Monday, May 17, 2010

Gunung Yong Belar yang berjaya ditawani

maaflah cerita ini agak basi la
memandangkan 2 minggu lagi saya akan naik gunung lagi
rasa tak sedap pula kalau skip cerita Yong Belar (YB) yang berjaya ditawani bulan lepas..
Bangga tak payah kata..
Syukurnya Allah s.w.t sahaja yang tahu.. Alhamdulillah.
Gunung YB yang berketinggian 7,156kaki.
Dalam usaha mereka-mereka menawan G7(gunung-gunung yg tingginya lebih 7,000 kaki) saya juga tak lepas peluang mengikuti beberapa siri penaklukan mereka.
Ini gunung keenam (rekod peribadi la konon) selepas G.Jerai(Kedah), G.Mat Cincang(Langkawi), G.Stong-G.Baha-G.Ayam(Kelantan) <----- 3 in 1 


Tanggal 24 April 2010




Sesudah subuh dan lokasinya di Cameron Highlands.. Perjalanan yang bermula dengan menaiki 4wd selama 45 minit sebelum sampai ke trek mendaki merupakan pengalaman pertama saya.
Jalan yang berbatu-batu dan berlopak-lopak tentunya memualkan perut. Dahan-dahan pokok yang sesekali menjengah kepala jika diri asyik-masyuk menghayati permandangan hijau. Tambahan 4wd yang dinaiki sangat terbuka. Sambil menghirup udara pagi dan cuaca sejuk yang menyamankan. Rindunya...........

Photobucket

Ditemani indahnya alam ciptaan yang Maha Kuasa
dan turun naik bukit entah beberapa kali amat menguji kesabaran kami.
12 jam berhempas pulas akhirnya membawa kami ke puncak Yong Belar.
Yang pasti ini bukan gunung terakhir.


Hidup BADR!!

Adakah ini kumpulan Penunjuk Perasaan "Baju Merah" di Thailand??
hehe...
Photobucket
*gadis tanpa nama tuh teruja gila bila sampai puncak*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails