Saturday, May 22, 2010

kisah awek itu

Kisah ini berlaku semalam.
Adalah seorang awek ni teringin sangat nak ke pasar malam.
Dia pun mengusulkan kepada teman serumah dan temannya pun bersetuju.
Berjalan kaki la mereka ke pasar malam sebab pasar malam tu sekangkang kera je dari rumah.. hehe....tipu bukan sekangkang kera.. berpuluh-puluh kangkang kera juga la.
Awek bersama kawannya berjalanlah berdua-duaan sambil berbual-bual berkenaan perihal pejabat masing-masing.

Tiba-tiba sedang rancak bergossip, dari kejauhan awek itu terperasan ada sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kereta itu dipenuhi lelaki-lelaki yang sedang beriya-iya melambai-lambai ke arah mereka. Awek tu mulalah control2 ayu dan pura-pura tak nampak jejaka2 yang bersiul-siul mengorat. Awek tu walaupun tak berbaju kurung tapi masih menjaga tatasusila berjalan cara gadis melayu... Kawan awek tu agak pelik tapi cuba control ayu juga. 



Sampai sahaja di persimpangan jalan dan berada betul-betul dekat dengan kereta lelaki-lelaki gatal tu. Apalagi mereka semakin rancak mengacau awek dan teman dia..
Entah kenapa tiada angin tiada ribut... kaki awek tu tertiba-tiba terpeleot. Hampir jatuh tapi tak jatuh lagi. 
Apa lagi lelaki-lelaki yang di dalam kereta tu ketawa terbahak-bahak.
Dari kejauhan terdengar oleh awek tersebut lelaki tu menjerit
" tu la lainkali sombong lagi........"


Kawan awek tu merah-merah muka tahan ketawa.
Dalam hati awek tu sumpah seranah diri sendiri sebab memalukan diri.
Rasa nak humban je wedges (kasut bertumit rata tapi tinggi) yang dipakainya.
Nak cover malu... awek tu gelak-gelak juga sambil mengomel dan memandang ke bawah seolah-olah menyalahkan kasut.




saya harap saya bukan awek yang malang tuh tapi......... huhu


*susah betul jadi perempuan ne.. kalu melayan kang kata kita gedik, gatal... kalau tak melayan kata kita sombong pula...hushhhh...*


2 comments:

  1. tak susah la jadi pompuan..tak payah melayan kalo x suke, kang org igt ko minah rempit lak mudah sgt nak melayan..cukup senyum aje n truskan spt bese..;)

    ReplyDelete
  2. itula... ak mmg amalkn konsep di atas... tp mcm bengang ngan statement... yg ckp kita sombong kalu tak layan dorg...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails