Thursday, October 7, 2010


Ini abah saya. Saya sayang dia lebih dari segala-galanya. Saya sanggup tukarkan nyawa saya kalau itu dapat pulihkan dia seperti sedia kala. Saya rindu dia. Saya rindu panggilan telefon dari dia. Saya rindu gelak tawa dia. Saya memang tak kuat walau saya cuba kuat. Owhhh air mata ini semakin lebat bila semakin cuba ditahan. Saya tak suka menangis. Malah saya membencinya. Saya susah menangis tapi bila menangis sukarnya nak menghentikannya. Abah call saya tadi, abah owhhh abah saya memang rindu suara abah tapi saya tak sanggup call abah sebab saya tak boleh terima kenyataan abah bukan abah yang dulu. Ya Allah, suara abah bertanya khabar saya tadi sesungguhnya melegakan saya. Seolah2 saya mahu berlari-lari balik berjumpa abah sekarang. Kalau dulu saya teruja sangat mahu balik berjumpa abah tapi sekarang saya amat berat. Saya memang tak kuat nak berdepan dengan abah. Ya Allah tolonglah kembalikan kesihatan abah, keceriaan abah yang dulu. Saya memang tiada sesiapa selain abah. Saya tak boleh hidup kalau apa2 terjadi kepada abah. Saya memang tak berupaya memberi kasih sayang  saya untuk sesiapa selain abah. Sebab saya nak abah gembira sebelum saya gembira.Saya lega saya bukan pilihan dia atau sesiapa walaupun jauh di sudut hati, kemahuan itu ada.
  
Agnes Monica-Rapuh
Belum sempatku membagi kebahagianku, Belum sempat ku membuat dia tersenyum,
Haruskah ku kehilangan 'tuk kesekian kali, Tuhan kumohon jangan lakukan itu,
Sebab ku sayang dia, Sebab ku kasihi dia,
Sebab ku tak rela, Tak selalu bersama,
Ku rapuh tanpa dia, Seperti kehilangan harap,
Jikalau memang harus ku alami duka,
Kuatkan hati ini menerimanya



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails