Tuesday, October 4, 2011

mungkin ini terakhir

entry terakhir mungkin
kenape ye??
hmm ntahlahh...
mungkin dah tamo org lain salah faham lagi, mungkin terase malu dengan diri sendiri, mungkin dah takde mase nak update, mungkin dan mungkin...
mungkin dah ada tempat nak luah dengan selesa.. dengan tak malunye.. owhh masih malu.. tatau dia nak dengar ke tak benda remeh temeh nih~~ huhu
dan mungkin nak sedikit privacy <---- ini sangatlah poyo


sebenarnye ada blog baru.. hihi
so fokus satu je lahh..

oklah semuanya mungkin...
mungkin je



jadi dengarlah luahan ini yang kununnye terakhir...


pagi tadi pagi yang sangat buat saya terharu.. gembira sangat2.. syukur sangat2..

ok.. siapa yang amik tau tentu tau..
keadaan abah saya.. 
betapa saya emosi bila bercakap mengenai abah
abah adalah segala-galanya 
owhhh okkk.. mata nie boleh tak jangan nak berair mate sangat..

disebabkan penyakitnya sekarang, abah jadi murung, abah cepat naik angin, abah tak seceria dulu, tiada lagi gurauan abah, tiada lagi ambil berat abah
aduhhh... nie malas nak cite lebey2...
tolonglah cik eza.. jangan nak cengeng sangat.. sob..sob..sob

how i miss Abah..
Even preparation untuk kahwin neh abah langsung tak ambil tahu..
Alhamdulillah saya redha dengan ketentuan-Nya..
Walaupun kadang2 saya terbabas juga.. menyalahkan takdir, kenapa ujian ini menimpa diri.. 
Dengan keadaan diri yang cuba kuat tapi dalaman tuhan je tahu..
How i wish arwah mama still ada..
Tentu seronokkan menyiapkan persiapan kahwin bersama-sama..

Tapi bersyukur mama (mama tiri) juga ada dan bersedia membantu..
tapi rasa segan tuh masih ada...  

berbalik kepada cerita tentang kegembiraan saya hari ini..
hujung minggu saya pulang ke ipoh..
jenguk abah n mama (iliya pun ade), amik borang nikah, survey caterer..

ok balik subuh-subuh Isnin dan terus pergi kerja..
Abah lambai2 sejurus saya menghidupkan enjin.. (hati sayu)

ok sampai je opis..
 terdengar deringan tepon..
ceteka-ceteka siapa yang kol..
Abah kol dan tanye saya sampai bila, lambat ke masuk opis?
(dia nak tahu saya selamat sampai ke tak..)
tau tak berapa lama saya tunggu panggilan seperti ini dari abah..
dah berapa lama saya sunyi sepi tanpa panggilan telefon abah..
almost 2 years...
so tak salah saya nak gembira untuk hari ini.. hope esok dan luse dan selame2nye..
Ya Allah ko pulihkan abah... kalaulah sakit abah boleh berpindah.
Sayalah orang yang pertama yang sanggup terima...



bila bercakap pasal progress persiapan my wedding.. rase macam nak lari jauh2..
takut, neves, sindrom down (hihi.. bukan down sindrom ok)..
4 bulan lagi..
macam2 nak buat.. tapi satu pun tak start lagi..

hmmm.. yang paling keciwe.. apa yang diinginkan tak mendapat sokongan..
takde support langsung..
malah dihambur dengan kata-kata yang buat saya down..

ok.. saya bukan nak majlis macam artis, macam orang kaya tuh.. yang hire wedding planner(WP),
just bagi idea, WP akan uruskan segala-galanya mengikut keinginan kita.. yang penting duit je..
bukannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!~~
kenapalah mereka tak fahammm
saya nak simple yet memorable..
tapi di salah erti.. 
cakap saya nie hidup dalam kenangan..
bila saya nak DIY.. nak buat sendiri untuk reduce cost...
pun takde support.. cam tak percaya dengan kemampuan saya..
bila saya bagi idea... ada je yang tak betul.. 
so whut should i do now..  
bukan ke ini majlis saya.. so ikut sayalah saya nak buat cmne (pentingkan diri sungguh)
 memang sangat down..
saya memang takde mood sangat2...
perasaan macam... dah tamo piki ape2 dah...
boleh ke camtuhh??...
tapi nak kahwin jugak...

majlis yang hanya sekali seumur hidup ini .. InsyaAllah
perlukah dibuat ala  kadar je?...
sedih bila fikirrrrrrr.. 
dulu selalu berangan... majlis kahwin nanti mesti sesuatu yang sangat indah..
tapi kalau tak indah cmne... tak puas hati sane sini..
kurang sane sini...
boleh buat majlis kahwin sekali lagi ke nak cover balik????

hmmmm...

saya down sekejap je kut..
InsyaAllah will get back on track..

doakan kami.. dipermudahkan perjalanan itu.. Amin

tapi yang pasti ini adalah terakhir sebab priority kat blog satu lagi.. hihi

bye2... selamat tinggal kesedihan.. sayonara..
Kalau panjang umur jumpa lagi..
Minta maaf kalau ada salah silap..

Mintak doakan kesihatan abah saya ye~~




















  


Thursday, September 29, 2011

for real !!


Saturday, September 24, 2011

kembali berjogging

saya bangun awal pagi hari ini
tatau semangat apa yang merasuk diri
sesudah subuh terus bersiap2 menyarungkan baju sukan
now it's time 4 killing d sindrom MALAS exercise dan MALAS bangun pagi.. it's been a while since i've exercised regularly.
Rasenye bertahun2 kut.. dulu rajin gile jogging..

owhhh indah sungguh permandangan pagi2..
tak panas.. angin pagi yang segar dan damai..
Jalan santai2 sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT adalah moment yang touching.. Seorang diri lagilah bertambah tacing...Cepat2 seka air mata takut orang lain perasan.. Owhh kan best kalau ada lelaki yang hensem dan gentleman tegur..
"eh cik adik.. boleh jalan sama2" owhh NON ada.. hihi

ok2 misi harus diteruskan.. berat badan perlu dikurangkan..
dan kesihatan perlu dijaga... yeahhhhhh

2km pertama... jalan lenggang kangkung
2km kedua.. jalan diselang seli lari2 anak
2km ketiga.. jalan lenggang kangkung

owhh jadilah untuk orang yang dah lama tinggal aktiviti ini.. hihi

esok lusa harap ade semangat ini lagi.. InsyaAllah..


jangan bersedih.. Allah sentiasa bersama kita


Terjumpa video ini.. pertama kali mnghayatinya.. air mata tak berhenti mengalir..
beberapa kali melihatnya.. masih menangis..

Ya Allah.. Kau la tempatku mengadu kesedihan ini..
Aku bersyukur kau berikan kehidupan ini..
Deritanya hidup ini bakal terhapus dengan kenikmatan yang bakal Kau berikan di akhirat kelak. Amin.. 

Ya Allah Kau kuatkan semangat diri ini untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..
Sesungguhnya aku manusia yang lemah..
penuh kekurangan.. banyak kekhilafan..
Ampunkan dosaku..
Kurniakanlah ketenangan dan kebahagian kepadaku..


~~rindu abah sangat2... abah cepatlah sembuh... Ya Allah.. aku mohon kepadaMu.. makbulkan doaku ini.. baru ku sedar tiada siapa yang dapat tandingi kasih sayang abah melainkanMu yaAllah... Aku berharap yang terbaik tapi Aku yakin Allah telah takdirkan yang segala yang terbaik untuk diriku...~~



Monday, September 19, 2011

kenapalah perempuan suka merajuk~~~

kenapa ye??
sebab dah lahiriah memang camtu ke~~
sebab perempuan memang hati tisu ke~~
sebab perempuan datang period tiap2 bulan ke~
sebab perempuan mmg suka nak mengade2 ke~
sebab perempuan nak tarik perhatian ke~~
owhhhh
penatnye jadi perempuan dan yang paling penat orang yang berada dekat mereka~
penat kan melayan kerenah perempuan nie
tapi ade jugak perempuan yang kool.. penuh iman di dada...
owhh dah tentu la saya akan tabik spring kat perempuan itu..
dan betapa bertuahnya lelaki yang memiliki perempuan itu..
tak perlu susah2 nak pujuk kan..

tetapi kalau tak merajuk... macam hambar la pulakk..
hmmmm ntah lahhh~~~~~~



nak merajuk memang bole.. tapi janganlah selalu merajuk..
sehinggalah boleh mengundang kemarahan orang yang nak pujuk..
ye larhh tak gune merajuk kalau takde orang nak pujuk..
sedih kan?~~

artikel dicuri kat blog orang sebab saya keliru... saya seorang yang KUAT MERAJUK rupenye```

1-Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. 
2- Ianya melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga wujud di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Jadi, Kenapa Wanita mudah ‘membuat perangai’? Ada banyak sebab kenapa kita2 ni mengada ..betul x?? heheheh..Contohnya:

1-Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel.
2-Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3-Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka

Tetapi kita tidak perasan sikap sebegitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lain. Terutamanya pihak lelaki. Sedangkan wanita itu sendiri tak dapat kawal emosi dan sikap, apalagi lelaki. Lagi la tak faham apa yang kaum hawa nak sebenarnya.
  1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
  2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk melepaskan diri daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
  3. Lelaki akan bosan dengan sikap begitu dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka, berbanding ceria.
Contohla. bf korang tengah meeting, ada sesetengah wanita tidak akan duduk diam tau. Tidak puas hati selagi tidak tahu setiap perlakuan bf setiap masa. Ada yang akan telefon banyak kali , ada yang pasang spy, ada yang ikut si bf, macam2 lagi lah. (tapi saya tak macamni pun...huhuhu)

Jadi macamana nak kekang sikap ni daripada terus bermaharajalela??

1- orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Bukanlah lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri, atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku. 
2-Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sebab kalau dipujuk makin menjadi lah perangai kaum hawa..betul tak?? heheheh..Sebab hati wanita & perasaan ni susah sangat nak diduga kemahuannya.
3- Jadi,bila tak dilayan rajukan tu, sikap itu automatik akan terlerai sendiri. Dan kaum wanita itu sendiri terpujuk dalam keadaan paksa maybe?? heheheh
4- Tapi, perlu diingat bahawa apabila merajuknya bertempat, harus dipujuk tau

Takkan kaum lelaki jek nak pujuk perempuan kan?? Wanita pun memainkan peranan jugak.

1-Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.  
2- Menjadi matang secara slow2 termasuklah saya
3  Belajar bertolak ansur selalu 

~ Masa akan mematangkan diri anda semua~



Wednesday, September 14, 2011

hargailah apa yang kita ada sebelum dia hilang dari mata kita


Lumrah manusia kan~~~.. takkan hargai apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannya.. 
Bila dah tiada, barulah tercari-cari, terindu-rindu, tersedih-sedih, ternyesal-nyesal...


contoh paling 'common':

ibu: kenapalah malas sangat neh.. meh tolong ibu masak
anak: nantilah......

Akhirnya sehinggalah semua lauk dah masak.. si anak masih buat bodo je..
Si anak memang degil orangnya.. Tak pernah dengar cakap si ibunya..

Sebulan selepas itu,

Allah SwT yang Maha Penyayang mengambil nyawa si ibu.... meraunglah si anak melihatkan ibunya pergi takkan kembali.. Menyesal lah dia kerana tak pernah mengikut kata ibunya.


Ya betul... bila dah tiada kita baru tersedar selama ini segala apa yang dikata, segala perbuatannya, segala suruhannya dan segala kebaikannya tidak kita hargai. Bila di depan mata... tak pulak kita hargai.. 
 

tapi mungkin kehilangan tu adalah sesuatu yang baik untuk kita...sebab Dia berjanji...untuk mengganti sesuatu yang ditarik balik oleh Nya dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih indah..insyaAllah....dan selalunya sesuatu yang datang tu memang adalah sesuatu yang jauh lebih beharga dari apa yang pernah kita ada sebelum nie....



"Kadangkala Allah berikan kita hari hujan bersama kilat dan guruh...
Tapi selepas mendung berlalu...Allah akan menghadiahkan kite PELANGI yang sangat indah...
Allah berikan kita ujian untuk kita laluinya...
Tapi selepas kifarah yang datang...Allah akan menyediakan hikmah yang sangat baik untuk kite 
kecapinya..insyaallah..."

~Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada~~

Jangan sakiti mereka, jangan hamburkan kata-kata kesat, jangan menguji mereka tanpa ada keadilan, 
dan cintailah mereka seadanya, sayangi mereka selamanya dan berdoalah untuk kesejahteraan hidup mereka..

Wednesday, September 7, 2011

blog dan kesedihan

betul!! tepat sekali!! absolutely correct!!
dah lame tak update blog
bile terase nak update time tgh sedih, bile sedih terase nak update.. nak wat cmne kan

TRULY MADLY DEEPLY SAD~~~

tapi kali nie tamo cerita tamo kasitaw satu dunia..
biarlah kali neh ku pendam.. ececewahhhh
tak semestinye sedang berada dalam FASA ini saya kene tersenyum sampai pipi..
owhhh i can't accept those people yang perli2 saya..
dah jadi tunang orang.. mane bole kua2 dah.. mane bole lepak2 ngan kitorang..
kene jadi baik.. jaga tatasusila.. kene senyap2 kat rumah tunggu sampai kahwin..

owhhh.. kuno sungguh pemikiran mereka..

saya dah besar.. saya tahu batas2 pergaulan..
saya takkan tinggal kawan saya..

ntah la .. saya rasa semua orang macam nk jauhkan diri dari saya..
semua orang macam segan2 ngan saya..
saya rindu dorang..
but  ini bukan kesedihan sebenar saya..

saya sedih sebab lain.. sedih sangat2.. sangat2 sedih :(

Alhamdulillah..  saya dapat hadapi...
Thank u Allah..

Tuesday, August 16, 2011

bertemu ramadhan lagi

Alhamdulillah bertemu lagi dengan Ramadhan.
Mari kita sama memperbanyakkan ibadah di bulan ini ye..
Mana tau ini Ramadhan terakhir.. huhu

Beberapa hari lepas sempat pergi terawikh.. Lepas terawikh ada tazkirah..

Memetik kata ustaz,
" 15 hari terakhir Ramadhan adalah hari2 dibukakan oleh Allah S.W.T pintu keampunan, jadi mintaklah keampuanan daripada-Nya.. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani"


Saya harap dosa-dosa saya diampunkan.. Amin

1st step buatlah solat taubat (bila-bila masa je)
2nd step perbanyakkan amalan2 sunat yang lain di samping yang wajib
3rd step hati mesti berprasangka baik yang Allah S.W.T akan memaafkan kita


InsyaAllah.. hidup kita diberkati oleh Allah S.w.T


tak terlambat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan
dan tak terlalu cepat saya ucapkan Selamat Hari Raya.. weee =)

Maaf kalau ada salah dan silap
mintak diampunkan ye~~
manusia tak dapat lari dari melakukan silap kan~
Ya Allah.. Ramadhan ini bukan terakhir kan?


Luv-Luv

Tuesday, July 26, 2011

motivasi diri saya

bila kita sedih ada lagi orang yang lebih sedih
bila kita sunyi ada lagi orang yang lebih sunyi
bila kita sendiri ada lagi orang yang lebih sendiri
bila kita susah ada lagi orang yang lebih susah
malah ujian kita sangat sedikit jika dibandingkan dengan ujian yang mereka-mereka terima...

Kita?
Mengeluh je kejenye..
Bersedih je kejenye..
Rundum..
Tak bersemangat
owhhh.. saya alpa lagi..
Allah S.W.T bagi ujian sikit, saya dah lemau.
Patut bersyukur kan, Allah S.W.T bagi ujian sebab dia sayang kita.. uwaaaaaa
Dia tak biar kita sedih lama2.. Dia akan beri kita bahagia..
Sabar je ye!!

owhhh rambut yang paras pinggang sudah tinggal paras bahu..
tak sayang ke? sayang jugaklah.

Kene korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu kan.. hihi

owhh ok saya tak berjaya mendapat green light untuk pergi camping masa Ramadhan.. guna teknik pujuk 10 kali pun masih tak berjaya (tak reti pujuk kut..hihi)
rindu sangat nak camping.. :(

rindu kitak. kitak sayang kamek x?





Luv-Luv

Saturday, July 23, 2011

sebak sangat sangat sangat

Kenapalah saya tak kuat nak hadapi sorang2..
malam tadi tahan sebak
i dun wanna cry
i'm trying!!!

Saya tahu ramai je yang nak membantu cuma tamo menyusahkan orang terutama my family. Lagi2 dengan condition abah sekarang. Banyak pihak yg campur tangan pun boleh buat pening kapala. Our big day nanti gonna b a simple yet memorable. walaaa~

Yang penting tamo bazir2 duit sgt. Buat 2 in 1 majlis kahwin memang dalam kepala saya sejak dari dulu lagi. Sebelum ada encik tunang lagi. Bila tengok ramai kawan2 buat camtu.. nak follow gak..  Sudah utarakan kat my family tapi dibangkang. Kata mereka, macam takde mak bapak pulak.. Mungkin sebab sebelah lelaki org KL jadi mereka beranggapan begitu. So, just follow the ordinary way.. :( 

Bila fikir lepas kahwin lagi banyak nak guna duit, saya cuba belanja seminima mungkin utk majlis nanti. apa lagi DIY la.. hihi.. Biarlah orang kata saya kedekut.. peduli apa~~ Bukan diorang nak kahwin pun, bukan guna duit diorang pun... Keluarga saya bukan kaya pun nak buat "grand-grand". so buat sederhana mungkin tapi SWEET dan COMEL. lalala~

Siapa yang taknak majlis yang sekali seumur hidup tampak gah dan indah. Yang akan jadi bualan orang. Malah akan terpahat indah dalam hati sang suami dan sang isteri..haha    (geli lak)..    tak perlu lah semua tuh..

ok semua tu no hal la..

Yang ada hal ni bila saya memerlukan encik tunang untuk berbincang, untuk buat keputusan.. Dia takde. Nak hubungi dia memang tak boleh.. 2 minggu terputus hubungan. ehmmm ada gak la dia kol sebenarnya.. guna public phone kat situ.. handphone memang tak dibenarkan dibawa sama sekali.. uwaaaaaa...
Nak guna public phone tuh pun bukannya senang.. nak kena tunggu turn.. 
So hari ni dah masuk 4 hari tak dengar khabar berita dia.  I just wanna share something wit him but i can't. uwaaaaa..

Itu satu dugaan yang saya kene tempuh, untuk jadi kuat.. InsyaAllah..
Dan tak dependant sangat. Tapi kadang2 bila seorang, bila nak tidur mesti sebak.. Nyampah dengan diri sendiri.. So kene menjadi seorang yang BZ, boleh lupakan kesedihan. Saya tahu dia kat sana pun mesti tgh tensen gak tuh.

Mengemudi sebuah majlis kahwin bukan senang. Kalau ada wedding planner memang senang je kerja. Tapi kos la pulak kann.. Saya memang suka kalau sesebuah majlis tu ada tema.. Tak kiralah majlis sendiri ke orang lain. Tengah perah otak neh.. tungguu ye kawan-kawannnn.. hihi

Cuma sekarang neh tgh blur, nak buat kat rumah ke kat dewan.. Mama tengah bincang2 dengan abah dan tanya jiran-jiran.. 6 bulan je lagi.. Berdebar2 la pulakkk.. Hari tu tolong encik tunang tanya2 kan dewan yang available untuk tarikh 11/2.... banyak dah booked.. Awal betul diorang neh.. Ada satu dewan kat Masjid Salahuddin kat Taman Melati. Ramai yang dah verbally booked tapi tak bayar deposit lagi. So orang yang in-charge tuh ckp siape yang bayar deposit dialah yang dapat. Nak kene tunggu encik tunang call.. Tak tahu nak buat keputusan. :(    

eh lupa saya nak bagitau.. saya dah selamat menjadi tunangan orang..
14 hari sebagai tunangan org 
perasaan??
saya lebih behave kut??.. hihi yeke?..
Bila dah bertunang.. saya kene jadi lebih bersabar. Kurangkan sikit perangai suka merajuk. Yang penting give n take.. Byk dugaan yang bakal ditempuh sebelum nak berumahtangga kan... 

Pray for us ya~~
last but not least.. terima kasih ye kawan2 yang datang masa majlis ari tuh..terharu gue~~ tak lupa family belah encik tunang, mintak maap kalau ada terkurang apa2 ye..
thanx 4 accepting me... 
big thanx to mama, abah, GG, jemmy, banchik, e-one n eya.. Ain my sis in law...
n budak tecik danishh..  luv ya~~~
n sedare mare yg mbantu..





Luv-Luv

Friday, July 8, 2011

one more day to go

di saat ini saya tak henti2 batuk..
waaaaaaaaaaaaaaaaaa.... dugaan kedua ye..
tolonglah baik wahai batuk.. huhu
mustahil la kut nak baik esok..

owhh dugaan pertama, tempoh hari baju toootttt saya.. ehh toooottttt pulak..
ala.. baju tu....  baju tunang saya.. hushhhh..
kakak tailor tuh salah jahit..
tertukar dengar lining..
kiranya yg luar kat dalam dan dalam gie letak kat luar..
baju biru dah jadi warna hijau pulakkkk..
redha je.. akak tuh pun apa lagi rasa bersalah.. nak bukak balik n jahit..
saya malas sebab takut tak siap sebelum waktunya..

owhhh.. dah siap kah semuanya??
tamo piki tamo piki..
sebab ada beberapa lagi bende yang belum setel..
akan disetelkan sebelum esok...
owhhh esokkk bole x tukar jadi minggu depan ke.. hihi.. tahun depan??
owhh tidakk next year umo dah 30..

owhh.. berdebar tak hingat neh..
selepas esok dah bertukar status giteww..
geli makkkk.. nonnn
owhhh hope majlis esok brjalan lancar..
will update soon in my new blog ya!!..


kepada Si Dia,
Thank you for loving me. Thank you for accepting me for who I am, and who I have become.
Luv ya so muchy!!
(jgn muntah ye kawan2.. hihi)

Allah S.w.T mohon berkatilah kami..
Pulihkan kembali kesihatan abah..
Amin




      LuV-LuV

Friday, June 17, 2011

sukat jumlah kasih sayang

Salam,

Sesaje mengisi masa rehat di opis..
tapau je lunch sambil makan sambil tulis blog..
owhh diet low-carbo hancussss..
terang2 makan nasi goreng.. tak tahannya menghadapi dugaan hidup ini (ececewah over u)
cuba lagi minggu depan la nampaknya..

berbalik kepada tajuk di atas.. hihi..
kan best kalau kita dapat tahu jumlah kasih sayang orang lain kat kita..
takde ke orang nak cipta mesin sukat kasih sayang..
kalu ada sure saya grab dulu..

well kadang2 rasa.. terbagi kasih sayang melebihi dari yang sepatutnya..
kalau dapat tahu mereka-mereka punya sukatan kasih sayang sure la saya akan ikut mereka..
takdelah macam pipi tersorong2... (eh sambung la sendiri)
baiklah cik2 dan puan2 word of the day is iNSECURE

~INSECURE~
maybe saya ne jenis hati tisu.. cepat beno terkoyak... teremosional.. sensitif tak tentu pasal.. i tried to be kuat tapi tak boleh.. tensennnyeeeee~
duk teringat2 kat mereka2.. yang mereka2 tuh teringat kat kita jugak ke?..
pastu mulalah fikir negatif..  pastu mulalah sedih sorang2..
cuba untuk "give n take".. terima seadanya.. mungkin setiap orang berbeza caranya..
cuba untuk faham... cuba untuk tidak pentingkan diri..
sekarang memang tempoh mencuba.. kalu dah cuba banyak2 kali pun tak berjaya... nak kata ape~ REDHA .. Allah s.W.t  dan tentukan yang terbaik untuk kita..


hmmmm.. well preparation tunang dah almost done..
ada la beberapa masalah yang belum diselesaikan..
baju tunang pun dah siap.. esok boleh ambil. yeayyyyy

last but not least... saya mohon abah kembali sihat.. saya nak dia gembira sebagaimana yang saya rasa.. huhu =(
 
 
      luv-luv

Monday, June 13, 2011

blog walking

Salam,

Sekarang dah malas sangat nak update blog..
kadang2 rasa macam banyak je idea nak tulis.. tapi bila tiba time nak tulis idea hilang entah ke mane.. hihi~ perasan tak? kalau saya tulis blog mesti pasal luahan rasa yang tengah sedih, keciwe dan tak puas hati.. hihi.. maknanye kalau tak update blog... hati sedang gembira lah.. warna otak colorful macam pelangi ke?
tak jugak... ~~~ macam takde mase sangat.. huhu..  ini pun kebetulan di Ipoh.. hoho.. balik kampung ~~
kalu balik saya memang tak reti nak kluar rumah.. duk memerap je.. unless kalau kene g kenduri ke ape~

dan hari ini ada kenduri.. berjumpa sedare mare
owhh awww...d' story had spreaded out so quickly among makcik2... hihi.. instead of asking me bila nak kahwin? atau soalan yang sesame dengannye...di mana akan membuatkan saya terkulat2 untuk bagi jawapan.. now diorang dok tanye... ada orang nak datang tengok ye?~~ (haha... cam zaman dolu2 lak...) pastu siap peluk cium.. owhhh mereka sangat bergembira..
terharu gue... SYUKUR~~

sekarang rajin sangat jalan2 blog orang... terutama B2B punya blog... b2b? hihi b2b tu Bride to Be... 
hihi..memang membantu la jugak bagi sedikit gambaran dan persediaan utk ke arah ehem..ehem.. sebelum ni buat deQ je..  kene rajin2 tanye kawan2 yang dah jadi bini orang~mulalah nak wat satu blog macam diorang... bolelah mintak pendapat dorang.. kongsi idea dengan bloggers b2b lain... dan sebagai guideline untuk saya.. adalah nampak sikit perjalanan ke arah alam yang satu lagi tuh.. hik3~~ 

cerita pasal bab kahwin neh.. eh kahwin? hihi.. cam tak caye lak dah nak kahwin.. Ade mase 7-8 bulan lagi.. hope berjalan lancar..AMIN.. kalau bole nak yang simple je tapi memorable.. wahhh.. semua pun nak guna sentuhan sendiri...DIY or do it urself~~ lebih jimat kan~~~ dan memberi kepuasan yang berganda2.. lagi2 kalau dapat pujian dari orang sekeliling.. harapan je lahhh.. hihi

sekarang pun dah pening2 nak memikir pasal TUNANG... pada asalnya saya memang tak berminat nak bertunang neh.. kahwin terus je~~ tapi si DIA mahu bertunang..  ikut je lahh.. padahal dalam hati takut ok~ alam bertunang neh banyak dugaan kan~~ nauzubillah... Mintak2 lah dijauhkan... huhu

belek punya belek.. i found this;

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

dirahsiakan?? nampaknye kene limitkan siapa yang nak datang untuk majlis tunang saya..
reason kenapa perlu dirahsiakan adalah untuk jaga nama baik kedua-dua keluarga.. mane tahu putus di tengah jalan.. huhu.. malulah nanti..  baru FAHAM!!

nak buat blog baru ... hihi.. blog ni still ade.. cuma yang satu lagi more to preparation untuk kepak kepak.. kepom kepom.. ecece~ (ye-ye o je) saya dan si DIA..


ini pre-intro banner untuk blog baru tuh~~ tamo rahsia2 dah~~ ahakss..






   luv-luv

Saturday, May 21, 2011

sebelum kursus itu

malas n tade mood nak update sebenarnye..
tapi macam tade ape2 nak buat..
jadi update je lahh
kalau nak bace.. ataupun terbace.. selepas bace tak payah la nak kutuk ye..
tak suruh pun bace...

kursus ape ek?
hehe.. tungguuuuuuuuuu
tak sangke dapat pergi kursus dengan dia
actly tengah sangat berdebar..
sebab tak pernah pergi kannnn...
mase zaman belajar membe2 ajak pergi..
tapi bagi alasan nak pergi dengan bakal.. haha.. poyo gile time tuhhh..
better pergi ngan bakal la kuttt...
supaya lebih memahami dan boleh saling berdiskusi
tak gitu??

GTG... nanti sesambung lagi 


 

Thursday, May 12, 2011

bernyawalah HIDUP!!

ambil tanpa kebenaran dari blog kak RONA 




Friday, April 29, 2011

iPad 2 is here!!


lalalala...
whut i've been waiting for~~
 now it's here!! yeayyyyyy






nak!! nak!! nak!!
siapa ye yang bermurah hati nak bagi ye..
ku pingin bangat neh~~

Thursday, April 28, 2011

4 hari tanpa dia

apa ye yang saya rasa sekarang??
mencuba untuk belajar hilangkan rasa sekarang
rasa ditinggalkan
Alhamdulillah saya boleh hadapinya.. tak nangis pun~
senang je... bila ada kawan di sisi yang riang-ria, bila ada kerja yang perlu dibereskan, bila banyak benda yang lebih penting untuk difikirkan~~
my loneliness dissapeared!! yeayyyy~~
tapi cepatlah balik ye encik... huhu

jumaat ni naik gunung lagi... yeahoooo (salah satu cara hilangkan loneliness jugak)
kali ni Gunung Yong Yap
bagi info sikit ye... :)

Gunung Yong Yap (YY)
dekat ngan Tasik Temenggor (largest man-made lake kat Perak)
bersempadan ngan Perak n Kelantan
tinggi 2167 m @ 7110 kaki
ada kes orang hilang pada tahun 2009 tak dijumpai sampai sekarang
klik SINI

Doakan saya!!
Hope dapat takluk gunung-gunung G7
lepas YY ne saya tinggal 3 lagi gunung G7
yang dah konker; Gayong, Korbu dan Yong Belar
yang belum konker; YY, Ulu Sepat, Chamah dan Tahan
kalau dah habis G7 boleh fikir untuk aktiviti lain pulakk.. :)

Hari ini dah masuk 4 hari duk naik-turun tangga 10 tingkat kat opis..
nak gain stamina untuk naik YY..
nak jogging dah tak sempat..
barang2 pun tak packing lagi
owhh nasib baek esok 1/2 day cuti..
seperti biase, hati berdebar-debar..
tamo jadi perkare yg tak best.. seperti kaki masuk kuman.. hihi
bole rujuk entry INI
jumpa balik hari rabu nanti ye!! hari selasa pun cuti

owhh hampir lupa
semua tahu kan pasal ESQ
hari tuh hangat kan isu haram itu
akhirnya fatwa menyokong ESQ diteruskan

"ESQ adalah lembaga training sumber daya manusia yang bertujuan membentuk karakter melalui penggabungan 3 potensi manusia yaitu kecerdasan intelektual, emosional, dan spiritual"

Syukur saya terpilih untuk menyertai program ini. Sebenarnya semua staff diwajibkan pergi. So nak tanak, memang kene pergi la.. Persepsi saya terhadap program ini ialah menangis beriye2 sampai bengkak2 mata. Jadi saya sudah besedia!! hikhik

Tapi bila berakhirnya program ESQ.
Persepsi saya salah.. bukan nangis semate2... pengisian dari ESQ yang penting..
tapi terpulang lah pulak ngan cara penerimaan kita.. setiap individu kesannya berbeza.. Saya tak nangis banyak pun.. saya pun pelik sebelum ni saya jenis yang mudah berair mata..
tapi sedikit sebanyak terasa juga..
yang paling buat saya tersentuh

kita hanya nampak betapa gahnya bumi dan cantiknya matahari, bulan, bintang
kita hanya nampak udara yang memberi kehidupan
tapi kita tak pernah menyedari di sebalik kejadian itu siapa yang berkuasa..
Kita lupa, kita alpa, kita lalai...
AstaghfirullahalAzim~~

lepas YY mahu berdiet..
harap berjaya kali ini
berdiet dan berjimat
kombinasi yang sangat mantop gitu..


owhhhh selepas ini jadi BZ like a beeeee :)










Friday, April 15, 2011

kahwin?

owhhh..
sebegitu cepat kah..

mulalah keluar simptom2 neves kronik
macam nak pergi buat public speakin
well ini lagi teruk la!!
jantung dug dag dug dag..berdebar2
tak boleh tido.. ngade2

dah ready kah saya nih??
sepatutnya dah la kan..
umo dah late 20
takde mase nak main2 lagi

masalahnye saya suka main2
but now i have to b seriyes la plak
cecube

ehmmm..
ini saat yang saya nanti2kan
bukan saya je.. setiap orang pun kan..
berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri
how sweet kan..

lagi2 dapat kahwin dengan org yang kita cinta..
dan dia pun cinta kita..
wahhh... uwekkkk
cukup2.. hik3..jiwang karat la pulakkk..
sejak bile jadi jiwang neh..

kalau boleh nak kahwin tahun ni bak kate die..
owhhh pengsan!!!
boleh ke saya jadi isteri orang neh
ok fine..
mak orang...
owhh tidakkkk.. tak boleh bayang dah..


nak pergi kursus kahwin pun gerun
camne neh..

cepat kan

saya kawan ngan dia setahun lebih
saya pendam rasa hampir setahun
saya ehem2 ngan dia dalam masa sebulan
sekarang dah rancang nak kahwin

tarik nafas dalam2

Ya Allah
Kau berkatilah perjalanan kami
Semoga kekal selamanya


Luv him so muchy
hope tiada halangan lagi ye

~aduyaii kat manalah nak start neh~
dahla spesis nak perfect

ape2 pun saya kene bagitau family dulu
belum bagitau lagi neh
cmne plak nak bgtau neh..
aduhh..aduhh..







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails