Wednesday, December 2, 2009

ujian ATAU balasan


***********

Bertimpa-timpa ujian dan sungguh adil balasan dari yang Maha Esa

***********

Kereta saya rosak selepas berpeleseran di OU. Punca yg buntu. Cuba hidupkan beberapa kali tapi gagal. Akibatnya saya meninggalkan dia semalaman.
Ini gambar hiasan. Bukan kereta saya tapi kereta idaman saya. Abaikan sengal saya.


Saya cukup tak faham agak baru saya pakai kereta itu tapi KENAPA saya mesti hadapi semua ini. Saya harapkan ia terjadi 3-4 tahun lagi.


************

Tidak perlu bertanya kenapa tapi menjawab bagaimana?

************

Saya ambil EL untuk selesaikan apa yang belum selesai. Tapi saya pasti ada yang tertangguh di pejabat. Banyak halangan. saya bersyukur ada adik beradik dan kaum keluarga yang menolong fizikal dan kawan-kawan yang menolong emosi.
Saya tak larat dan sumpah saya lagi tak larat kalau berseorangan.


************

Kita perlu terima apa jua Qada' dan Qadar Allah s.w.t walaupun perit. Redha dan Tawakal. Jadi jangan sedih lagi.

*************

Satu hari ini saya tahan sebak. Izza dah kuat. Sumpah saya tak mengalirkan air mata. Sampai merah mata tahan. Sampai pedih hati redha. Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Semoga bahagialah jadinya kepada semua orang. Saya pun perlu jadi wakil bahagia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails