Wednesday, March 17, 2010

bercinta dengan Malaysia

Baru 5 hari di negara orang saya dah macam lipas kudung
Tak senang duduk.. Tak selera makan.. Tak lena tidur..Teringat-ingatkan tanah air yang kunun-kunun
sangat dicintai..
Sebaik sahaja sampai di Kota Lumpur ini saya terasa amat puas. Lega tak perlu digambar lagi..
Bersyukur sangat-sangat selamat juga sampai. Entah kenapa percutian kali ini tak begitu menyenangkan.
Kebetulan saya ambil cuti sehari untuk rehat di rumah..Petangnya berjogging seorang diri di Tasik Permaisuri sambil menhirup udara kotor Kuala Lumpur. Yang pelik saya rasa segar pula..


________________________________

Ceritanya bermula begini. Maaflah jika cerita ini meleret-leret sebab saya tak beberapa pandai berbahasa melayu. Bahasa Inggeris apatah lagi. Jadi layan je la sesiapa yang mahu layan ye!
Percutian ini telah lama dirancang bermula dengan penempahan tiket Air-Asia 7-8 bulan yang lalu. Tiket
hanya berharga tak sampai RM150 untuk seorang bagi perjalanan pergi balik Jakarta-Kuala Lumpur. Wah sungguh menjimatkan.. Lantas menempah tanpa banyak fikir memandangkan kami ingin jadikan Bandung tempat percutian tahunan kami. Tahun lepas di Bandung menerbitkan kenangan yang terindah jadi kami ingin mengulang semula. Kali ini destinasi ditukar atur ke Jakarta dahulu sebelum ke Bandung~~

Ahli-ahli Rombongan;
Meed (d' pemimpin)
Norie (d'treasurer)
Lida (d' ahli yg comel)
eza (d' ahli yg comellezz)

Tentatif program;
ikut suka hati kami ;) (5hari 4malam)

Bajet;
makan-penginapan-pengangkutan = RM450

shopping = terpaksa dirahsiakan :) weeee~~



Hari pertama
Seawal jam 5.30 pagi kami bangun.. al maklumlah perlu berada 2 jam awal sebelum berlepas pukul 0950 di LCCT. Kalau tujuannya berpoya-poya memang sangat senang bangun pagi, cuba hari itu hari bekerja..Subhanallah malasnya.. :)


Saya pilih menu Big Breakfast Mc D yg cukup besar untuk menampung perut yang agak besar, bulat dan lebar ini. Sehari sebelum berangkat kami membuat tukaran asing yang amat jarang sekali dibuat. Bagi memastikan kami menang membeli, tempat-tempat seperti Jalan TAR dan masjid India adalah tempat yang tepat untuk mendapat kadar tukaran asing yang lebih rendah. Ini hasilnya;


1 juta rupiah=RM368.50 (2009) <---- sila ke ARS Sdn Bhd, Jalan Masjid India kalau mahu tukar duit.. paling murah kut~~
telah meningkat dari
1juta rupiah=RM344 (2008)

dan sebagai pakar ekonomi saya menjangkakan ia akan menurun pada tahun depan supaya saya boleh shopping dengan sakan lagi ........i wish~~~~~~ huhu
tekan SINI untuk ambil tahu faktor pergerakan FOReX.

meleret bukan???..


Baiklah sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, saya sedar dan terbangga dengan KLIA Sepang yang gah kerana kita jauuh-jauh ke depan berbanding mereka.

Kami berempat berpura-pura berani sedangkan dalaman hehe.. faham-faham je la..4 dara pingitan di negara orang, tiada pemandu pelancong k.. kami bergerak sendirian berhad. Buat-buat pandai~
Tolong jangan percaya dengan supir yang menawarkan khidmat pengangkutan mereka~



SAY NO TO HIM!!



Sila ambil teksi dan jangan beritahu kemana anda mahu pergi selagi belum berada dalam teksi.... :)
Kami menginap di Hotel Alma yang hanya 5 minit berjalan kaki ke Tanah Abang (Pusat membeli belah yang terbesar di Asia Tenggara).
Lalu apa yang ditunggu lagi.. misi perlu dilaksanakan..
Letak beg sahaja kami terus berjalan kaki ke Tanah Abang.
Peniaga-peniaga tepi jalan yang tak jemu menawar hasil jualan dan jalan yang amat sesak dan bersimpang siur menemani perjalanan kami ke sana. Tujuan ke sana hanya untuk tengok-tengok..tapi berakhir dengan membeli 2-3 helai baju.

Di sini mereka menutup perniagaan awal mengikut waktu bekerja.
Takpela esok masih ada.. sabar-sabar~~
Malamnya kami ke Taman Anggerik. Tempat shopping golongan berkasta tinggi. Ala-ala Pavilion di Kuala Lumpur.Di sini perbezaan kasta amat ketara. Yang miskin sangat miskin, Yang kaya sangatlah kaya.


Hari kedua

Masih di Jakarta. Menyudahkan misi di Tanah Abang.
Keluar awal pagi balik lewat petang.
Macam pergi kerja cuma bezanya kami lebih penat.
Mana taknya hampir berjaya menakluki 10 tingkat kompleks membeli belah Tanah abang.
Sesungguhnya 1 hari tak cukup.
Tangan penuh dengan plastik beg. Mulut penat sebab setiap kali membeli kene menawar.

Lumrah la kan..
Memang tak logik la kalau tangan kosong kan..hehe
Okla satu lagi yang saya bangga menjadi anak Malaysia.
Upin dan Ipin sangat popular di sana.
Asal kami singgah kedai je, asal kami lalu je, mereka tak habis-habis bercerita pasal upin & ipin.
Betul..betul..betul.. :)
Saya pun belum tengok lagi filem Upin & Ipin. Booooooo kepada saya.
Bukan tak sokong tak sempat.. hehe


Sumpah penat tapi malamnya sempat ke Senayan City..
Juga tempat membeli belah orang berkasta tinggi.
Kami? hanya singah makan-makan.
Kawalan keselamatan memang sangat ketat di Jakarta.
Setiap kali kereta masuk akan diperiksa. Beg kami juga tak terkecuali.
Malam lena sampai ke pagi.




Hari ketiga

Betul kami masih di Jakarta. Yang lagi betul kami masih berjalan-jalan terkedek-kedek ke Tanah Abang..
Semalam tak sempat beli sesuatu untuk abah. Beli barang untuk abah tapi bila nampak kain-kain, gugur iman saya.. Tak tahan la. Beli lagi sedangkan semalam dah beli berpasang2... keperempuanan betullll!!
Rancangannya pagi ke Bandung tapi terpaksa ditangguhkan.
Tengah harinya kami bertolak ke stesen keretapi Gambir. Sengaja memilih pengangkut
an ini kerana lebih menjimatkan di samping dapat melihat permandangan yang cantik sepanjang 3 jam ke sana.
Rindunya Bandung. Bandung tak sesesak Jakarta. Bandung lebih tenang~~ juga boleh dipercayai
Setibanya kami mencari supir untuk ke Hotel Orange yang ditempah beberapa hari sebelum ke sini. Rupa-rupanya diberitahu oleh supir, hotel Orange sangat jauh. jadi kami mencari-cari hotel lain.
Akhirnya kami menginap di Hotel Karmila betul-betul terletak di Jalan Dago. Memang sangat dekat dengan factory outlet, KFC, Pizza Hut, Dago Plaza cuma harganya agak mahal.
Kami bercadang esok kami ingin berpindah ke hotel yang lain yang lebih murah.


Malamnya ke factory outlets di Jalan Dago menaiki angkutan. Memandangkan kami sudah terbiasa sejak tahun lepas dengan angkutan jadinya tiada masalah bagi kami.



Hari keempat

Makan tengahari di Plaza Dago meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri kami. hehe
Nasi Liwet namanya.. Sumpah sedap.
Saya makan hingga ke keraknya..
Jangan lupa singgah di sana untuk cuba.
Tak rugi langsung.

Kami pindah hotel.
Hotel Karmila memang selesa cuma menu breakfast sangat simple~~
Kami ke Wisma Pertamina.
Murah jadi kami terima seadanya.
Petangnya berjalan ke factory outlets sekitar Bandung.
Jalan Cihampelas, Toko 3, Kartika Sari, Rumah Mode dan akhir sekali menjamu selera di Kampung Daun.
Mengulang lagi kenangan tahun lepas.
Cuma kali ini kami tak betul-betul menghayati sebab dah terlebih melantak nasi liwet tengah harinya.

Malam yang terakhir di Bandung untuk tahun ini.:)


Hari kelima

Menanti keretapi untuk balik ke Jakarta.
Seboleh-bolehnya bawalah barang anda selagi termampu.
Jangan biarkan sesiapa membantu mengangkat barang anda.
Mereka akan caj di luar jangkaan kotak pemikiran anda.
Dimarahi polis kerana berfoto di stesen keretapi.
Lalalala.. saya sedikit bengang.
Sangat penat sehingga tertidur sepanjang perjalanan.

Terakhir sekali kami bersyukur akhirnya kami dipertemukan dengan orang yang jujur iaitu pemandu teksi yang membawa kami ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Sopan pula. Alhamdulillah kami selamat dan sihat akhirnya.
Rindu Malaysia sangat-sangat. Rindu nasi lemak, roti canai, teh tarik, rindu udara kotor Kuala Lumpur semua saya rindu...


Menjalani kembali rutin harian.
foto-foto menyusul nanti~~


2 comments:

  1. Bestnya Eza gi Jakarta... Akk pegi tahun Dec'07.. lama dah. kitorg nak gi Bandung pulak, tp nak tunggu Aleesya pandai jalan dulu, hehe

    ReplyDelete
  2. ok saya sangat mengalakkan akak pergi bandung ~~
    bawa duit banyak ye!.. mesti meroyan bershopping di sana :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails