Friday, June 4, 2010

S.a.K.i.T

Balik-balik je dari hospital... kepala pening-pening
badan tak sedap macam nak demam..
padahal sebelum pergi ok je.. huhu

Kisah Kaki
Seawal jam 8, saya sudah bersiap-siap ke hospital.
Nasib baik jalan tak sesak sangat mengharapkan perjalanan seterusnya lancar juga.
Saya terus ke kaunter pendaftaran bertanyakan tentang temujanji saya dengan doktor yang bertugas. Alhamdulillah tak sampai beberapa minit nombor saya dipanggil berjumpa doktor.
Ingat lagi nama doktor tu dr. Izan (pakar orthopaedic).. yang penting hensem ok... (sempat lagi saya neh..sudah semestinya untuk menaikkan semangat yang down gileeee)

Tunjuk terus kaki saya. Doktor terkejut juga.
"whut happen wif ur leg?"

"huhu... saya terlanggar kayu beberapa kali doktor masa naik gunung. Bengkak bila balik jadi macam ni..
Yang saya ingat pacat gigit kat tempat bengkak tu"

"no wonder la... kaki awak ni mungkin dijangkiti kuman. pacat tu merembeskan bahan kimia masa dia gigit. Pada awalnya darah tu beku bila terkena bahan kimia darah tersebut merebak. tapi takpe kita buat blood test dulu"

Saya pun pergi buat ujian darah. Tunggu keputusan pun lama juga sampai berbunyi2 perut tahan lapar. Hampir pukul 11 keputusan pun keluar. Dr. Izan panggil lagi masuk. Dia cakap memang ada jangkitan kuman dalam darah. Tapi masih di peringkat awal. Makan ubat insyaAllah boleh pulih sedia kali. Tapi dia risau juga sebab dia nak pergi luar negara, 13hb baru dia ada. Dia suruh datang lagi 14hb Jun untuk rawatan susulan. Selepas ambil ubat dia suruh masuk jumpa dia lagi.
Tak kisah la doktor... 10 kali masuk jumpa doktor pun saya sanggup.. hahaha
Dia explain betul2 cara makan ubat. yela pasni die takde nak pergi oversea..
Antibiotik sampai dua.. Tahan sakit pun adan dua jenis.. huhu
In case kalau teruk.. (cuak seketika)

Bermulalah hari-hari selepas ini bertemankan ubat.
semoga sihat semuanya..
lambatnya 14hb neh.. hehe
 

 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails