Monday, September 19, 2011

kenapalah perempuan suka merajuk~~~

kenapa ye??
sebab dah lahiriah memang camtu ke~~
sebab perempuan memang hati tisu ke~~
sebab perempuan datang period tiap2 bulan ke~
sebab perempuan mmg suka nak mengade2 ke~
sebab perempuan nak tarik perhatian ke~~
owhhhh
penatnye jadi perempuan dan yang paling penat orang yang berada dekat mereka~
penat kan melayan kerenah perempuan nie
tapi ade jugak perempuan yang kool.. penuh iman di dada...
owhh dah tentu la saya akan tabik spring kat perempuan itu..
dan betapa bertuahnya lelaki yang memiliki perempuan itu..
tak perlu susah2 nak pujuk kan..

tetapi kalau tak merajuk... macam hambar la pulakk..
hmmmm ntah lahhh~~~~~~



nak merajuk memang bole.. tapi janganlah selalu merajuk..
sehinggalah boleh mengundang kemarahan orang yang nak pujuk..
ye larhh tak gune merajuk kalau takde orang nak pujuk..
sedih kan?~~

artikel dicuri kat blog orang sebab saya keliru... saya seorang yang KUAT MERAJUK rupenye```

1-Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. 
2- Ianya melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga wujud di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Jadi, Kenapa Wanita mudah ‘membuat perangai’? Ada banyak sebab kenapa kita2 ni mengada ..betul x?? heheheh..Contohnya:

1-Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel.
2-Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3-Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka

Tetapi kita tidak perasan sikap sebegitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lain. Terutamanya pihak lelaki. Sedangkan wanita itu sendiri tak dapat kawal emosi dan sikap, apalagi lelaki. Lagi la tak faham apa yang kaum hawa nak sebenarnya.
  1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
  2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk melepaskan diri daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
  3. Lelaki akan bosan dengan sikap begitu dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka, berbanding ceria.
Contohla. bf korang tengah meeting, ada sesetengah wanita tidak akan duduk diam tau. Tidak puas hati selagi tidak tahu setiap perlakuan bf setiap masa. Ada yang akan telefon banyak kali , ada yang pasang spy, ada yang ikut si bf, macam2 lagi lah. (tapi saya tak macamni pun...huhuhu)

Jadi macamana nak kekang sikap ni daripada terus bermaharajalela??

1- orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Bukanlah lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri, atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku. 
2-Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sebab kalau dipujuk makin menjadi lah perangai kaum hawa..betul tak?? heheheh..Sebab hati wanita & perasaan ni susah sangat nak diduga kemahuannya.
3- Jadi,bila tak dilayan rajukan tu, sikap itu automatik akan terlerai sendiri. Dan kaum wanita itu sendiri terpujuk dalam keadaan paksa maybe?? heheheh
4- Tapi, perlu diingat bahawa apabila merajuknya bertempat, harus dipujuk tau

Takkan kaum lelaki jek nak pujuk perempuan kan?? Wanita pun memainkan peranan jugak.

1-Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.  
2- Menjadi matang secara slow2 termasuklah saya
3  Belajar bertolak ansur selalu 

~ Masa akan mematangkan diri anda semua~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails