdendam, berdengki..
Ya Allah ampuni dosa aku dan mereka~~

Abah tolong kembali..
payahnya hidup sekarang..
Dah lama rasanya saya tunggu abah kol saya dan bertanya khabar..
saya rindu that moment..
Saya taknak kol abah sebab tak sanggup terima kenyataan abah dah lain..
Ya Allah kembali kan abah saya yang dulu..
saya dahaga keceriaan dulu...
bila jumpa abah nanti harap abah kembali..


Saturday, August 7, 2010

berkabung~~

dia takdelah secanggih NIkon D90
dia takdelah semahal Leica yang saya idam2kan tu
dia takdelah secomel Sony T-Series yang pinky2 tuh..
dia biase2 jer..
yang pasti dia tak boleh masuk air...
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
nak nangis... sob.sob

********************************
hujung minggu harus ada aktiviti
jadi pergi Sungai Gabai untuk memenuhi hari Sabtu..
BADR sudah selamat ke Chamah..
Harap diorang selamat sampai dan pergi..
korang boleh punya!!
jelesnya...
tapi apakan daya saya rasa saya tak sekuat mereka..
takut apa2 terjadi..
tamo menyusahkan diorang lagi..

Ok trip ke Sg Gabai..
Last minit punya plan.. pergi dengan rakan sekerja Kema dan Norie..
pagi2 lagi bangun menyiapkan hidangan masing2..
saya ditugaskan buat sandwich.. berat neh tugas neh..
nasib baik hasilnya mantap..
norie goreng nugget..
kema goreng keropok..
jadi bertigalah kami mandi-manda di Sg Gabai..

Mandi-manda seronok
tapi jadi tak seronok bila kecelakaan terjadi...
Saya tergelincir masa jalan atas batu..
kunun2 nak pergi tangkap gambar..
tapi jatuh..
yang sadis saya tak berjaya selamatkan kamera saya..
saya tersadung dalam air..
masa tuh tak fikir dah sakit ke tak..
kamera yang penting ok..
pastu gelak2 sebab cara saya jatuh macam agak kelakar..
kaki kat luar air.. tangan kat dalam air.. kepala kat luar..
camne tuh??
tapi saya sebenarnya gembira jugak..
dapat gelak ketawa bersama mereka..
banyak peristiwa gelak ketawa tadi..
abang belang2 manggis tuh dan pakcik buaya tu sangat kelakarr..
harap si belang2 tu jumpa kereta saya.. haha
dan bermulalah episod perkenalan..
tamo nak sedih2 sangat..
tapi sebenarnya sedih jugakkkkkk..
tipu kalau cakap tak sedih...
macam mana nak hidup tanpa kamera neh..
ada hikmah ek??
mungkin..




Thursday, August 5, 2010

Ketulusan hatiku


Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Marshanda~ Ketulusan hatiku

Tuesday, August 3, 2010

Jangan mengeluh k!

~Bandung Mac'2010~
i got this e-mail from Kema and had learnt something from it.. thanx Yang~~

Allah S.w.T menguji hamba-Nya kerana Dia menyayangi kita. 
Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak kerana boleh jadi itu bukan terbaik untuk kita kan. Sabar jer k dan yang penting selalu tawakal kepada-Nya.. Sesungguhnya satu hari nanti kita akan mendapat apa yang kita mahukan. InsyaAllah.. Jangan mengeluh tao dan teruskan berdoa.. moga kebahagian menanti kamu~~




KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?  

 QURAN MENJAWAB


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB


"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " 
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Sekarang ini saya ikut prinsip Go With The FloW~ :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails