Monday, April 19, 2010

Gunung Nuang yang tak menjadi

Kadang-kadang apa yang kita inginkan untuk menjadi tapi tak menjadi, gara-gara diri sendiri bukan orang lain.. Tentu sedih rasanya...

________________________________________

Kali ini saya ke Gunung Nuang mengikut group BADR untuk pre-climbing sebelum mendaki Yong Belar . Saya bukan pendaki tegar tapi cuma rasa seronok bila dapat membuat aktiviti yang jauh-jauh lebih seronok dari kesibukan kerja dan kota..wahhh~~. Lebih puas bila kita berjaya takluk puncak gunung kan. Rasa yang tak dapat digambarkan~~ Hilang tekanan sementara.

Kami bertolak hari Sabtu lebih kurang 1 pagi dari KL,  
Tidur di kaki gunung berharap dapat memulakan pendakian awal paginya..
Insiden terdengar bunyi salakan anjing membuatkan kami terjaga..
Keempat-empat kami bangun serentak, hehe..ye la mana tau tetiba terjojol je kepala anjing tu masuk khemah kami... tak pasal pula kena sama'. Kena sama' takpe lagi kalau kene gigit..hush.. Tak dapat bayang..Yang paling kelakar Maria yang tak tahu apa-apa pun terjaga..
*alang,nideQ,kema,????,maria,ayeP,shahhir*

Tepat pukul 9 pagi..selepas bersarapankan nasi lemak.. kami bertujuh (Alang,Ayep,Shahhir,NideQ,Maria, Kema dan Cik Ezasarey) memulakan perjalanan.
Oh ya!, ada lagi satu team yang beriringan mendaki Nuang.. Mereka memulakan perjalanan dengan 4wD. Bawakkan beg2 kami sehingga ke kem Lolo.. Jadi lengang-kangkung la kami meredah perjalanan selama 1 jam 15 minit.Boleh tahan penatnya..
*4wd yg berjasa*
 
Tanpa buang masa, kami teruskan perjalanan lagi sehingga ke kem pacat. Kali ini kami membawa beg bersama..Sumpah sangat mencabar kewibawaan saya sebagai pendaki yang suam-suam kuku ini. Hilang semangat sekejap melihat trek yang asyik menaik je.. Kenapalah tak sampai-sampai lagi.. Ayat itu berulang-ulang kali bergelodak dalam otak saya.. Setelah beberapa kali berhenti, beberapa kali meneguk air, beberapa kali mengunyah gula2.. akhirnya selamat sampai di Kem Pacat lebih kurang pukul 1 petang. Kami berkhemah di situ setelah membatalkan niat berkhemah di puncak..  
* @ Kem Pacat: penat yg sangat penat*

Rehat dan makan tengah hari berbekalkan nasi lemak pagi tadi. Tepat pukul 3 kami meneruskan perjalanan lagi ke puncak Gunung Nuang.. Part ini yang saya malas nak cerita.. Hmmm..Sekejap ye nak tarik nafas.............hushhhhh..

Setelah setengah jam, Kema tiba-tiba mengalah untuk naik. Kesian juga dia sebab kira pertama kali naik gunung terpaksa meredah trek Nuang yang agak thrill.. Jadi dia berpatah balik sehingga saya pula yang tak sedap hati nak tinggal dia seorang tambahan saya pun sangat tak larat dan mental tak tahan untuk meneruskan perjalanan lagi..  Yang lain sudah ke depan, tinggal lagi saya dan Ayep.. Gila tak sedap hati.. Kalu saya berjaya naik pun, hati tak tenang. Berjaya ke??.. hehe.. jadi saya pun menurut langkah Kema.. Seorang menuruni agak seram-seram sejuk juga. Nasib baik adalah sesekali terserempak beberapa orang yang berusaha naik Nuang. jeles ok!!.. Sungguh kuat semangat mereka.. Malu juga bila ada budak-budak muda dan pakcik-makcik yang berusaha gigih untuk naik.

Akhirnya berjumpa kembali dengan Kema di Kem Pacat.. Kesal sebab turun balik mestilah ada.. Tapi life must go on.. ahakss..
Apa yang kami buat sepanjang ketiadaan rakan2 lain ya?
1. beroperasi sebagai jabatan kebajikan sementara di kem pacat.
 -budak sekolah krem kaki dan Kema menjalankan tugas sebagai tukang urut. Saya jadi tukang tengok seperti biasa..
-budak nak pitam pun singgah khemah kami mintak air..minta maaf sebab sumber air yang agak jauh menbuatkan kami menjadi Hajah Bakhil.. hehe..jadi separuh botol je yang mampu diberi..
2. berborak-borak dan bergossip
-tentulah rahsia
3. aksi terjerit2 dan terlompat2  bila pacat tetiba ada di kaki masing-masing.. (saya je..Kema sangat berani ok)
-Dasar penakut memang begitu.. nasib baik kebetulan tiada siapa kecuali kami. Saya cuma nak cakap pacat jahat..!!  Nama kem pun kem pacat, terpaksa redha je la terima kehadiran makhluk yang satu itu.
4. Menjadi chef makan malam untuk mereka-mereka.
- Kesian balik kang diorang mesti lapar. Nasib baik kami bertindak bijak memasak walaupun sebenarnya kami buntu. Nak buka gas pun tak tahu sehingga meminta bantuan org lain.Kebetulan ada beberapa orang pelajar uniten datang lepak di khemah kami. Boleh tahan hensem juga.. sempat menggatal ok.. kami meminta pertolongan untuk membuka gas.. Yeayy berjaya.
Sebenarnya sebelum itu budak2 itu meminta sedikit air untuk minum. Tapi kami tak bagi pun dengan alasan kami catu air.Kesian sungguh.
Beberapa orang juga yang singgah untuk minta air..Hushh kami sangat selfish.Tak baik betul kan~~
Ok bab masak.. saya memang boleh masak.. bolela..hehe
Kami mulakn dengan masak nasi. ~~
huhu.. tak faham kenapa nasi boleh mentah.. Padahal masak dengan ikhlas tao!
memang kantoila tak pandai masak~
Pinjam lighter, pisau dan head torch dengan jiran sebelah sebab kami tak jumpa benda2 tu.. huhu
Masak la kami apa yang ada..Buat2 pandai..
Pukul 8 mereka masih tak balik lagi.. Dalam hati cepat la balik.. sebab tak tahan bergelapan.. siap ulat gonggok yg spesis yang besar tu masuk dalam khemah. Saya seperti biasa membuat aksi lagi.
Tunggu punya tunggu akhirnya baliklah mereka..
*nasi ini nama nasi mentah*

 Makan, borak-borak beberapa jam kami pun tidur.. Sangat sadis ok.. Hujan turun sepanjang malam. Sejuk sampai ke tulang sum-sum..(ayat beriya)
Air masuk khemah...kaki basah, kepala pun basah..
Memang jangan harap la bole tidur dengan lenanya..
Beberapa kali terjaga..
hmmm.. saya plak asal terjaga mengomel bilalah nak siang..
Tak sanggup dah nak baring tapi tak bole nak tidur..
Kalau bangun bole main daun terup pun ok..
Tapi semua macam berlagak seolah2 tidur.. huhu
sebab Kema di sebelah dengar saya ngomel2.. tapi dia buat dek je..
gerammm...
*yeayyyy...dah nk balik*


oklah bila siang kami berkhemas2 untuk pulang.
perjalanan turun tidak banyak memberi masalah.
Tambahan saya memakai kasut yang sesauai..
walaupun ada juga jatuh beberapa kali.
*lala...kewl-kewl slalu*


Kami sampai pukul 2. Ok sampai2 je pakcik matkOol dah sedia menyambut kami.
Apa lagi sangat tak tahan melihat aiskrim2 yg smengiurkan..Lagi-lagi kalu dapat makan aiskrim kesukaan saya Solero ~~
Sebelum balik singgah mandi di sungai Congkak..
Nikmatnya jumpa air bile dua hari tak mandi..

Sebelum balik makan tengahari kami ditaja oleh Ayeep sempena menjadi birthday boy..
Time kasih Ayeep. Best dapat makan ABC..
So Cerita gunung nUang berhenti disini..
Next trip.. Yong Belar..
Neves ok!!


*tak puas hati tak dapat sampai puncak..ada saya buat kerja gila pergi daki sorang2*


2 comments:

  1. part tido dalam khemah penuh air tu memang menyeksakan. been there and done that. masak nasik memang perkara sia-sia dalam camping. masak megi aje dik ok.. sonang. goreng pun sodap!

    ReplyDelete
  2. hehe... tkpe la izza... berpengalaman jgk naik sorg2 dlm hutan sbb alang n kak awa dh maju ke depan... yong belar tk boleh pecah2... kite perempuan mcm biase naik sesame okeh!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails