Friday, February 26, 2010

hilang lagi~~


hari ini saya buat SILAP lagi..
apa dah jadi ni..
otak saya hilang lagi..
tapi yang pelik saya tidak dimarahi..
gila lucky hari ini! :)



nah bila tenshion saya suka buat benda yang lari tajuk

:mengemas bilik dan hiasdalamkan dengan benda-benda yang comel dan kiut:



yang pasti ia merah jambu !!!

Wednesday, February 24, 2010

mungkin lega dengan luah

"mungkin lega dengan luah jadi saya mahu luah sampai muntah"


saya agak keserabutan.. banyaknya benda nak fikir... banyaknya masalah yang datang secara berganding bahu, bersatu padu..mentang2 trend satu malaysia..harap-harap ia datang satu-persatu.. tapi tak..
REDHA adalah kunci utama.. kalau tak dah lama saya mati..
HIKMAH adalah kunci kedua.. setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..kan
USAHA adalan kunci ketiga.. tolong la berusaha cik eza oooiii..cukup-cukuplah bermalasan.
akhirnya TAWAKAL & TAWADUQ.. daripada Allah s.w.t kita datang dan akhirnya kembali pun kepada Dia..

saya mengamalkan prinsip-prinsip di atas untuk terus hidup walaupun kadang-kadang tergelincir sekali sekala.. eh dua kali dua kala.. sebenarnya lebih la kali.. boooooooo..

sessi luahan rasa bermula di sini:

pernah tak anda rasa keberatan untuk pergi kerja.. cuba mencari beribu alasan malah berjuta untuk tidak pergi kerja.. tapi anda terpaksa juga pergi sebab anda terikat dengan kerja-kerja di pejabat yang memerlukan anda datang setiap hari.. di mana anda tak berapa gemar dan bosan nak buat kerja tersebut tapi demi untuk dapat gaji anda terpaksa buat.. memang jelaslah ketidakikhlasan di situ.. bila timbul perasaan tidak ikhlas, kita cenderung melakukan kesilapan.. ohh sungguh tidak tahannye.. buat silap dan silap dan silap.. tambahan dimarahi lagi oleh boss.....husshhh sangat down...down... nak capai KPI jangan harap..
dalam kepala otak sekarang nak cakap, "saya letak jawatan sekarang, lagipun saya tak penting dan saya tak sumbang apa-apapun"
Lepas tu saya akan lari jauh-jauh.. masuk dalam laut.. jadi ikan duyung..hehe..
esok selalu saya harap saya berubah.. menjadi positif..


Kenapa pula ada segelintir orang-orang di sekeliling yang sangat tidak menyenangkan..
menganggu hidup kita..
sungguh memualkan dengan perangai sebegitu.. uwekkkk..
dan saya tak tahu nak mengelak sebab nak jaga hati orang..
contoh;
keanak-anakkan yang terlampau
ketidaktahu maluan (bila masa ko BF aku..@@#%#$)
terasa diri hebat sangat
mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain
tolongla jangan buat kontroversi
si kura-kura lembab
bila jumpa buat-buat tak kenal padahal kenal (ko ingat aku kempunan sangat nak kawan dengan ko.. macam bagus.. macam glamor.. )

(contoh di atas dipunyai oleh orang-orang yang berlainan yang dijumpai dalam hidup sehari-harian)


Tertanya-tanya kenapa la tak kaya-kaya.. sebab kita tak berusaha untuk menjadi kaya. Jadi janganlah mengomel bertanya kenapa tak kaya-kaya..
Umur dah meningkat tapi aset untuk dibanggakan tiada langsung..
Duit gaji tak sempat nak buat simpanan..
3/4 untuk bayar hutang.. Simpanan?? tak sempat ok kerana pegang prinsip ENJOY..
kalau ada kecemasan.. menggagau mencari kawan-kawan,
adik beradik.. terakhir mencari abah..
Sekarang tengah belajar.. "Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit"


Lemak sangat jahat sebab membesarkan saya bagai johan..
makan ikut sesedap perut je.
senaman zero.
muka tembam.
seluar ketat.
tidur tak cukup.



Sekian la dahulu.. lega bila dapat luah dan membebel.

foto terbaik # 1




foto diambil pada raya tahun lepas
seorang budak lelaki tiada dalam foto
tukang foto sangat best
budak lelaki itu adalah tukang foto
jadi budak lelaki itu sangat BEST









Sunday, February 21, 2010

lolipop #3



~Jalan-jalan cari pasal di Putrajaya~

t-shirt and jeans dressed up is exactly my style but my bum look fat with it =(




anjing yang kiut

Sampai-sampai je rumah tadi.. nampak si puppy neh depan rumah..
Memang dah tau pun aunty depan rumah ni bela anjing.. jadi tak terkejut sangat..
sebab dah terkejut sebelum ni.. hehe..siap jerit lagi.. padahal anjing tu tak buat apa2 pun tambahan dia berada di dalam rumah.
Cuma nak je cakap kat anjing neh dan harap dia faham, Tolong lah jangan buat muka kesian macam ni.. sangat comel la..Tak sanggup nak tengok lama2.. rasa nak pergi bermain-main dengan dia..

Dulu selalu tanya mama boleh tak saya nak main dengan anjing ??(ini soalan bodoh semasa di bangku sekolah rendah ye)
dan mama cakap kat syurga nanti boleh main.. nak main dengan harimau pun boleh...
masa tu terus berbunga riang.. dalam hati tak sabar nak pergi syurga..

HAKIKATNYA LAYAK KE MASUK SYURGA??

Saturday, February 20, 2010

lolipop #2





  • HITAM MANIS
  • HIJAU TENANG
  • KUNING MEWAH
  • PUTIH SUCI

Friday, February 19, 2010

bangun pagi celik mata



Hari ini bila bangun pagi saya terasa mahu buat ni sangat-sangat.




~menikmati saat² matahari terbenam bersama angin sepoi-sepoi yang menyamankan~



~membuat "bungee jumping"~



~bermain-main dengan anak harimau yang comel ini~



~rafting~


bolehkah saya penuhi impian saya ini dalam masa terdekat..? saya cuba usahakan tahun ini juga.. kawan-kawan teman saya boleh?? siapa bakal jadi mangsa?.. tungguuuuuu...

Thursday, February 18, 2010

mula dan tengah menagih~~


"Saya buat kerja dengan efisien sekali sejak akhir-akhir ini. Tepat jam 5.30 petang saya akan bersiap-siap untuk pulang setelah sepanjang hari mengabdikan diri kepada tugas dan tanggungjawab...demi mencari rezeki yang halal dan cinta kasih terhadap kerjaya saya..."


~ayat di atas hanya ilusi dan rekaan minda saya walhal saya tak sefisien itu, tak semurni itu, tak semulia itu...saya cuma membuat kerja yang patut
dibuat, tak perlu rajin sangat cukuplah siap pada waktunya..kalau tiada kerja (semua kerja sudah disiap)..senyap2 sahaja.. tak perlu mencari kerja lain..~

saya balik tepat pada masanya.. bukan apa.. saya cuma nak pastikan saya sampai di rumah sebelum pukul 6.30.. supaya saya sempat mandi dan merasa selesa bila duduk di depan Tv menanti cerita ini;






SEBAB



ehem..ehem..ehemm




ala malu la...




sebab dia...







ala dia ni memang..






saya kelu bila tengok dia..





sumpah menggugat keimanan saya selaku wanita yang menjaga tatatertib kemelayuan..(unsur poyo dalam ayat ni sangat terserlah sila abaikan)





okla saya beritahu tapi jangan gelak




ni ha lelaki yg memegang watak Reza dalam drama Na-o-Mei~~




sumpah dia memang buat saya cair-mair macam ais ... padahal sebelum ni takde la menggila sebegini melihat dia berlakon.. Fizikal dan karakter dia dalam cerita adalah seperti berikut:
  • berseluar pendek
  • berkaca mata hitam
  • manis dan berkulit tan ala2 beach boy
  • pandai diving
  • sempoi
  • nakal tapi beriman
  • ego tinggi.. mahu tapi malu..


nah.. satu lagi...






renungan mata dia... aduhhh bisa luluh jantung gue..

hehe.. minta maaflah saya agak terlebih di sini..
sudah la cerita ini hanya isnin sampai khamis..
terpaksa menanti hari isnin dengan penuh sabar dan tawaduQ..


lagu dalam cerita ni pun best.. sila dengar SINI


Wednesday, February 17, 2010

Danish lagi... :) yang ke 10 hari

~maklong & Danish~ comelkan kami berdua? (sila muntah dengan statement tersebut)


~Danish suka tidur.. hari-hari Danish tidur~

~macam tau je orang nak tangkap piC dia, sibuk je pandang camera, Mak Ndak tetap maintain~


~sekali dia buka mata.. luas je..pastu muka tak berperasaan.. kenapalah Danish comel sangat..~

~ masa ni saya kacau² dia bagai nak rak ok.. tapi bole dia sambung tidur..~ Mata Danish bukti~


~cakkk.. hehe..muka pura² terkejut~

~sekali lagi tidur dengar bergaya~

~Danish tidur tapi senyum~

~Onchu pun tak terkecuali berposing bersama little Danish~

~"biar ribut melanda..biar pakcik² makcik² menganggu tidur saya..ada saya kisah?..tidur lagi best..gud nite semua..Danish nak tidur dulu..zZzZzz", kata Danish dalam hati~~

Tuesday, February 16, 2010

Danish, BbQ dan Famili

Bila cuti-cuti begini memang indah kan dapat berkumpul bersama keluarga. Harap-harap akan berulang lagi kan..?.. tapi lebih sempurna jika semua ada kan?.. kan?.. kan?
semua juga sihat kan?..kan?
sian e-one di Ipoh sorang2 dan jimmy di Kedah~meringankan tulangnya..

hari ini kami BerBBq seisi famili.. sempena hari lahir si ayah Danish iaitu GG, Banchik dan Danish sekali... Tidak lupa kepada Anuar Zain..hehe... Semuanya jatuh di bulan Februari..
Paling best masa orang sibuk bising2.. Danish boleh sedap tidur... comel betul..
Tak ganggu gugat langsung hidup budak kecik ni..
Sangat geram ok dengan baby Danish.. Tak banyak ragam pun..
Yang penting dapat cium dia sebab bau baby best sangat2.. i'm gonna miss him bila balik KL nanti.. Tak sabar nak tunggu dia membesar bagai johan ~~

part yang tak bestnya saya gemuk gedempol
seluar gila khinzir ketat..
cik Eza boleh tolong diet tak??
anda memang sudah gemuk.. tak tipu punya..
so saya berazam yang entah berapa ribu kali diazamkan yang saya nak diet..
sempena duit pun macam ada-ada tiada je..
jadi memang bersesuaian la azam saya direalisasikan di masa ini.
PERFECT~~

berharap esok saya kurang mencarut dengan jalan raya di Malaysia~~




Tuesday, February 9, 2010

lolipop #1




Lokasi :: RedBox, The Garden
Motif :: MengSumbangkan vokal
Tukang Gambar :: Cik Meed
Fesyen :: Selendang merah(Jalan TAR), Tee (Roxy), Cardi (Scarlet), Skinny (Nichii),
Gladiator (V K I) ~luv it ~, Bag (http://www.daintydresser.com)

Monday, February 8, 2010

Officially become a Makcik to my Little Danish

macam tak percaya..
saya dah ada anak saudara..

sebelum ni pun dah ada.. tapi anak kepada sepupu-sepupu..
tapi sekarang saya ada anak saudara yang betul-betul..
gila tak sabar nak jumpa..
rasa lambat je nak tunggu sabtu neh..

ni tengah teruja fikir gelaran apa nak suruh Danish panggil saya nanti..
Mak Long macam old school sangat.. dah biasa..
Aunty Long ok jugak.. mengikut peredaran zaman gitu..

Pecah kepala dah fikir.. macam lah si Danish ni dah bole cakap kan.hehe
sila lah tengok anak saudara saya ini.. sumpah comel sangat.. tak sabar nak pegang, peluk, cium.. tunggu aunty sampai ye danish..(tibe2 rasa geli bile bahasakan diri aunty.. terasa keTUAannya di situ.. )
IDZRIL NUR DANISH BIN IZLIZIL IKRAM
5th February 2009
~congratulation to GG n AEN for delivering this cute little baby~

Saturday, February 6, 2010

dan sebenarnya~~


*dan sebenarnya kita tak pernah tunjuk perasaan kita yang sebenar-benarnya*


::Cik gadis molek featuring Yuna::



::Cik gadis molek bersolo::








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails