Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, February 7, 2011

danish dah setahun.. cepat lah besar ye!


epi besday danish sayang yg muchuk2
dia sangat menggeramkan
dia sangat membuatkan saya tercari2 dia bila takde
owhhh..
balik KL jadi sunyi sepi
balik KL mesti nak rasa sedih
nanges lagi.. huwaaaaaaaaaaaaa

ok sekarang tengah malang bertimpa2
cuba bersabar
mujur ada kawan2 di sekeliling
terima kasih tak terhingga :)

hari tu masuk Gua Tempurung dan naik Gunung Irau
hati suka
terima kasih juga kat kak Ili bawa saya jalan2..
luv ya!

owwhh saya tersentuh dengan dia tapi saya tak jatuh hati pun kat dia..



Monday, December 6, 2010

sambungan danish mat kipas

sila rujuk entry 
lupa nak tunjuk gamba bukti Danish seorang Mat Kipas
inilah dia


jumpa lepas ne sure saya gigit hidung dia

Sunday, November 28, 2010

danish mat kipas

danish a.k.a mat kipas
sebabnye

dialog kitorang: danish mane kipas?

automatik kepala dia akan pandang atas..

haha.. tak bole tahan.. 

rindunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

raya haji hari tu dapat jumpa mat kipas dan dapat buli dia dengan rakusnya.
~ rindunye nak buli dia~
acara membuli dia












*siap la kalau jumpa dia lagi*

Tuesday, September 14, 2010

Raya dan Danish

just wanna express how sad i am coz Danish, my only niece had said goodbye yesterday, balik to his other nenek and atok. Dah tak boleh buli budak bulat ini. Tak reti duduk diam. Rasa nak gigit-gigit je hidung dia.Gonna miss him~~ kembali sunyi

Saturday, July 24, 2010

adik saya yang tabah

membuat muka bajet kiut Otw menghantar adik saya yang tabah..... (Abaikan orang belakang yang sibuk BerCINTA.. kih..kih)



Lupa pulakk.. ini aktiviti sebelum bertolak.. buat cup Cakes yang comel... hik..hik.. untuk bekalan adik saya yang tabah dan kami yang 3 orang itu.




Cup cakes yang siap dibakar.. NYum..Nyumm.. budak itu salah seorang yang penat lelah menjayakan misi CupCakes.. saya?? mestilah memainkan peranan utama.. i'm the Chef for the daY.. kih.kih. padahal setiap seminit tanya mama camne nak buat~~



Saat menghantar adik saya ke asrama.. Dia baru berumur 13tahun. nama Iliya Zakirah.. Boleh panggil dia E-ya... Dia tabah.. Saya tak setabah dia.. Sebab saya tak pernah duduk asrama sepanjang saya bersekolah dulu.. hehe... tipuuuuuuuuu.. saya pernah duduk asrama masa Form 4.. tapi sebulan je tahan.. kih..kih.. siap ugut mama..taknak belajar kalau saya dibiarkan di asrama... saya memang tak tabah.. 

Wednesday, July 21, 2010

Thursday, July 8, 2010

marilah undi my Danish


Budak bulat yg ku cayang sangat ne masuk Peraduan Bayi Bulan ini di Majalah Pa&Ma.. hehe

Kawan-kawan silalah undi my anak sedara yang comel ini.
comel macam aunty die tak??
hehe..


Idzril Nur Danish Bin Izlizil Ikram
5 bulan




Tuesday, July 6, 2010

Allah S.w.T sayang kita

selalu sangat sebut mati..
nak sangat kan...

syukur Alhamdulillah saya masih hidup..
masih boleh berjalan dengan kaki sendiri yang suka lenguh2..
masih bole tersenyum walaupun terpaksa..
masih boleh bersujud mengadapNya walaupun kadang2 jiwa kosong menipiskan sedikit kekhusyukkannya.


Malam tadi saya ke Tanjung Malim.. (saya bawak selaju-lajunya sambil nangis2.. entah rasa sayu sangat2.. kadang2 terfikir nak langgar je divider.. tapi saya buangkan perasaan tak betul tuh... Nauzubillah..)
berjanji dengan Onchu (Mak sedare belah abah yang bongsu) untuk hantar Adik (sepupu) ke Kolej Profesional Mara di Ayer Molek...
Seawal jam 4 pagi saya bertolak dari Tanjung Malim..
Malam tadi dah tak berapa nak lena tidur..
bayangkan tahap laloknya camne kan..
bila kene bangun seawal itu
ditambah memandu di lebuhraya utara selatan yang agak membosankan.


Entah kenapa mata ini rasa mengantuk sangat..
cuba menukar siaran radio beberapa kali..
mencari lagu yang catchy..
berborak dengan onchu..
kadang2 juga adik mencelah..
tapi masih ngantuk..
tahan..tahan..

Ya Allah... tetiba tak sedar..entah camne saya boleh terlelap..
nasib baik sempat mengelak dari melanggar divider..
nasib baik juga tiada kenderaan di sebelah..
Terus berdebar menggila..
istighfar..
Kalau aku seorang takpelahh...

Yang pelik kejadian ini berlaku 2 kali..
nak sangat kan..
Saya bukan apa.. nak mengejar masa..
nanti lambat lak si Adik tu mendaftar..
Akhirnya saya mengalah berhenti di R&R..
minum secawan nescafe...
terus segar biji mata..

Cuma nak beritahu korang..
Kalau mengantuk ketika memandu berhenti tidur sekejap.
sayangi diri anda dan keluarga anda..
kalau tak sayang diri sendiri pun..
ingat ada orang yang sayang anda.. huhu


Wednesday, May 26, 2010

sekali lagi ke?

cuba terus terang
cuba je sekali terus terang
susah sangat ke?
ikut je la jalan lurus.. kenapalah pergi ikut jalan bengkang bengkok tu..
yang terseksa
saya ok!


___________________________________






hey budak yang saya sayang
suka nak peluk-peluk
suka nak menempel dengan saya
kakak yang comel ni nak ucap selamat hari lahir yang ke 18
jangan nakal-nakal
jangan ngade-ngade
dah besar panjang dah
so fikir masa depan
solat jangan tinggal k
luv ya!! ♥

hadiahnya ialah percutian ke broga hill!! :)



Wednesday, February 24, 2010

foto terbaik # 1




foto diambil pada raya tahun lepas
seorang budak lelaki tiada dalam foto
tukang foto sangat best
budak lelaki itu adalah tukang foto
jadi budak lelaki itu sangat BEST









Wednesday, February 17, 2010

Danish lagi... :) yang ke 10 hari

~maklong & Danish~ comelkan kami berdua? (sila muntah dengan statement tersebut)


~Danish suka tidur.. hari-hari Danish tidur~

~macam tau je orang nak tangkap piC dia, sibuk je pandang camera, Mak Ndak tetap maintain~


~sekali dia buka mata.. luas je..pastu muka tak berperasaan.. kenapalah Danish comel sangat..~

~ masa ni saya kacau² dia bagai nak rak ok.. tapi bole dia sambung tidur..~ Mata Danish bukti~


~cakkk.. hehe..muka pura² terkejut~

~sekali lagi tidur dengar bergaya~

~Danish tidur tapi senyum~

~Onchu pun tak terkecuali berposing bersama little Danish~

~"biar ribut melanda..biar pakcik² makcik² menganggu tidur saya..ada saya kisah?..tidur lagi best..gud nite semua..Danish nak tidur dulu..zZzZzz", kata Danish dalam hati~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails