Monday, March 7, 2011

kesedihan dan kesusahan.. bila berlaku serentak

tak suka sangat bila berada dalam situasi sekarang

apakah yang anda akan lakukan bila keadaan seperti di atas berlaku dan bila masa kita perlukan seseorang untuk mengadu dan meluahkan.. orang itu TIADA..

rasa seperti 
terasa penglihatan gelap-gelita padahal mata dalam keadaan baik
terasa nafas sesak padahal oksigen cukup
terasa kereta tak bergerak padahal petrol penuh, bateri ok, dan yang lain2 pun ok..
terasa nak senyum dan gelak ketawa berdekah padahal sedih di dalamnya.

saya janji tak mahu lemah
saya kak long dan kak long kene kuat untuk adik2..

bila lemah camni, harap boleh putarkan masa
kembali ke zaman itu
bila susah, bila lemah, bila down
ada mama ada abah

"abah, kak long tertinggal buku nota akaun kat rumah, nanti abah hantar  ye"

"mama, nak beli kasut, esok kak long nak buat persembahan Hari Guru"

"mama.. tak nak duduk asrama.. kalau duduk asrama.. kak long malas belajar"

"abah, nak duit... duit ptptn dah habis guna"


mereka penuhi apa yang saya nak.. walaupun saya tak pernah ambil tahu kesusahan mereka
saya terlalu pentingkan diri


Sekarang bila adik2 dalam kesusahan mereka hanya ada saya,
saya akan cuba penuhi
tapi kalau tak dapat saya rasa sebak, sedih..
siapa yang mereka harapkan lagi kalau bukan saya

Ya Allah kuatkan la semangat saya kali ini..



2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails