Sunday, November 28, 2010

danish mat kipas

danish a.k.a mat kipas
sebabnye

dialog kitorang: danish mane kipas?

automatik kepala dia akan pandang atas..

haha.. tak bole tahan.. 

rindunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

raya haji hari tu dapat jumpa mat kipas dan dapat buli dia dengan rakusnya.
~ rindunye nak buli dia~
acara membuli dia












*siap la kalau jumpa dia lagi*

biar mati cinta ini



SEPINYA WAKTU...TLAH NYATA KU BINA...
YANG KU PERSIAKAN...BERAKHIR LALU...DI TANGAN MU...

HASRAT KU YANG TERSIMPAN...DALAM HATI YANG TERPADAM...
AKAN KU PERJUANG KAN SEPI...INI...

TERUNGKAI SUDAH...KU RASA...APA YANG TLAH...TERCIPTA...
AKAN KU HEMBUS...AKAN KU HELAH...NAFAS CINTA...
BIAR MATI DI SINI



maximus

pelangi petang itu

Subhan'Allah
pelangi petang semalam cantik sangat
tak boleh lupa
masihkah diberi harapan untuk berjumpa lagi
walau datang seketika
gembiranya berbakul-bakul
terima kasih ye

Saturday, November 27, 2010

baton itu


tak pernah pinta jadi begini
tak pernah terbayang
tak pernah langsung
tersepit dengan ramai
tergantung
sampai bila begini

sesal
saya salah
semua saya salah
perasaan saya yang salah
salahkan diri ini

bahagialah kamu semua
tanpa saya
saya hanya insan busuk
yang tanpa apa-apa
naif

saya hanya mahu lari seorang
sudahlah
tak perlu tunggu baton untuk saya berikan
dah saya cakap saya bukan punya apa-apa

suka juga
rindu juga
sayang juga
cinta?
apakah cinta?
tersepit lagi
cinta tuhan lebih bermakna
bukan mereka

permainan mereka sungguh menyakitkan






Friday, November 26, 2010

sibukkan diri anda bila anda down

Tengah fikir nak pergi Gunung Rajah ke tak?? tapi tak follow BADR la.. sebab mereka sangat pro...kebetulan my adik ipar plan nak g ke sana juga.. Lepas naik Bukit Tabur ari tu macam ada keinginan membuak-buak nak naik gunung.. Sebab kaki tak menunjukkan simptom sakit lepas naik bukit tabur tapi takut jugak sebenarnya..
aduhhh.. gie Penang ke Gunung Rajah ek... toin? toin?

Sejak dua menjak neh saya sibuk sikit.. macam2 benda nak kene buat.. macam2 tanggungjawab harus diselesaikan.. boleh lupa kisah duka.. yeayyyyyyyyy.. kisah suka sila datang yerrr.. rasa seronok bila buat kerja untuk kebajikan orang lain.. kita gembira bila melihat orang lain gembira kan.. moga-moga berjaya :)

Sebulan lagi Lida nak kahwin.. tumpang berdebar2 untuk dia.. padahal minah ne kool je. haisshh cover la tuh padahal neves bangat.. gila tak neves.. hik.hik.. tengah pujuk dia buat bachelorette party~~ utk gegurl je... huk...huk. ... 30 days to go.. Lida... lepas ne anda bukan dara lagi.. hik..hik.. gelisss nyerssss..

Betul sangat2.. bila kita sibuk.. kita takkan fikir benda2 yang tak perlu kita fikir... hidup biar happy selalu.. Kadang2 ada masa kita bersedih tapi jangan jadikan itu sebab untuk kita tidak gembira lagi..

masuk TV sebab tarian zapin.. haha :) ...  luv shangat kat tarian tradisional.. apa yang saya tak suka... semua saya suka :)

Terima kasih kawan-kawan yang ambil berat pasal saya..

Terima kasih Rose sebab bagi pinjam buku itu.. Tak sempat lagi saya nak baca.. Saya akan baca juga nanti!! :)

*rindu Danish lagi*

Sunday, November 21, 2010

~Astaghfirullah~

tiada apa yang perlu saya fikir di kala ini
kecuali meminta kemaafan dari yang Esa


~LEMAH teramat~

berhentilah menjadi budak kecik.. menangis yang tak henti2




serik~penat~bosan~berhenti


teramat dahaga kasih sayang keluarga
tolonglah jangan lemah sangat
tolonglah diri sendiri
siapa lagi
kalu bukan diri sendiri


tolong jangan layan harapan palsu lagi
hidup bukan hanya menerima tapi memberi
tapi memberi perlu ada penerima yang dengan keterbukaan, keikhlasan dan keharuman.
cukup faham
tapi masih buat2 tak faham


tolonglah jangan jadi bodoh untuk kali yang ke 1000x



sehari tak jumpa.. dah rindu nak mati kat budak danish muchuk neh






Saturday, November 13, 2010

MTest KPLI 2011

semalam saya tidur 1 jam je
baru semalam kut ada masa nak tgok2 buku
tp tak sempat nak cover semua
banyak fokus kat math sebab banyak formula dah lupa
haishhh.. 
semangat gile nak jawab test kan
demi masa depan ku.. wahhhh

seawal 7 pagi dah keluar rumah
sebab buat test kat sekolah kat putrajaya
haishhh.. saje keluar awal sebab tau akan sesat punya
memang sah sesat
tapi nasib baik jumpa juga
kebetulan my fwen pun dapat test kat Putrajaya
lain sekolah tapi dekat2..
jadi tiada la seorang diri terkapai2

apa yang boleh dikatakan
soalan Mtest ini sangat mencabar
nak jadi cikgu bukan senang rupanya
Btw this is my 1st cobaan
untung sabut timbul la kan
InsyaAllah harap Allah s.w.t makbulkan.. Amin

Thursday, November 11, 2010

Broga Hill.. saya cinta awak

sila saksi gambar-gambar di tempat yang buat saya jatuh cinta :)... (mata blink2)







*pakai skirt pun boleh naik broga ape..hehe*

Wednesday, November 10, 2010

kek, kawan-kawan dan hari jadi saya

terima kasih ye kejutan tak semena2 malam tadi.
bersama itu kek comel..
saya cinta kamu semua..


d biggest thanx utk cik lida.. u make my day :)
terharu sgt2.. luv ya :)

moge2 petang ini cuaca baik sampai ke senja..
bertahan-tahan
ada projek baik punye :)
tak sabar melihat sinar itu di situ
pernah jatuh cinta dengan tempat itu.
masih lagi rasanya

*mana lah head torch neh.. bile nak takde.. bile taknak muncul la pulak..aduhhhh*

Luahan hati di usia 28

Sekarang saya mengaku saya 28.. macam tak percaya saya tak malu langsung..
kalau boleh nak beritahu semua orang..
hey..i'm 28 ...




Perjalanan hidup selama 28 tahun ini terasa begitu pantas. Tak sempat membuktikan Wowww... nye hidup ini.. Apatah lagi menjadi muslimah sejati... hati berkata ya tapi usaha tiada.. Sangatlah tidak berguna

Tak perlulah mencanang azam setiap tahun kalau tak yakin boleh tercapai... Cukuplah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.w.T kerana dipanjangkan umur, diberikan masa untuk membetulkan diri mana yang tak betul..
Banyak yang tak betul.. :(

Usia 28 ini mengajar diri menjadi lebih kuat.. Cubaan dan dugaan mematangkan diri. Tapi nak ubah diri menjadi begitu matang.. rasanya belum boleh... Saya masih keanak-anakkan.. comel macam anak2 kecil..
(kui..kui.. saya masih minah perasan.. jangan terpedaya ye)

Tertekan? Bersedia nak jawab soalan bombastik?.. Ala macam tak biasa.. hehe
Bukan malas fikir tapi biarlah masa menentukan segalanya. I wanna b happy and wanna make other people happy as well.. kununnya dah canang akan dapat BF masa azam 27 tapi sampai sekarang i masih solo u.. awwwww... tak mengapa saya ok2 sahaja..
sampai bila2 pun saya ok kalau sentiasa di sisi family dan kawan2

Kawan2 datang dan pergi.. sedih :(
wish i can turn back time, so that everything gonna b fine again..
RINDU


apa yang saya mahu dalam hidup??

kalaulah.. kalaulah.. nyawa saya dapat ditukarkan dengan mama.. Alangkah bagus..

::titik noktah::

Tuesday, November 9, 2010

pasti ada sinar


Alhamdulillah.. berjaya dipanggil untuk menduduki ujian MTeST
adakah sinar untuk menjadi guru prasekolah berjaya?
tamo berharap sangat.. cuma keinginan itu membuak2..
doakan saya berjaya dalam ujian itu ek~~ InsyaAllah


~harap rancanganku untuk hari-hari mendatang menjadi hendaknya~

~harap juga sinar pancaran matahari menyuluh gerakku sehingga ke hujungnya~

~meniti titian yang kukuh merentas duri ranjau itu~

*yang pasti hari Rabu ini bakal menjadi*

hip..hip..hooray


Wednesday, November 3, 2010

penat ok!



kenapa perlu ada perasaan cemburu kalau tak cinta
kenapa perlu menyakitkan hati kalau hati sebenarnya suka
kenapa perlu menipu
kenapa? kenapa? kenapa?

macam angsa itu tak mengejar bila diagah
penat~~

saya cepat boring!

saya seorang yang cepat bosan dengan RUTIN
RUTIN bila kita perlu membuat kerja yang sama setiap hari
RUTIN bila kita terpaksa mengadap orang yang sama setiap hari
menjadi-jadi BOSANnya bila perkara yang kita tak suka diulang beberapa kali

Jadi saya mahu tukar ini blog punya layOut
kasi dewasa sikit lahh.. kih.kih
macam kejadian susun atur bilik yang diubah beberapa kali
sebab kes BOSAN

lagi satu saya telah menganugerahkan diri saya seorang pemenang EGOIS
sebab saya takkan mengaku yang saya suka selagi saya tak mendengar, melihat dan merasa benda itu.
tak kira lah benda hidup atau mati atau pegun..
atau ORANG
kalau anda rasa saya suka anda... saya telah mengkantoikan diri saya bahawa saya suka anda
BANGANG nya manusia seperti saya..
berlagak EGO tapi kecundang akhirnya.. ptuiiiiiiiiiiiiii





lompat lagi jatuh lagi

lama tak update??
eh... hehe takde mood..
tipooo.. padahal takde kamera nak letak piccas kat sini..
pastu poyo plak letak gambo SS
ala sape la nk sponsor beli leica neh.. 
takde ke promosi beli biskut cap hap seng percuma leica
jadi terpaksa la menumpang camera orang lain..
orang lain tu adik sendiri..
adik sendiri tu orang lain..
ehhhhh~~


kan dah cakap saya suka lompat...
jadi saya lompat sampai saya puas hati..
sampai luke2.. kih..kih
tak sedar diri.. kubur kata mari..
tapi peduli hapeeeeeeeeee...
mari2 tengok saya lompat sampai menjadi






ni kut yang terbaik setelah beberapa kali cuba..tapi blurr pulakkk
sampai luka tangan taw

nah bukti.. tapi sikit je pun.. no hal.. bole buat lagi


aksi2 lompat tersebut semasa hari acara tangkap gambar pre-wedding cik Lida dan Cek Wan
Lokasi; Tasik Perdana dan Bukit Ampang
seakan mahu juga pre-wedding shoot macam tuh.. tak maluuu betol..
pastu nanti mesti orang2 di tepi depan belakang tanya
Dengan siapa??
Ngekkkk.. spoiltttt betoll!!


Hari ini mengajar saya

PEREMPUAN ADALAH MANUSIA YANG CEPAT PERASAN
DAN
LELAKI ADALAH MANUSIA YANG SUKA MAIN-MAIN



saya tak mahu jadi perempuan jenis itu...tapi saya kan perempuan

akhirnya lompat hingga jatuh


dah berapa kali dahh..
bole tak nak cakap dah serik..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails