Monday, November 30, 2009

perjalanan Khamis hingga Isnin


Khamis:
Bertolak balik ke Jelapang di samping GG(adik lelaki pertama yang berstatus suami orang), AIN(adik ipar iaitu isteri kepada GG yang mengandung 8 bulan),
JIMMY(adik kedua yang agak-agak sengal sebab berlagak artis) dan E-ONE(adik keempat yang menduduki SPM tapi tak macam).. bukan pulang ke jelapang padi ok.. Jelapang di Ipoh..
Singgah rumah Onchu.. godek buah-buahan di kebun arwah Wo..(panggilan nenek bagi orang kampar).

Jumaat:
Selamat Raya Haji semua!
Malam sebelumnya sempat membuat biskut tart dengan cornflakes madu sampai 2 pagi.. mata meninggalkan lingkaran hitam merosakkan sedikit mood raya. Saya tak sempat melihat korban sebab tiba lewat di kampung di Parit. Lega juga sebab nanti timbul rasa kasihan. Bila kasihan kita tak boleh makan kan. Mana boleh saya lepaskan peluang ketika pesta makan daging.
Malamnya kenduri tahlil. Penat memasak itu dan ini, memotong itu dan ini, membasuh itu dan ini sehingga berakhir dengan tidur yang lena.

Sabtu:
Masa untuk kenduri kahwin.
Rehat di Ipoh dengan penuh rehat-rehat.
Layan Idola Kecil.
Kenapa suara budak-budak itu best2 belaka..
Sampai juri komen lagi bagus dari peserta2 program FAN.....
Sangat berlitup tapi masih terbuka..
Sangat setuju sama dia..

Ahad:
Marathon Mari Memasak diketuai oleh mama..
nasi lemak -- pepadom -- roti wholemeal -- karipap

Balik ke Kota Lumpur.
OMG!!! trafik jalan yang sangat sesak. Gila tak tahan. Memasuki jalan biasa tapi sama juga sesak. Lagi baik dari orang2 yg bayar tol tapi terpaksa megharungi lebuhraya yang sesak. sangat tak CUN.
Kerana tak tahan lagi kami tidur di rumah onchu di Tg Malim tambahan budak2 ni nak layan bola. Tapi pasti esok bangun awal terus ke tempat kerja yang mana saya amat tak suka. Tingkap SERENA abah buat hal~ tak boleh tutup.
tapi E-one ada x-m esok. Paper Electric. Gila dia sangat relax ok! Kalau saya dah gelabah.. Jadi Abah tukar kereta dengan GG dah terus balik Kuantan. haisHHH..mereka sampai 2 pagi di Kuantan.. dan pukul 7 pagi E-one bersiap ke dewan peperiksaan.. SpM boleh buat main-main.. haishhhhhh..

Isnin:
Selepas waktu kerja, aktiviti berpindah-randah bermula dari jalan cheras ke bandar tun razak..
Terima kasih diucapkan kepada GG dan Jimmy kerana menolong gue!!
Siapa lagi nak mintak tolong kalau bukan dari adik beradik.
Tak perlu kehadiran BF pun!
:P.. bluwekkkkkkkkkkkkk


Gambar yang Jadi:

*saya tak sabar menonton "KARAOKE"*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails