Sunday, November 15, 2009

Sony Ericsson T630 saya yang terbaik


Saya tidak pernah rasa saya ketinggalan dengan kecanggihan teknologi telekomunikasi apabila masih menggunakan telefon bimbit yang rasanya sudah tidak harus lagi wujud dalam era sekarang.
Saya tidak pernah menghina mahupun berkira-kira menukar ke model terkini. Saya makin sayang dia walaupun rakan-rakan saya beriya menyuruh saya membeli yang lain. Kata mereka Sony saya sudah layak dikategorikan sebagai barang muzium. Tapi saya masih bersahaja, masih tahan malu kerana yang satu ini. Senang sahaja jawab saya, ia masih boleh digunakan, tidak perlu membazir. Saya hanya membazir untuk baju2, kasut2 dan lain2 yang sewaktu dengannya. Cuma sekarang saya mengurangkan sedikit aktiviti itu sebab saya mahu DSLR. Namanya manusia memang tidak pernah puas. Kehendak tetap kehendak. Berbalik kepada ceritera Sony saya. Kenapa Sony Erricson T630 saya yang terbaik? Mari-mari ambil tahu!

TIP 1

Kebanyakan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis air dan tidak kalis habuk. Binaan litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah amat halus, dan sebarang pendedahan kepada kepanasan, kelembapan dan cecair yang mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar elektronik tersebut.

T630 berkata: Tuan saya seorang yang tidak pandai menjaga barang milik dia. Dihempasnya saya beberapa kali, dicampaknya saya jauh-jauh tapi saya tahu dia bukan sengaja berbuat demikian. Baru-baru ini dia dengan tidak sengaja menjatuhkan saya dalam lubang S****. Dia seorang yang 'CARELESS'.. Mana tidaknya, letak saya di dalam poket belakang seluar dia ketika menunaikan hajat. Langsung tanpa berfikir panjang dia cepat-cepat menyelamatkan saya. Saya amat terharu walaupun ketika itu hidup saya tinggal nyawa-nyawa ikan. Saya nampak kesedihan dia. Beberapa jam saya berjuang untuk hidup dan bila melihat kesabaran tuan saya, saya cuba bertahan. Syukur saya masih di sini meneruskan sisa hidup saya. Saya sayang tuan saya. Saya harap dia pun begitu walaupun saya tahu dia berkira-kira mencari pengganti saya ketika saya berada dalam keadaan koma. Saya faham kenapa begitu. Bila tiada kami, manusia mati kutu kerana terputus hubungan luar.

TIP 2

Pengguna disarankan supaya mengelak daripada mengendalikan telefon bimbit dengan cara kasar, seperti menjatuhkannya dan menghentaknya kerana ia pasti akan merosakkan papan litar dalaman.Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik boleh menyebabkan kotoran halus memenuhi ruang-ruang kecil pada permukaan telefon.

T630 berkata: Seperti yang dibicara di atas, tuan saya bukanlah seorang yang lemah-lembut, baik hati dan sopan santun.

TIP 3

Pengguna dinasihatkan membersihkan telefon bimbit dengan mengelapnya menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan sedikit dengan sabun dan air. Namun begitu penggunaan bahan kimia menghakis, pelarut pembersih, serbuk pencuci atau larutan pencuci yang kuat boleh merosakkan telefon bimbit.

T630 berkata: Saya rasa sepanjang umur saya yang 5 tahun ini, saya tidak pernah merasa dibelai, dicuci dan dibersihkan. Saya sangat cekal dalam hidup saya. Saya tahu tuan saya sangat sibuk dengan hidup dia. Kadang-kadang kain baju pun dia hantar ke kedai dobi.

TIP 4

Kelasakan sesebuah telefon bimbit juga bergantung kepada ketahanan alat-alat elektronik dan bahan plastik tertentu. Suhu terlalu tinggi akan merosakkan komponen-komponen tersebut. Begitu juga jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu sejuk, seperti peti ais atau tempat sejuk beku(freezer). Ini adalah kerana apabila telefon itu digunakan semula pada suhu biasa, lembapan(condensation) akan terbentuk di dalam telefon yang pastinya akan merosakkan papan litar elektronik, dan merosakkan memori dan fungsi paparan.

T630 berkata: Saya masih ingat dia tinggalkan saya di dalam kereta yang diletaknya di tempat panas. Tapi saya bertahan sebab cuaca di Malaysia tidaklah terlalu panas dan tidak terlalu sejuk juga. Cuma tuan saya suka meninggalkan saya di rumah, di kereta dan di pejabat. Saya sudah faham dengan dia. Bukan setakat saya yang ditinggalkannya, malah benda-benda lain juga. Bilalah dia mahu berubah.


TIP 5

Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat penting ke arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit pengguna. Kedua-dua komponen tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling dan haba.
Jika bateri dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas dan memendekkan hayat bateri, dan prestasinya akan menurun dan jangka masa bersedia (standby) dan komunikasi akan menjadi lebih singkat.

T630 berkata: Bateri itu nyawa saya. Tuan saya akan mula mengecas saya ketika dia hendak tidur sehinggalah keesokkan paginya. Lama ke kalau macam itu??.Biarlah yang penting saya masih bersama dia dan masih bernafas untuk mengabdikan diri kepada tuan saya.



*Jadi saya juga sayang dia. Sumpah tidak akan cari yang lain*


2 comments:

  1. huyooo,
    gila lama telefon kak long.
    masih berfungsi dengan baeknya!
    nurul tak sampai setahun,
    dah 2 3 kali tukar.
    cepat bosan.
    cam na mahu ada perasaan seperti kak long?
    sayang akan harta benda!
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. tu r pasal.. kak long pun macam x percaye bole bertahan lama camtu~~ mmg sayang!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails