Thursday, December 31, 2009

~Gunung Stong~

Saya membuat cubaan tak berapa berani mati bila cuba mengemaskini blog ketika berada di pejabat dan di kala semua orang sangat sibuk termasuk diri sendiri. (Bahana menceburi bidang perakaunan apabila hujung tahun menjadi gila meroyan menutup akaun)

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....


Saya tak sempat kemaskini sebab sangat banyak kelijeee...

Doakan keselamatan saya.. selamat pergi dan selamat balik :)

Friday, December 25, 2009

pagi hari Natal~~

* kosong *
* 2 biji mangga *
* makaroni goreng *
* teh o limau panas *
* keseorangan *
* sepatutnya di Singapura *
* manusia merancang tuhan menentukan *
* Berat turun 3 kg dalam masa 3 hari *
* rambut gugur *
* kenapa ABAH *
*ulang dengar tayang lagu Russian Roulette by Rihanna *


Wednesday, December 23, 2009

Merasa otak warna hitam macam dark cokelat~~



Saya dalam keadaan kebingungan sekarang. .
Adakah perlu saya salahkan diri saya atas semua yang terjadi padahal saya tak pula meminta..
Mintak maaf sudah..
Langsai apa yang terhutang pun sudah..
Saya cuma mahu mereka atau mereka-mereka mengerti keadaan saya..
Cube letakkan diri kamu di tempat saya..Cuba sekali..
Sekali je ok!
Baru tahu betapa tertekan gila..mahu jadi GILAK..
masih Waras InsyaAllah..
Orang sekeliling kebanyakannya mementingkan diri..
masalah diorang je yang difikirkan, masalah kita kalau boleh tolak tepi~~Sahabat ada mengkhabarkan..
Usah fikir perasaan orang sangat..
Sayang diri sendiri baru sayang orang lain..
Tapi masalah saya yang saya benci tapi saya buat juga ialah memikirkan perasaan orang lain dulu sebelum saya.
Akibatnya beginilah.
Bila senang dicari-cari bila kita susah dilempar-lempar jauh..Sedih sangat.
Tapi saya bukan ratu Novela..
menangis sampai lenjun..
Saya kuat dan sihat (sihat apanya??.. saya hampir mendapat anugerah pemilik kolestrol yang tinggi..Jadinya saya kawal pemakanan saya.. pooodahhhh.. kawal kejadahnya tadi tepat jam 10 malam saya melantak makaroni goreng..air tangan saya harus dipersalahkan kerana kurang sedar diri padahal sedang berdiet.. nantilah cerita pasal ini..Sekarang slot layan perasaan~~)


sekejap............

taraaaaaaaa..
Resipi bertajuk Makaroni Goreng Kepala Kusut.
Saya tambah 2 x.. Housemate saya menambah 3-4 x..
Kesimpulannya apa?? Sila jawab dalam hati..
Sebab saya malu..



Monday, December 21, 2009

isi kepala berat sangat


"mintak maaf saya cuma risau abah"

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

JALAN-JALAN KE SINGAPURA??

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

TAWAN GUNUNG STONG ??

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

BIKIN AKAUN BELIAU

ABAH

ABAH

ABAH

ABAH

PENYAHPERASAANBIOLAKU

ABAH.. I'M THINKING OF U 24/7

sumpah sangat berat... Allah yang tahu berat sangat...
mintak maaf semua..
if i'm avoiding you n you n you n you n you



Sunday, December 20, 2009

~keliru~


Saya sedang keliru dengan diri saya ke atau orang lain yang keliru dengan diri mereka.Saya cuba memuaskan hati semua orang tapi tak semua berpuas hati dengan
diri saya. Saya sebenarnya sangat kecewa dengan hidup saya dan saya rasa saya tak cukup kuat untuk teruskan walaupun naluri sering memberi kata-kata positif untuk berjuang meneruskan hidup. Saya cuba lari jauh kalau saya tak suka. Cuma larian saya tak cukup kuat untuk menjauhi mereka. Apa salah saya?? Kenapa saya sering dicabul jiwa-jiwa sang perilaku yang meloyakan. Tolonglah bagi saya sedikit ruang bernafas. Saya perlukan oksigen segar bukan kotor.

----------------------------

Beginilah.................Kenapa saya masih suka orang yang saya suka itu, walaupun hakikatnya saya tiada pun dalam hati dia. Kenapa bila datang orang yang suka kepada saya, saya pula tiada rasa sedikitpun untuk mereka. Kenapa begini dan kenapa begitu. Kes-kes yang berulang dan serupa menjengah hidup sepanjang 27 tahun. Hati tak boleh dipaksa dan saya cuba untuk menjadi kawan semua orang cuma saya takut mereka beranggapan lain sehingga saya mengakhirinya dengan kata selamat tinggal. Sebab itu saya memilih jalan yang sekarang ini. Jalan sendiri yang lebih ENJOY!!! Tak perlu melayan hati-hati kaca.. tersentap sana tersentap sini..merajuk sana merajuk sini..
saya tak cun langsung tapi mahu Hidup CUN!!



Sunday, December 13, 2009

Saya sudah siap kemas bilik~~

Friday, December 11, 2009


AMARAN KERAS: Video ini mengandungi unsur ngeri kerana perempuan ini bermata lebam.. tonton dengan berani ye!



"sound effect" yang kurang memuaskan. maafkanlah!


Saya percaya perempuan di dalam wayang gambar di atas sedang bertungkus lumus mengemas biliknya.

Thursday, December 10, 2009

prinsip hidup~~

Setelah menjalani proses pemikiran yang agak dewasa sedikit dari yang sebelumnya, saya sedar yang saya hidup selama 27 tahun ini tanpa ada prinsip hidup yang pegun.
Melilau-lilau mencari jalan hidup yang sebenar dan hakiki.
Kekadang ke kiri, ke kanan, ke belakang dan ke hadapan dengan harapan menemui Nur kebahagiaan. Tapi saya sebenarnya bukan mencari tapi melilau-lilau ikut suka hati.
Saya bukan budak tapi sudah layak dipanggil dewasa. Sungguh memalukan apabila seorang dewasa berjiwa kanak-kanak atau sedikit kurang malu saya berlagak seperti remaja.
___________________________________
Bagi saya seminit-dua.
____________________________________

Rupa-rupanya saya sudah lama hilang. Sekembalinya saya ini, saya mahu hidup yang berprinsip. Bukan berayun-ayun mengikut lenggok angin. Sudah cukup lama saya bergurau senda dengan hidup saya. Saya tak boleh dipermainkan kan lagi. Jiwa saya bukan untuk dimainkan tapi untuk bermain menjadi pemain yang handal bak Dato' Lee Chong Wei.


Tolong pergi jauh-jauh sebab saya cuba memadam kamu.




SELAMAT TINGGAL DUNIA YANG LAMA DAN SELAMAT DATANG DUNIA YANG BARU

Wednesday, December 2, 2009

Benarkah ini jalanMu






ujian ATAU balasan


***********

Bertimpa-timpa ujian dan sungguh adil balasan dari yang Maha Esa

***********

Kereta saya rosak selepas berpeleseran di OU. Punca yg buntu. Cuba hidupkan beberapa kali tapi gagal. Akibatnya saya meninggalkan dia semalaman.
Ini gambar hiasan. Bukan kereta saya tapi kereta idaman saya. Abaikan sengal saya.


Saya cukup tak faham agak baru saya pakai kereta itu tapi KENAPA saya mesti hadapi semua ini. Saya harapkan ia terjadi 3-4 tahun lagi.


************

Tidak perlu bertanya kenapa tapi menjawab bagaimana?

************

Saya ambil EL untuk selesaikan apa yang belum selesai. Tapi saya pasti ada yang tertangguh di pejabat. Banyak halangan. saya bersyukur ada adik beradik dan kaum keluarga yang menolong fizikal dan kawan-kawan yang menolong emosi.
Saya tak larat dan sumpah saya lagi tak larat kalau berseorangan.


************

Kita perlu terima apa jua Qada' dan Qadar Allah s.w.t walaupun perit. Redha dan Tawakal. Jadi jangan sedih lagi.

*************

Satu hari ini saya tahan sebak. Izza dah kuat. Sumpah saya tak mengalirkan air mata. Sampai merah mata tahan. Sampai pedih hati redha. Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Semoga bahagialah jadinya kepada semua orang. Saya pun perlu jadi wakil bahagia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails