Thursday, January 21, 2010

campur-CAMPUR


mari belajar mengenal perasaan melalui gambar

gambar 1:
Saya senyum sebab puas dapat main futsal tapi awal2 pancit sebab dah beberapa minggu tak main.. kaki terpeleot.. bagus sangat esok sure pergi kerja dengan kaki terhencut-hencut @ terkangkang-kangkang~~ (sungguh kurang sopan, maafkan saya)

gambar 2:
muncung mulut sebab menci.. esok kene pergi kerja..kene menghadap kerja..sejak akhir-akhir
ini buat kerja serba tak kene.. buat kerje tapi hati kat tempat lain..jiwa jerit macam orang
meroyan tanda protes.. balik rumah pun kene buat kerja kat opis.. sangat tak tahan.. sekarang
baru tersedar dah silap.... saya bukan jenis yang duduk atas kerusi mengadap pc berjam-jam..
saya rindu kerja lama buat audit.. boleh jalan sana-sini.. sebenarnya masa zaman sekolah2 saya bercita-cita menjadi pereka fesyen tapi tak kesampaian sebabnya saya memilih ke bidang yang katanya profesional.. sekarang menyesal~~ takpe2 saya cuba mempositifkan diri.. chaiyok eza! saya bagi masa untuk diri saya setahun lagi~~ tapi setahun macam 10 juta tahun..

gambar 3:
ini wanita selekeh.. saya sebenarnya tengah cuba mencari identiti diri.. kunun-kunun macam
nak tukar imej la.. mahu jadi perempuan yang sopan dari segi berpakaian.. boleh percaya ke?
.. rasanya dah banyak kali buat azam ni.. tapi tak pernah berjaya. saya tengah cuba try test ni.

gambar 4:
senyum tak ikhlas.. hati gundah gulana.. abah kembali seperti dulu??.. saya buntu.. saya takut menghadapi kenyataan..sebab itu saya diam tanpa khabar.. sebab saya takut terima kenyataan abah sakit balik.. ini bukan sakit biasa tapi misteri... tahun lepas terjadi dan tahun ini kembali lagi.. saya sangat sensitif bila bercakap mengenai abah.. Ikhtiar terakhir berjumpa Harun Din.. dan berserah pada Allah swt.

gambar 5:
mata lebam macam kuntilanak..(seram plak rasanye)... pastu ada bintik2 hitam di muka..ada ke orang nak kat saya??.. haha..
kene cari hantu juga baru sepadan..

gambar sesat:

huhu.. kuku ibujari kaki saya jadi seperti itu.. korang jangan nak muntah k.. lepas balik dari mendaki Gunung Stong.. ia bertukar kaler.... malu sebenarnya.. ini gara2 kaki terhimpit lama dalam kasut.. Gila seksa nak turun gunung bila malam dan hujan lebat.. cuba bayangkan... dah la takut licin pastu kaki lak sakit.. gara-gara memakai kasut yang salah~` sebenarnya kesian BATA saya terpaksa mngharung lumpur-lumpur tapi bertahan tanpa tercabut tapak.. sayang kamu la kasut.. sehingga sekarang masih boleh digunakan untuk main futsal dan tak lupa juga punggung saya yang beribu kali jatuh mencium bumi.. rasanya masih boleh digunakan.. haha..
kaki pula macam dah lemah.. buat aktiviti sikit mesti nak rasa terkehel... huhu.. tapi saya tak
pernah serik.. mahu lagi ok!

gambar-gambar takde perasaan:


sekian sahaja pembelajaran untuk hari ini ye murid-murid. Jumpa lagi kalu ada jodoh. Kalau takde jodoh redha je la ye..

2 comments:

  1. gambar 2...bg ms setahun..skrg da bulan 10..tgl 2bln je lg..adakah misi anda mghampiri kjayaan..huhu

    ReplyDelete
  2. huhu.. hidup masih sama..entah bila la nak better~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails