Wednesday, September 8, 2010

Tolonglah meriah raya tahun ini

Saya masih di Kuala Lumpur. Masih duduk di kerusi hitam, mata pandang tak kelip2 skrin komputer, jari-jemari masih gagah menganalisis laporan syarikat.. owh tapi sekarang saya sedang taip blog.hehe.. arghhh.. tiada mood untuk bekerja.. Bukankah esok raya.. eh Jumaat lah.. Tengah terbayang-bayang kesesakan ke utara malam ini. Sumpah saya tak sanggup~~~~~ tapi nak taknak pun kena hadapi gak kan.. demi Raya ini.. demi berjumpa seisi famili.. dan yang pasti tak sabar nak jumpa budak bulat bernama Danish.. gerammmmmmmmmm~~
Beraya di Perak.. tiada apa-apa yang dirasa hanya kosong.. hati di Kuantan lahh..
Tahun ini tak dapat kunjungi pusara arwah mama di pagi Raya.. eh dari jauh kan boleh berkirim doa.. kirim al-Fatihah. harap rohnya dicucuri rahmat.. 
Abah masih sama.. tiada perubahan.. Ya Allah tolong kuatkan aku untuk hadapi semua ini.. Beri kesihatan kepadanya.. jauhkan penyakit misteri itu..
Jadi semua itu harap tak menjejaskan Raya yang merupakan hari kemenangan bagi umat2 Islam..
Bukan hari unuk membazir, menunjuk2 dan hari makan banyak~~
Owhhh kamera rosak jadi tiada snap sana snap sini..
Raya yang ala kadar~
eh datanglah rumah i kepada siapa2 yang berada di area Perak..
i layan baek punye.. haha.. tak kuase.. hehe
oklah.. harap raya korang best,gempak tapi jangan Over..
zakat fitrah jangan lupa bayar~~
ampun maaf dari gue.. banyak rasanya dosa yang dilakukan kat orang2 sekeliling..
pis no War.. ♥ u all~~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails