Thursday, January 28, 2010

mintak maap saya blur sangat-sangat

Saya terpenat sekejap... Sudah lama penat..
Bukannya berhempas pulas membanting tulang pun tapi penat jiwa..
Bilalah nak jiwa suka hati pula...??

Semua lelaki berhati kaca ke?? Atau saya yang macam kaca..
Maklumlah mahu jadi permata tapi tak layak langsung..

Sekarang saya rasa saya tak perlu mereka yang cuma bermain dengan hati saya..
Ingat barang mainan ke? Kalau mahu kata mahu..
Kalau tak mahu tolong pergi jauh-jauh..
Tapi bila mereka jauh saya ternanti macam orang bodoh..

BODOHituSAYAmemangBODOHnyaSAYA

Terkejut bila Fahrin Ahmad yang macho itu menangis teresak-esak macam budak kecil dek penangan perempuan.. Sangat tidak percaya..Agaknya lelaki zaman sekarang berhati kaca..
Saya langsung tidak ada masalah dengan lelaki sebegitu.. Tak hipokrit dengan perasaan sendiri..Saya kesian dia..BOOoooooouuuuuooo kepada Linda Onn..

Saya cuma bermasalah bila lelaki suka merajuk tak tentu pasal. Geli-geleman saya dibuatnya.
Lelaki merajuk?? sungguh tak diterima akal fikiran saya.. Macam tolakan ion-ion dari jenis yang sama...MINTAK MAAP.. kadang-kadang saya blur.. kadang-kadang saya buat tak tahu.. Kadang-kadang saya dungu..

Tadi kami bertiga berdiskusi tentang lelaki idaman kami.

Si Wanita yang bakal berkahwin mengidamkan lelaki yang:
  • HENSEM
  • KAYA
  • Ada gaya macam BUNG MOKHTAR

Si perempuan yang tak sabar nak berkahwin tetapi masih solo mengimpikan lelaki yang:
  • BERIMAN (dapat membimbing ke jalan yang diredhai dunia akhirat)
  • EDUCATED

Si budak yang perasan masih comel dan muda yang takde perasaan nak kahwin..hidup single macam best tapi masih suka lelaki yang:
  • NAKAL tapi BERIMAN
  • NOT NECESSARY EDUCATED tapi pandai cari duit OK!!

*malangnya si wanita yang bakal berkahwin tidak mendapat bakal suami yang memenuhi ciri-ciri idamannya tapi yang pelik dia masih terima seadanya sebab itu adalah JODOH dia..

JODOH silalah datang tahun ini.. hmmm silap sebenarnya sila datang tahun depan.. ehhh bukan juga sebab rasanya belum bersedia lagi..

Siapalah jodoh saya.. Kalaulah boleh dipertunjukkan cuma sekali sahaja siapa jodoh saya.. Alangkah leganya..
Sekali yang datang lelaki yang bernama Mohd Jodoh da.. Saya terima terus..
Sah!!


MAHU BERFESYEN DENGAN MENGGILA TAHUN INI.. TUNGGU!!!

3 comments:

  1. Izza, akak pun kesian kat Fahrin. Jahatla LO tu, now dia leh nak heret Scha yg kononnya kwn baik dia tu, huahuahua... Btw, Fahrin menangis bukan kerana LO, tapi kerana mengenangkan mak dia kat hospital yg tgh sakit, diasak dgn soalan2 tentang anak dia kaki pukul. Tu yg Fahrin sedih tu.

    :: Jom berfesyen dgn Asterisk Boutique... hehe...

    ReplyDelete
  2. saya sokong fahrin n Asterisk Boutique! yeayy!!

    ReplyDelete
  3. sy harap juga jodoh dtg tahun ini :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails