Thursday, April 29, 2010

bermerah jambu ke pejabat

Photobucket

gedik sikit bole?
ini tanda bosan


lalalalala..
saya mahu gembira
so jangan ganggu gugat kegembiraan saya..
kenapalah suka sangat dia timbul diri..

kenapa hari ini macam banyak benda nak buat..
padahal rajin pun tak~~
makan rajin la~~

Wednesday, April 28, 2010

ya atau tidak

"Eagerly wanna say yes but u act too sloW"

lembap macam ni





siput Pictures, Images and Photos



jadi





cat waving Pictures, Images and Photos


selamat tinggal ye~~
kalau ada jodoh kita jumpa lagi~~~

Tuesday, April 27, 2010

berkabung~~

saya tengah berkabung ~~ huhu..
laptop buat hal.. tak boleh on langsung~~
hidup dua tiga hari ini mesti sunyi macam sepi~~
nak kemaskini cerita pasal Yong Belar pun tak sempat~~
upload gambar apa tah lagi kan~~
ini pun curi-curi berblog di ofiS~~
cuma mahu kongsi rasa syukur sangat2 bila dapat sampai ke puncak Yong Belar(YB).. yang penting selamat pulang~~~~~ 
Baru nak layan gembira balik dari YB, laptop pula buat hal...
sabar ye cik ezasarey~~~~ 

Wednesday, April 21, 2010

foto terbaik # 2

Photobucket
motif: suka-suka sebab suka tengok saya suka bila suka
komen angkat bakul: nampak sangat natural atau dengan kata yang lebih tulus macam wanita melayu terakhir... silalah muntah dengan banyaknya ye!

Monday, April 19, 2010

Gunung Nuang yang tak menjadi

Kadang-kadang apa yang kita inginkan untuk menjadi tapi tak menjadi, gara-gara diri sendiri bukan orang lain.. Tentu sedih rasanya...

________________________________________

Kali ini saya ke Gunung Nuang mengikut group BADR untuk pre-climbing sebelum mendaki Yong Belar . Saya bukan pendaki tegar tapi cuma rasa seronok bila dapat membuat aktiviti yang jauh-jauh lebih seronok dari kesibukan kerja dan kota..wahhh~~. Lebih puas bila kita berjaya takluk puncak gunung kan. Rasa yang tak dapat digambarkan~~ Hilang tekanan sementara.

Kami bertolak hari Sabtu lebih kurang 1 pagi dari KL,  
Tidur di kaki gunung berharap dapat memulakan pendakian awal paginya..
Insiden terdengar bunyi salakan anjing membuatkan kami terjaga..
Keempat-empat kami bangun serentak, hehe..ye la mana tau tetiba terjojol je kepala anjing tu masuk khemah kami... tak pasal pula kena sama'. Kena sama' takpe lagi kalau kene gigit..hush.. Tak dapat bayang..Yang paling kelakar Maria yang tak tahu apa-apa pun terjaga..
*alang,nideQ,kema,????,maria,ayeP,shahhir*

Tepat pukul 9 pagi..selepas bersarapankan nasi lemak.. kami bertujuh (Alang,Ayep,Shahhir,NideQ,Maria, Kema dan Cik Ezasarey) memulakan perjalanan.
Oh ya!, ada lagi satu team yang beriringan mendaki Nuang.. Mereka memulakan perjalanan dengan 4wD. Bawakkan beg2 kami sehingga ke kem Lolo.. Jadi lengang-kangkung la kami meredah perjalanan selama 1 jam 15 minit.Boleh tahan penatnya..
*4wd yg berjasa*
 
Tanpa buang masa, kami teruskan perjalanan lagi sehingga ke kem pacat. Kali ini kami membawa beg bersama..Sumpah sangat mencabar kewibawaan saya sebagai pendaki yang suam-suam kuku ini. Hilang semangat sekejap melihat trek yang asyik menaik je.. Kenapalah tak sampai-sampai lagi.. Ayat itu berulang-ulang kali bergelodak dalam otak saya.. Setelah beberapa kali berhenti, beberapa kali meneguk air, beberapa kali mengunyah gula2.. akhirnya selamat sampai di Kem Pacat lebih kurang pukul 1 petang. Kami berkhemah di situ setelah membatalkan niat berkhemah di puncak..  
* @ Kem Pacat: penat yg sangat penat*

Rehat dan makan tengah hari berbekalkan nasi lemak pagi tadi. Tepat pukul 3 kami meneruskan perjalanan lagi ke puncak Gunung Nuang.. Part ini yang saya malas nak cerita.. Hmmm..Sekejap ye nak tarik nafas.............hushhhhh..

Setelah setengah jam, Kema tiba-tiba mengalah untuk naik. Kesian juga dia sebab kira pertama kali naik gunung terpaksa meredah trek Nuang yang agak thrill.. Jadi dia berpatah balik sehingga saya pula yang tak sedap hati nak tinggal dia seorang tambahan saya pun sangat tak larat dan mental tak tahan untuk meneruskan perjalanan lagi..  Yang lain sudah ke depan, tinggal lagi saya dan Ayep.. Gila tak sedap hati.. Kalu saya berjaya naik pun, hati tak tenang. Berjaya ke??.. hehe.. jadi saya pun menurut langkah Kema.. Seorang menuruni agak seram-seram sejuk juga. Nasib baik adalah sesekali terserempak beberapa orang yang berusaha naik Nuang. jeles ok!!.. Sungguh kuat semangat mereka.. Malu juga bila ada budak-budak muda dan pakcik-makcik yang berusaha gigih untuk naik.

Akhirnya berjumpa kembali dengan Kema di Kem Pacat.. Kesal sebab turun balik mestilah ada.. Tapi life must go on.. ahakss..
Apa yang kami buat sepanjang ketiadaan rakan2 lain ya?
1. beroperasi sebagai jabatan kebajikan sementara di kem pacat.
 -budak sekolah krem kaki dan Kema menjalankan tugas sebagai tukang urut. Saya jadi tukang tengok seperti biasa..
-budak nak pitam pun singgah khemah kami mintak air..minta maaf sebab sumber air yang agak jauh menbuatkan kami menjadi Hajah Bakhil.. hehe..jadi separuh botol je yang mampu diberi..
2. berborak-borak dan bergossip
-tentulah rahsia
3. aksi terjerit2 dan terlompat2  bila pacat tetiba ada di kaki masing-masing.. (saya je..Kema sangat berani ok)
-Dasar penakut memang begitu.. nasib baik kebetulan tiada siapa kecuali kami. Saya cuma nak cakap pacat jahat..!!  Nama kem pun kem pacat, terpaksa redha je la terima kehadiran makhluk yang satu itu.
4. Menjadi chef makan malam untuk mereka-mereka.
- Kesian balik kang diorang mesti lapar. Nasib baik kami bertindak bijak memasak walaupun sebenarnya kami buntu. Nak buka gas pun tak tahu sehingga meminta bantuan org lain.Kebetulan ada beberapa orang pelajar uniten datang lepak di khemah kami. Boleh tahan hensem juga.. sempat menggatal ok.. kami meminta pertolongan untuk membuka gas.. Yeayy berjaya.
Sebenarnya sebelum itu budak2 itu meminta sedikit air untuk minum. Tapi kami tak bagi pun dengan alasan kami catu air.Kesian sungguh.
Beberapa orang juga yang singgah untuk minta air..Hushh kami sangat selfish.Tak baik betul kan~~
Ok bab masak.. saya memang boleh masak.. bolela..hehe
Kami mulakn dengan masak nasi. ~~
huhu.. tak faham kenapa nasi boleh mentah.. Padahal masak dengan ikhlas tao!
memang kantoila tak pandai masak~
Pinjam lighter, pisau dan head torch dengan jiran sebelah sebab kami tak jumpa benda2 tu.. huhu
Masak la kami apa yang ada..Buat2 pandai..
Pukul 8 mereka masih tak balik lagi.. Dalam hati cepat la balik.. sebab tak tahan bergelapan.. siap ulat gonggok yg spesis yang besar tu masuk dalam khemah. Saya seperti biasa membuat aksi lagi.
Tunggu punya tunggu akhirnya baliklah mereka..
*nasi ini nama nasi mentah*

 Makan, borak-borak beberapa jam kami pun tidur.. Sangat sadis ok.. Hujan turun sepanjang malam. Sejuk sampai ke tulang sum-sum..(ayat beriya)
Air masuk khemah...kaki basah, kepala pun basah..
Memang jangan harap la bole tidur dengan lenanya..
Beberapa kali terjaga..
hmmm.. saya plak asal terjaga mengomel bilalah nak siang..
Tak sanggup dah nak baring tapi tak bole nak tidur..
Kalau bangun bole main daun terup pun ok..
Tapi semua macam berlagak seolah2 tidur.. huhu
sebab Kema di sebelah dengar saya ngomel2.. tapi dia buat dek je..
gerammm...
*yeayyyy...dah nk balik*


oklah bila siang kami berkhemas2 untuk pulang.
perjalanan turun tidak banyak memberi masalah.
Tambahan saya memakai kasut yang sesauai..
walaupun ada juga jatuh beberapa kali.
*lala...kewl-kewl slalu*


Kami sampai pukul 2. Ok sampai2 je pakcik matkOol dah sedia menyambut kami.
Apa lagi sangat tak tahan melihat aiskrim2 yg smengiurkan..Lagi-lagi kalu dapat makan aiskrim kesukaan saya Solero ~~
Sebelum balik singgah mandi di sungai Congkak..
Nikmatnya jumpa air bile dua hari tak mandi..

Sebelum balik makan tengahari kami ditaja oleh Ayeep sempena menjadi birthday boy..
Time kasih Ayeep. Best dapat makan ABC..
So Cerita gunung nUang berhenti disini..
Next trip.. Yong Belar..
Neves ok!!


*tak puas hati tak dapat sampai puncak..ada saya buat kerja gila pergi daki sorang2*


Saya jauh tapi dia dekat

"Bila kita cuba menjauh orang-orang yang cuba kita jauhi, Dia mendekati kita tanpa kita sedari walhal kita sentiasa berdoa supaya dijauhi kerana dia bukan jodoh kita.
Tolong jangan dekat lagi sebab sangat menyakitkan jiwa."

Padahal dia tidak tahu apa-apa pun. Dia tak bersalah langsung~~


Friday, April 16, 2010

Saya naik gunung

Gunung: Gunung Nuang
Tinggi:1493m/4898ft
Lokasi: Pangsoon, Ulu Langat, Selangor 


Tak sabar~
Harap saya selamat pergi dan balik~ 
dan harap cuaca juga ok~

Thursday, April 15, 2010

dah pagi la.. BANGUN!!!

Saya tengah berusaha mengejut diri sendiri..
Bangun la cik ezasarey untuk update blog neh~~
Gila banyak bende nak luah..
Otak dah sendat habis..

Malam tadi tak boleh tido..
masuk hari ini dah dua hari saya tido pukul 3..
malam sebelum sengaja
malam tadi kene sumpah kewt tak bole tido
hari ne pergi kantor dengan mata macam panda
taraaaa...



Photobucket

saje mengambil gambar sisi supaya mata panda tidak kenampakkan


tengah keboringan saya terjumpa ini:

petua untuk mencari bakal suami yang baik:
(ahaks menarikkan petua ini untuk single ladies yg masih mencari-cari.. silalah baca dengan tekun seperti membaca buku kunun2 esok SPM..supaya anda berjaya mendapat si dia seperti yang tersebut di atas..selamat berjaya.. )


1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…

2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.

3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )

4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak. Dia hormat ke atau kurang ajar?

5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)

6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-). So, nilailah betul-betul yer.

7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)

Wah…susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan di tangan Tuhan belaka. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!






Lelaki baik high demand?..huhu.. terus berusaha ye kawan-kawan~~









Monday, April 5, 2010

otak lega ~kaki kurang lega~perut sangat tak lega

perut dilanda angin dari mana ntah
ni wajib la sampai esok pagi berlarutan

sebabnya saya membuat percubaan pertama untuk minggu ini di hari isnin, makan nasi di tengah hari dalam kuantiti yang sangat sedikit... motif bosan iaitu mahu berat 45kg .....akhirnya perut memprotes..

Saya m'google dan terjumpa petua ini;


ubat sakit angin: kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.

Saya pun dengan teruja menyelongkar dapur mencari bawang putih.

Saya ambil seulas dan terus makan tanpa ada syakwasangka..
Ya ampunnnnnnnnn (pinjam ayat norie)..
ini ke rasa bawang putih mentah.
cubala korang try.. saya jamin anda mahu lagi.. hehe

saya hampir muntah tao!
tunggu esok untuk keputusan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sebenarnya mahu cerita aktiviti hujung minggu

sangat buat otak saya lega yang melegakan
sangat bagi ruang untuk jiwa saya bergembira


saya bersuka ria di Bukit Gambang Water Park
Mandi-manda tak sedar diri.
Lagi best bila bersama dengan rakan-rakan yang kita suka kan..
Takde isu~~
Kulit gelap??..saya peduli apa..

memang dah sedia gelap pun..

*selepas mandi*

harap maaf gambar sebelum mandi tak sempat diambil kerana sangat kejakunan mahu bermain
air dan mencuba permainan yang tak berapa nak ada. Tapi berbaloi la dengan entrance fee yang hanya RM19.90. Jangan tertipu ada sangat perlu menyewa pelampung yang menambahkan lagi kos sara hidup anda di sana..
balik kuantan... lalala*amacam ade gaya keibuan tak??.. hehe*

teruja lagi bila ketemu Danish~
budak ni memamg hobi baru saya la..
geram sangat-sangat..


KISAH KAKI YANG SANGAT TRAGIS AKAN DISAMBUNG NANTI..


jap!! ne ade satu lagi gamba Danish yang sangat menggeramkan..
ikut hati nak gigit je~
nasib baik masih waras..
hehe..


Friday, April 2, 2010

Gambar Gambar Basi Jakarta dan Bandung

Sebelum itu takziah diucapkan kepada keluarga Din Beramboi di atas pemergian beliau.. Moga rohnya dicucuri rahmat..Amin

Kehilangan itu perit tapi kita harus terima kerana itu ketentuan-Nya...
Sesungguhnya Allah s.w.t lebih menyayangi mereka..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok kita kembali kepada tajuk asal ye!
hidup mesti diteruskan~~ :)

Gambar-gambar di bawah telahpun basi. Layankan je la.
Minta maaf tiada langsung penerangan bagi setiap gambar sebab malas tangan~~

























so seksa-seksa~~


dasar jiwa tak tenteram memang macam ni la gayanya..
so seksa-seksa nak jadi pretender..
luar ceria dekat dalam luluh jiwa
kenapalah susah sangat nak sembuh ne..
Gila tak boleh duduk dalam lingkungan itu..
Jadi saya telah befikir sejenak, mengelamun yang tak berapa jauh, lalu keluarlah beberapa pilihan yang hanya bole diterima akal saya..Berikut merupakan pilihan-pilihan yang ada;

A- berhenti kerja lalu menjadi petani menanam anggur secara kecil-kecilan
B- dilahirkan semula lalu menjadi bayi yang tiada masalah atau dosa
C- nak tekan punat invisible kat badan supaya boleh menghilangkan diri
D- jadi penyanyi kelab malam pun ok.. opsss takla jadi penyanyi dalam bilik air je

Setelah berfikir 3 hari 3 malam.. saya masih buntu..

Jadi saya akan berfikir sampai saya menemui jawapan..

Saya berharap sangat saya akan dapat peluang lain..
Tak kisah la kerja ke, kerja ke, kerja ke ataupun cinta ~~ bluwekkk



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails