Monday, September 20, 2010

cinta itu normal tapi sukar difahami

aloooo kawan-kawan saya yang comel~

tajuk entri macam tak sesuai la dengan jiwa kanak-kanak saya.. hehe
bila cakap pasal cinta geli tekak je.. rasa mual-mual.. (tak kuasa mak..nyah)
tolonglah anda dah hampir 28 tahun.. tak sampai 2 bulan lagi nombor keramat tu akan menghantui hidup anda.. bila nak bercinta neh.. tak malu ke masih single?~~
Owhhh tidak sama sekali.. saya tak seDESPERATE itu.. stop fooling around me k!! 

tapi tipu la kalau saya cakap saya tak mahu bercinta, tak mahu berkahwin.. (tapi kalau dah ditakdirkan tak berjodoh, saya redha je..mungkin ada hikmahnya) 
jeles kewt tengok kawan2 sebaya dah berkahwin dah beranak pinak.. yang dulu kaki senyap kat sekolah.. pun dah ada BF.. 
kadang-kadang terfikir cara setan, eh dia tuh bukanlah lawa mana pun tapi ada BF ok..ada suami lagi.. ada lelaki yang sanggup berkorban, sanggup menemani hidup mereka tetapi saya tidakpun.. 
owhhh tak baik ok.. semua orang cantik, semua ada kelebihan masing2.. ada kekurangan juga..
bila dah ditakdirkan sebegitu.. cinta dan jodoh akan menjadi satu..

kenapa saya masih single? selalu je tanya.. sampai buntu.. lagi2 bila isu ini didiskusi dengan kawan yang single2 juga..
tak pernah ada jalan penyelesaian. tapi saya rasa masalahnya adalah EGO..
~ dua2 mahu tapi dua2 adalah spesis pemalu.. ( lelaki sekarang ramai yang pemalu.. tetapi tak salah kut sebab Rasulullah S.A.W pun pemalu juga)
tapi bagi saya, kalau bab bercinta biarlah lelaki yang mendahului.. rasa lebih selamat.. masalahnya lelaki takut nak meluahkan isi hati mereka sebab mereka takut ditolak.. menciiiiiiiii
~ bertepuk sebelah tangan.. mana lah boleh bunyi.. 
~ lelaki suka main-main. (macam suka tapi eh macam tak suka.. suka ke tak ni.. pi MAM la kan)
~ jawapan cliche ialah saya masih tiada jodoh. jadi tunggu lah sampai ada jodoh.. (lalala...bowink..)


Hadith :
Dari Abu Said  al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.” (Muslim)

mahu kongsi apa yang saya baca,

~ untuk cinta akhirnye ke jinjang pelamin, kita kene kuat mental bukan fizikal. (susah nak faham lelaki, sebab memang futrah lelaki tak sama dengan wanita)
~ jangan nak ngade2 bazirkan emosi kita, terutama air mata kat lelaki yg bukan ideal untuk jadi suami kita sampailah jumpa dengan yg betul2 konpem
~ dunia sekarang mmg ramai wanita yang tak kahwin lagi. (so tak heran)
~ untuk berjaya dalam cinta, kita kene tahu kekuatan diri kita utk memikat lelaki 
~ kita akan jumpa banyak2 lelaki yang hampeh untuk kita akhirnya berjumpa dengan Mr. Right (sabar ek!)
~ size badan dan fesyen pakaian kita tak menarik lelaki tapi bagaimana kita ketengahkan penampilan diri dan pakaian (tak faham.. sebab saya memang tahap gaban akan fikir pasal size badan dan i luv fashion. tapi utk kepuasan diri sendiri la kewt.. bukan nak tunjuk kat kaum yang satu tuh.. kowang??)
~ jangan cinta kat lelaki sebab kita simpati kat dia..
~ MINDA kita adalah aset terbaik so jangan la biarkan lelaki perbodohkan kita 

memang cinta itu normal tapi bagi saya susah sangat nak memahami cinta(uwekkkss.. siyes nak muntah).. sebab tak pernah bercinta kewt.. konpius ngan perasaan sendiri.. suka tu cinta ke.. kang tersilap bercinta ngan Mr. Not Right cane.. jadi malas nak fikir.. malas nak layan sangat perasaan.. 

ala sebenarnya saya tengah kawal perasaan sedih sebab sorang lagi kawan sekepale yang gila.. dah nak kahwin dah.. sob..sob..  :(  .. pas neh kita tak boleh gila-gilaan lagi.. huwaaaaaaaaaaaaa!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails