Thursday, August 12, 2010

Ramadhan ini pasti terbaek!



RAMADHAN YANG
ke-27
DALAM HIDUP SAYA

Majlis menyambut Ramadhan di ofis bila kaum adam pergi sembahyang jumaat. Melantaks~



syukur Allah S.w.T panjang umur kita untuk berjumpa Ramadhan lagi kan..
camne korang punya 1st day puasa.??
saya lapar sampai pening.. sampai ke malam pening..
ngade2 macam baru nak belajar puasa je..
Alhamdulillah.. walau tak dapat berbuka bersama abah tapi berbuka puasa dengan adik2 dah cukup memberi erti..
Tak sabar nak balik hujung minggu neh bertemu abah~~

ok tahun ne saya pasang niat tamo tinggal terawikh..
tau tak buat pertama kalinya saya berterawikh sejak di KL neh..
seingat saya, saya tak pernah pergi~~
masa zaman belajar kat UUM adalah sesekali pergi..
sadis gila jadi saya~
Sebenarnya nak kongsi kelebihan berterawikh..
Sebelum ne tak ambil tahu sangat..
Korang mesti dah tau kan tapi i nak highlight gak utk diri i.. hehe
jom terawikh :)  


~Malam 1~
dosa diampunkan oleh Allah S.W.T macam kita baru lahir
~Malam 2~
dosa diampunkan oleh Allah S.W.T plus ibu bapa kita sekali tao(jika kita kalangan yg beriman)
~Malam 3~
Malaikat berseru supaya kita terusan bersembahyang terawikh dan mendapat keampunan Allah S.W.T

~Malam 4~
dapat pahala sama macam orang yang baca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.. senang2 je kan~~


~Malam 5~
dapat pahala macam orang yang pergi sembahyang kat MASJIDILHARAM, MASJID MADINAH, dan MASJID AQSA~~



~Malam 6~
dikurniakan pahala Malaikat batu dan tanah.. tanah akan doa kpd Allah S.W.T supaya ampun dosa kita~~



~Malam 7~
macam kita bertemu Nabi Musa AS dan sama2 menolong menentang Fir'aun dan Hamman~~

~Malam 8~
dapat pahala exactly d same as Nabi Ibrahim AS dapat~~ (best kan??.. dapat pahala sebesar pahala nabi)

~Malam 9~
dapat pahala plus upgrade mutu ibadat kita seperti Nabi Muhammad S.A.W
~Malam 10~
Kita dapat kebaikan di dunia dan akhirat.. yeayy~~~~~ 
~Malam 11~
Keluar dari dunia (mati) (rasanye akhirat) seperti baru dilahirkan.
~Malam 12~
BIla Qiamat nanti muka kita bercahaya datang dari ibadat kita~

~Malam 13~
BIla Qiamat nanti kita tenang dari kejahatan dan keburukan.
~Malam 14~
Malaikat tengok kita berterawikh dan Allah S.w.T takkan menyesatkan kita masa Qiamat nanti.
~Malam 15~
Semua Malaikat berselawat dan doakan supaya Allah ampunkan kita...
~Malam 16~
Termaktub Allah s.W.T kita terlepas dari neraka dan dimasukkan dalam syurga.. (saya harap sangat yang ini)
~Malam 17~
Pahala kita menjadi sebanyak pahala Nabi-nabi..
~Malam 18~
Seru Malaikat; Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati). 

~Malam 19~
Darjat ditinggikan di Syurga Firdaus (syurga yg ke-6.. sgt harum ok!)
~Malam 20~
Pahala sama macam orang mati syahid dan orang2 soleh.
~Malam 21~
Allah hadiahkan kita istana dalam Syurga daripada nur (tentu cantikkan)
~Malam 22~
Tenang dari kesedihan dan kerisauan masa hari Qiamat (bukan huruhara macam di Padang masyar)
~Malam 23~
Sekali lagi Allah hadiahkan kita.. kali ni bandar dalam syurga daripada nur jugak (syantekkkk)
~Malam 24~
Peluang 24 doa akan dimakbulkan (masa sujud elok sangat kita berdoa, InsyaAllah dimakbulkan)
~Malam 25~
Selamat seksa kubur
 ~Malam 26~
Pahala sama macam 40 tahun kita beribadat..
~Malam 27~
Kita boleh melintas titian Sirotulmustaqim sepantas kilat..
~Malam 28~
Dikurniakan 1000 darjat di akhirat..
~Malam 29~
Dikurniakan pahala sama macam buat 1000 x haji mabrur..
~Malam 30~ harap sempat.. huhu

Allah S.W.T beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.


menarik kan?? mari kita sama2 merebut peluang ini ek~~
InsyaAllah.. Allah sentiasa berada bersama kita..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails