Wednesday, May 26, 2010

Tiada hati untuk Gunung Korbu dan Gunung Gayong

Baru je lepas happy bersama kawan-kawan di Broga Hill
Nanti saya upload ye!!
cuma kali kedua di Broga Hill sangat menyesakkan
ramai betul orang.. ramai dah tahu pasal Broga rupanya..
terpaksa parking nun jauh di sana sedangkan kami sampai sebelum pukul 7 lagi..
cadangnya menikmati matahari terbit tapi tentatif sudah lari.
sampai atas sudah terang benderang
ok tidak mengapa
asal kenangan indah dicipta bersama kawan-kawan
yahooooooooooo~~
___________________________


esok khamis
esok saya mahu naik Gunung lagi
kali ini menakluki Gunung Korbu dan Gunung Gayong
tapi macam tiada perasaan
tapi macam rasa down sangat
tapi macam rasa nak sakit
tapi macam rasa nak muntah
tapi rasa dipermainkan je
tapi macam lemah sangat
semua rasa ada



menambahkan baranya.. menambahkan hanginnye..ada pulak orang tu tanye

Kalau dia tak pergi ko akan pergi tak????


soalan apakah ini... sakit hati betulllllllllllllll

sekali lagi ke?

cuba terus terang
cuba je sekali terus terang
susah sangat ke?
ikut je la jalan lurus.. kenapalah pergi ikut jalan bengkang bengkok tu..
yang terseksa
saya ok!


___________________________________






hey budak yang saya sayang
suka nak peluk-peluk
suka nak menempel dengan saya
kakak yang comel ni nak ucap selamat hari lahir yang ke 18
jangan nakal-nakal
jangan ngade-ngade
dah besar panjang dah
so fikir masa depan
solat jangan tinggal k
luv ya!!

hadiahnya ialah percutian ke broga hill!! :)



Tuesday, May 25, 2010

terima kasih kawan saya yang comel~~


hari ini saya ada isu dengan diri sendiri! Bila saya ada isu, saya cari sahabat baik saya.. Kemudian legalah bila dapat luah~~ :) terima kasih ye!! saya panggil dia doktor cinta...hehe.. jadi saya kumpulkan kata2 dia untuk isu kali ini ; 


don’t expect too high cause boys are unexpected :P….so bare with it n let go…jgn pk yg bukan2..ko dh try kan…….buang rase x best dlm otak tu….smile  ;)

jgn buat jual mahal x tentu pasal….klau kene pada tempatnye x pe…nnt diri sendiri rugi….lelaki nie x akan pk out of box…x sama ngan kite pk…jd klau suke sila jgn jual mahal…klau x suke x pe…wakakak :P….yg penting bukak minda..kite ikhlas nak kwn ngan die..die nak kwn blk ngan kite ke tak terpulang lah….yg penting kite dh cuba berbaik kan….then klau terjadi ape2 in the future itu ketentuan-NYA…skarang nie follow the flow..berjalan lurus jer…..klau ade org nak tumpangkan jgn sombong….tgk2 dulu..selamat ke tak….klau ok berjalan lah bersama2….heheheh [bagus tak ayat aku..huhu]..sweet 

Sume org bleh pk +ve…Cuma mcm mane cara kite nak buatkan bende ni jd positif….otak kene pujuk hati..sbb otak yg berfikir…hati akan ikut..hihi..so pk yg baik2 jer….tarik nafas dalam2..…sambil2 tu hembus nafas….lepas tu akan kembali tenang…jgn lupe senyum  ;) ..huhu…

sometimes ikut pemerhatian..lelaki mmg mcm tu…w/pon diorg nak sgt2…tp diorg punye simpan perasaan tu mmg dasat……kadang2 kite wonder die nie mcm mane sebenarnye…so klau kadang2 die ber’sweet ngan kite jgn la jual mahal……lelaki cepat patah hati/semangat…..layan kan aje……….wakkakaka…w/pon kadang2 kite malu…so counter strike la….[yg nie mesti ko x paham..huhu] (~-~)


 legala sikit~~~~

Saturday, May 22, 2010

kisah awek itu

Kisah ini berlaku semalam.
Adalah seorang awek ni teringin sangat nak ke pasar malam.
Dia pun mengusulkan kepada teman serumah dan temannya pun bersetuju.
Berjalan kaki la mereka ke pasar malam sebab pasar malam tu sekangkang kera je dari rumah.. hehe....tipu bukan sekangkang kera.. berpuluh-puluh kangkang kera juga la.
Awek bersama kawannya berjalanlah berdua-duaan sambil berbual-bual berkenaan perihal pejabat masing-masing.

Tiba-tiba sedang rancak bergossip, dari kejauhan awek itu terperasan ada sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kereta itu dipenuhi lelaki-lelaki yang sedang beriya-iya melambai-lambai ke arah mereka. Awek tu mulalah control2 ayu dan pura-pura tak nampak jejaka2 yang bersiul-siul mengorat. Awek tu walaupun tak berbaju kurung tapi masih menjaga tatasusila berjalan cara gadis melayu... Kawan awek tu agak pelik tapi cuba control ayu juga. 



Sampai sahaja di persimpangan jalan dan berada betul-betul dekat dengan kereta lelaki-lelaki gatal tu. Apalagi mereka semakin rancak mengacau awek dan teman dia..
Entah kenapa tiada angin tiada ribut... kaki awek tu tertiba-tiba terpeleot. Hampir jatuh tapi tak jatuh lagi. 
Apa lagi lelaki-lelaki yang di dalam kereta tu ketawa terbahak-bahak.
Dari kejauhan terdengar oleh awek tersebut lelaki tu menjerit
" tu la lainkali sombong lagi........"


Kawan awek tu merah-merah muka tahan ketawa.
Dalam hati awek tu sumpah seranah diri sendiri sebab memalukan diri.
Rasa nak humban je wedges (kasut bertumit rata tapi tinggi) yang dipakainya.
Nak cover malu... awek tu gelak-gelak juga sambil mengomel dan memandang ke bawah seolah-olah menyalahkan kasut.




saya harap saya bukan awek yang malang tuh tapi......... huhu


*susah betul jadi perempuan ne.. kalu melayan kang kata kita gedik, gatal... kalau tak melayan kata kita sombong pula...hushhhh...*


Friday, May 21, 2010

H1N1 membuka mata mereka lagi

Bermulalah episod pencegahan di ofis kami sekali lagi


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

poyo je lebih ne.. kat ofis tak pakai pun..


Thursday, May 20, 2010

jogging di malam hari

semalam ajakan teman hiking memang tepat pada masanya
semalam kebetulan juga tak berfutsal jadi ikut dia pergi jogging
Nak jogging petang memang tak sempat walaupun kawasan rumah saya sangat dekat dengan kemudahan berjogging. (Tasik Permaisuri yang indah tu)
Balik kerja dah pukul berapa.. nak terkejar-kejar pula.. memang tak minat ok..
minggu depan dah nak naik gunung.. argghhhh training tak cukup lagi..tekanan..tekanan..

Ini pertama kali saya berjogging malam
jadi memandulah saya seorang ke Bukit Komanwel
sesat pula tuh..
saya memang lemah kalu melibatkan jalan yang tak biasa neh~~
tapi setelah hampir putus asa.. akhirnya saya berjumpa juga dengan mereka~~
hehe.. sorry guys kene berjemput pula~~

Best jugak jogging malam ni..
ditemani angin sepoi-sepoi malam..
Tak terasa sangat penatnya
Tapi berpeluh la satu badan..
Yang tak enak terserempak dengan makhluk2 sewel yang buat projek~~
Pantang ada tempat gelap sedikit..
Demmmm... rosak mood saya je~~

malam ini mahu pergi lagi!!
harap malam ni diorang buat projek tempat lain pulakkk~~







Wednesday, May 19, 2010

tempias H1N1

Perbualan di ofis petang tadi
A: internal auditor perempuan tu positif H1N1 
B: ape?? eh macam mane neh..
C: wei...takutlahhh
A: korang dinasihatkan buat check-up.
B: aduhhh...jom kita g klinik kat bawah
C: tetibe sakit dada neh... jom!!

hushh.. memang menakutkan neh..
bole pula si kawan auditor tu tak inform kitorang awal2 yang kawan dia tu positf H1N1
apa dia ingat ni kes main-main ke
nak-nak yang kene tu memang kaki mundar-mandir kat level 7  
haishhhh... 

petang tadi dapat tahu... petang tadi gak kami pergi serang klinik kat bawah
Doktor macam tahu kami panik~~
Dia bagi sedikit penerangan dan kami sedikit lega..
Balik pun dengan hati damai..



tetiba D telefon...

D: wei korang tak buat check-up ke, si E dah kene tahan.
saya: (cuak) yeke.. alamak camne ni, tadi doktor tu kata tak payah takut.. 
D: pergilah hospital wei... saya nak pergi neh
saya: ha..?? tengok lah..
D: awak ne janganlah main2..
saya: ok-ok.. thanx tao!!


Termenung jap.. nak buat ke tak nak.. nak buat ke tak nak..
last-last sampai tertidur tak buat keputusan..
lagipun takde simptom lagi~~
tapi macam sakit dada..
dan-dan la nak sakit dada

takutnya nak pergi ofis esok........




dengan ucapan yang takde kene mengena:
*terima kasih kepada A sebab belanja makan tadi.. nyumm..nyummm. nanti belanja lagi ye!*

Monday, May 17, 2010

Gunung Yong Belar yang berjaya ditawani

maaflah cerita ini agak basi la
memandangkan 2 minggu lagi saya akan naik gunung lagi
rasa tak sedap pula kalau skip cerita Yong Belar (YB) yang berjaya ditawani bulan lepas..
Bangga tak payah kata..
Syukurnya Allah s.w.t sahaja yang tahu.. Alhamdulillah.
Gunung YB yang berketinggian 7,156kaki.
Dalam usaha mereka-mereka menawan G7(gunung-gunung yg tingginya lebih 7,000 kaki) saya juga tak lepas peluang mengikuti beberapa siri penaklukan mereka.
Ini gunung keenam (rekod peribadi la konon) selepas G.Jerai(Kedah), G.Mat Cincang(Langkawi), G.Stong-G.Baha-G.Ayam(Kelantan) <----- 3 in 1 


Tanggal 24 April 2010




Sesudah subuh dan lokasinya di Cameron Highlands.. Perjalanan yang bermula dengan menaiki 4wd selama 45 minit sebelum sampai ke trek mendaki merupakan pengalaman pertama saya.
Jalan yang berbatu-batu dan berlopak-lopak tentunya memualkan perut. Dahan-dahan pokok yang sesekali menjengah kepala jika diri asyik-masyuk menghayati permandangan hijau. Tambahan 4wd yang dinaiki sangat terbuka. Sambil menghirup udara pagi dan cuaca sejuk yang menyamankan. Rindunya...........

Photobucket

Ditemani indahnya alam ciptaan yang Maha Kuasa
dan turun naik bukit entah beberapa kali amat menguji kesabaran kami.
12 jam berhempas pulas akhirnya membawa kami ke puncak Yong Belar.
Yang pasti ini bukan gunung terakhir.


Hidup BADR!!

Adakah ini kumpulan Penunjuk Perasaan "Baju Merah" di Thailand??
hehe...
Photobucket
*gadis tanpa nama tuh teruja gila bila sampai puncak*

Sunday, May 16, 2010

merendah diri atau memalukan diri


Photobucket


Seringkali kita merendah bila menggauli golongang berkasta tinggi, lagak yang sinonim merak, suara sebesar ngauman harimau...Aummmmmmmmmmm 
Kita terpaku di situ.. terima sajalah
Pandai-pandailah berselindung di sebalik emosi setara monyet mendapat pisang.. ohhh tak tahan
Berhenti sajalah -------------- Berhenti berkawan????
Tak jadilah... saya hidup berkawan.. orang lain hidup berkeluarga

realiti:
-hari ini teman sahabat-sahabat bermain bola jaring.. tak main pun penat juga..penat tengoklah..
saya bodoh sukan.. so whut???
-Betul juga cakap dia.. cukuplah bergossip..nanti jumpa malu-malu padahal bukannya ada apapun..



Friday, May 14, 2010

jangan lupa malam ini!!

badminton Pictures, Images and Photos



MALAYSIA lawan China - 7 malam ini


siapa yang tak mahu menang kan...
petik kata Jailani Sidek 2 hari lepas, imposible Malaysia boleh menang dengan China..
takpelah kalau kalah pun biar kalah yang bergaya k!
yang pasti saya akan setia menonton perlawanan yang mendebarkan malam ini..



                                                                  

Thursday, May 13, 2010

e-mail dari kawan saya

Tajuk e-mail: Kasih Abang

cukup memilukan hati....
gambar murah..nilai berjuta...






Kekadang Allah menyempitkan

Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan

Kekadang Dia melapangkan

Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan

Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya

Supaya tidak bergantung kepada sesuatu

selain-Nya!


*saya bukan rajin nak baca e-mail maksudnya e-mail selain kerja.. lagi-lagi kalau e-mail yang berjela-jela panjangnya.. sekali sekala dapat e-mail bergambar pun.. saya buka dua tiga, lepas tu tak kuasa nak layan.. nak forward e-mail pun lagila malas..tapi e-mail yang satu ni begitu menyentuh, menyentap, meragut jiwa malas saya ne.. hmmmm..*

*manusia ni bila senang mudah lupa pada asal usul diri.. cepat alpa.. hanyut entah kemana..sampai ke laut jauhnya...bila susah dan terjatuh baru tersedar.. menginsafi diri
kalau yang mahu insaf.. kalau masih hati keras.. hanyutlah lagi.. saya cuma harap hidup saya sederhana sahaja.. tak perlu kaya melimpah ruah..dan harap saya tak hanyut banyak sangat.. moga pintu taubat masih terbuka untuk saya..Amin*

selalu je terfikir.. kalau tibanya hari ini hari terakhir saya.. tak sempat nak bertaubat.. amal pula masih tak cukup.. macam mana ye...???..huhu

Wednesday, May 12, 2010

LUNA MAYA FT DIDE HIJAU DAUN SUARA KU BERHARAP

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu
aku tanpamu

bila esok hari datang lagi
kucuba 'tuk hadapi semua ini
meski tanpamu
meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berbijar
mentari yang tenang bersamamu di sini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa khabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah
apakah aku selalu di hatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

dan aku masih tetap di sini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu
aku menunggumu

*suka layan lagu ni*


Piala Thomas dan Uber

Sepatutnya hari ini hari berfutsal. Memang Rabu dah sinonim dengan futsal.
Tapi terpaksa saya lupakan sebab sebagai rakyat malaysia yang amat taat kepada negaranya wajiblah saya luangkan petang dan malam ini untuk menonton Piala Thomas. Tanda sokongan padu yang tak berbelah bahagi.. wahhhhh~~
Kalau ikutkan nak bolayan je hari ini selepas Malaysia kalah dengan Jepun semalam.
Tapi kita masih ada harapan kan~~

Semalam saya emO~~ satu hari saya emo.. minta maaf kawan-kawan yang kene tempiasnya..
Meed sori sebab campak telefon semalam~~ saya sangat bengang semalam~~
Terima kasih ye sebab faham saya~~

*korang rasa Malaysia boleh masuk final tak?? kalau ikut prestasi buruk malam tadi..jangan harap lah.. *
Sejak 1992 kita tak pernah menang-menang lagi kan..

2010- Juara- Malaysia
Naib Juara- China

ok x angan-angan saya?? Tak salahkan berangan~~

Monday, May 10, 2010

mahu sendiri

mahu sendiri buat masa sekarang
minta maaf ye!!
pintu akan ditutup sampai rasa bersedia untuk buka balik..
nak robohkan?? roboh la kalau berani
yang pasti tak berani punya kan

 
macam ninja
la pulakk..
nak bersendiri sebab nak pergi bertapa jadi ninja..

Friday, May 7, 2010

lelaki besi yang kedua

Lama betul tak menonton wayang
kali terakhir menonton wayang cerita Adnan sempit..
(lawak ok cerita ini sampai saya terbahak-bahak jantan)

saya bukan kaki wayang
dan saya tak layan semua cerita
Rakan-rakan terdekat sedia maklum genre filem tontonan saya
saya layan cerita yang kool, tak terlalu romantik, mesti kelakar, kelakar dan kelakar.
tak bole ada scene lawan-lawan dan pukul-pukul,
cerita hantu? saya boleh tengok tapi bersedialah rakan-rakan sebelah untuk menahan telinga mendengar saya menjerit dengan nada pitching yang sangat nyaring..
jadi saya akan kata tidak kepada cerita itu.
paling anti filem yang ada watak superhero
sebab saya bosan dengan jalan cerita yang stereotype.
superhero yang baik dan mesti hensem
watak orang jahat yang tentunya tak hensem.. sehabis jahat dan sehabis buruk la dibuat watak itu
adegan percintaan superhero dengan gadis cantik
adegan lawan-lawan yang akhirnya berpihak kepada superhero
akhirnya mesti dengan adegan cium antara superhero dan si gadis
(ternoda jiwa suci i..awwwww)
kisah malam tadi memang berkaitan dengan wayang
mereka-mereka mengajak menonton filem Iron Man 2

sedia maklum memang bukan jiwa saya
jadi saya tolak mentah-mentah pada awalnya
tapi
atas pujukan yang saiko gila oleh Maria
saya terpaksa berkata ya walhal hati kata tidak
OK  saya dan lida bole jadi pelakon-pelakon tambahan
di samping pelakon-pelakon utama yang terdiri daripada MARIA dan ALANG
atau MARIA dan AYEP
Maria yang mana satu ye jadi pilihan hati... hehe

semua saya tak suka pasal filem ini kecuali
* watak Tony Stark(Iron MAn) yang sedikit lucu*
*Scarlet Johansson yang pegang watak natasha, kunun-kununnya pembantu Stark tapi rupanya seorang spy < mulalah saya berangan kalau saya yang jadi natasha tu>* 

~~dia sangat cun melecun ok~~


~ada orang tu tidur dalam wayang.. saya ingat saya yang akan tidur.. rupanya si polan berdua tu yang tidur.. ish..ishhh~~

Wednesday, May 5, 2010

diam lagi bagus kan

diam lagi bagus kan
tapi saya pilih untuk sumpah seranah
betul-betul hendak 
tak terluah pun
mungkin darjat yang rendah
dan  juga tiada kuasa veto yang gah untuk melawan
menegakkan kebenaran
orang lain dah ke depan la
kami di sini macam ke belakang sangat.. hujung nun jauhnya
kenapa mahu disekat-sekat ??
dan saya masih boleh sabar jadi tunggul di sini
minta maaf lah
saya bukan setia sangat
sudah tiba masa untuk berhijrah
banyak benda yang saya bole belajar di luar sana
dari memBATU mengadap komputer macam patung tiada apa-apa dapat
sama dan sama dan sama
BOSAN!!!


apa??? BONUS tangguh lagi~~~ !@#$$%^&#&*%^




boleh tahan kusut kamu semua

saya takkan buat kalau saya tak suka
betul tak tipu
saya takkan kata mahu kalau itu bukan jiwa saya
jiwa saya??
saya jiwa kusut sikit
tapi rupanya ada yang lagi kusut
saya tak suka sebab saya dalam keadaan serba salah sekarang
Hamidah, i need u rite now..
saya tiada dalam senarai itu
jadi kenapa perlu saya ada dalam drama itu
ok hamidah kamu mempunyai tugas berat untuk tolong saya menidakkan
saya nak rehat otak 
sudah penat fikir
sudah penat memendam rasa
sudah penat melayan kerenah orang tak serius langsung
macam orang terlepas tanjung rambutan kan??
dia kusut gila.. sangat



Tuesday, May 4, 2010

lolipop #5

kadang-kadang kita rasa kita mahu suka-ria, mahu gila-gilaan, mahu enjoy..
salah ke? ada sahaja orang yang tak puas hati...hidup tak pernah adil kan..
saya pun tak mahu hidup duka lara sentiasa..
dah lama penat~~
sesekali lepas tekanan diri..
ingat saya gembira luar bermakna gembira dalam..
kalau nak tahu saya dah tak larat dah nak hidup...
hakikatnya saya sebatang kara
::titik noktah::





Monday, May 3, 2010

d.e.m.a.m

Demam pertama sejak 2009 ini memang dinanti-nantikan..
ehhhh takla... huhu.. tamo..tamo...
inilah akibat kurang rehat
lepas tu tuan punya badan memang tak kesian kat badan sendiri
bawak2 lah berehat oiii..
terima kasih kepada ubat tajaan cik Lida ye
saya mahu tidur lama-lama hari ini..
rasanya demam sampai esok tak?..
Kalau demam masih tak kebah esok.. kenelah MC.. 
aduhhh.. kerja banyak di ofis la..
(kunun-kunun risau padahal otak setan berbunga girang)

teringat peristiwa saya ketika ke klinik untuk sekeping MC..
memang pening kepala yang menggila ketika itu...
kebetulan mendapat perkhabaran yang meruntun jiwa dan hati.. 
tak tipu ok.. kadang2 je saya tipu.. hehe
tergedek-gedek pergi klinik..
terkedu bila pesanan terakhir doktor;
" balik ni awak rehat je kat rumah tao... jangan nak pergi shopping plakkk"

aduhhhh.. doktor ni ingat saya tipu ke.. huhu
saya tersengih-sengih paksa..

malam ni FaceBook pun demam ek???

 




Saturday, May 1, 2010

adapter rupanya~~

haruslah melayang duit
tapi nasib baik juga
dari rosak laptop baik rosak adapter kan~~

maksudnya saya akan kembali ditemani muka buku..
sebab hidup tanpa muka buku macam hidup tanpa rumah..
boleh je hidup seminggu neh..
rehat cukup.. tidur cukup.. mata sihat..
tak perlu mengadap skrin lama-lama~~

tengah berkira-kira sebenarnya untuk merehatkan diri dengan muka buku..
bolehkah?.. cuba.. try..test

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails