Wednesday, June 9, 2010

nama baru saya ikan buntal

Nak tahu dengan teragak-agak saya mengisytiharkan yang saya telah memecah rekod hidup saya dengan mencapai berat tertinggi iaitu 54 kg..
ok mula-mula saya timbang guna bodyscale hakmilik sendiri..
sekali tunjuk 54kg.. sikit je lagi nak 55kg...dalam hati kata dah rosak agaknya..
maklumla beli pun dah dekat dua tahun. mesti ada lari sikit..

ok untuk memuaskan hati yang tengah kekeliruan neh..
sambil membeli-belah di tesco bersama lida..
saya bazirkan duit RM2 untuk timbang..
mahal sikit sebab bole tahu tinggi, lemak dalam badan,
tekanan darah dll.. ok yang lain saya tak ambil port sangat sebab motif utama ialah memastikan ketepatan berat saya.


jeng..jeng.. keputusannya...




kali ini betul2 meruntun jiwa.. langit gelap sekejap.. memang gelap pun sebab malam..keh.keh..
wTfish btol...
betul-betul 54kg..
nak pengsan sekejap kat tepi tempat penimbang tu..
supaya boleh masuk hospital lepas tu dekat hospital kan makanan tak best..
jadi selera makan akan kurang
kemudian boleh jadi kurusssss...
arghhhhhhhhhhhhh..


sekarang ialah bulan berkabung saya..
esok nak mula diet ke??
huhu..
esok ke, minggu depan ek??
alamakkk.. takpuas lagi makan sedap2 neh..
seluar semua tak bole pakai
takkan nak pakai baju kurung selalu
ok serius yang betul2 serius
 mulai esok jangan gatal2 makan nasi..
ais pun tak boleh..
(noktah)

yang terkilan,
ikan buntal yg comel (^_^)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails