Wednesday, February 24, 2010

mungkin lega dengan luah

"mungkin lega dengan luah jadi saya mahu luah sampai muntah"


saya agak keserabutan.. banyaknya benda nak fikir... banyaknya masalah yang datang secara berganding bahu, bersatu padu..mentang2 trend satu malaysia..harap-harap ia datang satu-persatu.. tapi tak..
REDHA adalah kunci utama.. kalau tak dah lama saya mati..
HIKMAH adalah kunci kedua.. setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..kan
USAHA adalan kunci ketiga.. tolong la berusaha cik eza oooiii..cukup-cukuplah bermalasan.
akhirnya TAWAKAL & TAWADUQ.. daripada Allah s.w.t kita datang dan akhirnya kembali pun kepada Dia..

saya mengamalkan prinsip-prinsip di atas untuk terus hidup walaupun kadang-kadang tergelincir sekali sekala.. eh dua kali dua kala.. sebenarnya lebih la kali.. boooooooo..

sessi luahan rasa bermula di sini:

pernah tak anda rasa keberatan untuk pergi kerja.. cuba mencari beribu alasan malah berjuta untuk tidak pergi kerja.. tapi anda terpaksa juga pergi sebab anda terikat dengan kerja-kerja di pejabat yang memerlukan anda datang setiap hari.. di mana anda tak berapa gemar dan bosan nak buat kerja tersebut tapi demi untuk dapat gaji anda terpaksa buat.. memang jelaslah ketidakikhlasan di situ.. bila timbul perasaan tidak ikhlas, kita cenderung melakukan kesilapan.. ohh sungguh tidak tahannye.. buat silap dan silap dan silap.. tambahan dimarahi lagi oleh boss.....husshhh sangat down...down... nak capai KPI jangan harap..
dalam kepala otak sekarang nak cakap, "saya letak jawatan sekarang, lagipun saya tak penting dan saya tak sumbang apa-apapun"
Lepas tu saya akan lari jauh-jauh.. masuk dalam laut.. jadi ikan duyung..hehe..
esok selalu saya harap saya berubah.. menjadi positif..


Kenapa pula ada segelintir orang-orang di sekeliling yang sangat tidak menyenangkan..
menganggu hidup kita..
sungguh memualkan dengan perangai sebegitu.. uwekkkk..
dan saya tak tahu nak mengelak sebab nak jaga hati orang..
contoh;
keanak-anakkan yang terlampau
ketidaktahu maluan (bila masa ko BF aku..@@#%#$)
terasa diri hebat sangat
mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain
tolongla jangan buat kontroversi
si kura-kura lembab
bila jumpa buat-buat tak kenal padahal kenal (ko ingat aku kempunan sangat nak kawan dengan ko.. macam bagus.. macam glamor.. )

(contoh di atas dipunyai oleh orang-orang yang berlainan yang dijumpai dalam hidup sehari-harian)


Tertanya-tanya kenapa la tak kaya-kaya.. sebab kita tak berusaha untuk menjadi kaya. Jadi janganlah mengomel bertanya kenapa tak kaya-kaya..
Umur dah meningkat tapi aset untuk dibanggakan tiada langsung..
Duit gaji tak sempat nak buat simpanan..
3/4 untuk bayar hutang.. Simpanan?? tak sempat ok kerana pegang prinsip ENJOY..
kalau ada kecemasan.. menggagau mencari kawan-kawan,
adik beradik.. terakhir mencari abah..
Sekarang tengah belajar.. "Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit"


Lemak sangat jahat sebab membesarkan saya bagai johan..
makan ikut sesedap perut je.
senaman zero.
muka tembam.
seluar ketat.
tidur tak cukup.



Sekian la dahulu.. lega bila dapat luah dan membebel.

5 comments:

  1. saya sudi mmbaca luahan awak tue :P

    ReplyDelete
  2. Suka dengar bebelan Eza... hihi... *(^_^)*
    especially bab lemak tu

    ReplyDelete
  3. "pernah tak anda rasa keberatan untuk pergi kerja..."

    pernah. saya pesan pada sang Admin batalkan semua temujanji saya. lalu saya menelefon sang bos dan mengatakan saya tidak mahu kerja pada hari tersebut. beliau bertanya pasal kerja. saya jawab, esok saja saya selesaikan.

    hari-hari begitu, saya duduk rumah dan menonton dvd.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails